1Maka, jika adanya apa pun penghiburan dalam Kristus, apa pun hiburan kasih, apa pun persekutuan Roh, dan apa pun sanubari dan belas kasihan,
2Kalian penuhilah sukacitaku dengan menjadi sefahaman, mempunyai kasih yang sama, semuafakat, dan bersatu minda.
3Biar tidak sesuatu pun dilakukan dengan persengketaan atau dengan pemuliaan sia-sia; tetapi dengan kerendahan hati biar setiap orang menganggap yang lain lebih baik daripada dirinya sendiri.
4Jangan setiap orang memandang kepada kepentingannya sendiri, tetapi juga setiap orang kepada kepentingan orang lain.
5Biar minda ini berada dalam kalian, iaitu minda yang juga telah ada dalam Kristus Yesus:
6Yang, dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sebagai rompakan:
7Tetapi menjadikan dirinya tanpa bereputasi, dan sendiri mengambil bentuk seorang hamba, dan dibentuk dalam keserupaan manusia:
8Dan sementara ditemui dalam keadaan manusia, dia merendahkan diri, dan menjadi taat kepada kematian, bahkan kematian penyaliban.
9Oleh sebab itu, Allah juga telah menyanjunginya tinggi-tinggi, dan telah memberikannya suatu nama yang di atas segala nama:
10Supaya dalam nama Yesus setiap lutut bertelut, iaitu apa yang di syurga, dan apa yang di bumi, dan apa yang di bawah bumi;
11Dan supaya setiap lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, bagi kemuliaan Allah Bapa.
12Oleh sebab itu, kekasih sekalian, sepertimana kalian selalu taat, bukan sahaja dalam kehadiranku tetapi lebih lagi sekarang dalam ketidakhadiranku, kerjakanlah keselamatanmu sendiri dengan takut dan gementar.
13Sebab Allah itulah yang bekerja dalam diri kalian untuk ada kehendak dan melakukan kesenangan eloknya.
14Lakukan segalanya tanpa bersungut-sungut dan tanpa bertikaian:
15Supaya kalian dapat menjadi tidak tercela dan tidak berbahaya, anak-anak Allah, tanpa teguran, di kalangan bangsa yang bengkok dan babil, yang di antara mereka kalian bersinar seperti cahaya-cahaya di dunia;
16Jelas-jelas memegang firman kehidupan; supaya aku dapat bersukacita pada hari Kristus, kerana aku tidak berlari dengan sia-sia, dan tidak berjerih lelah dengan sia-sia.
17Ya, dan jika aku dipersembahkan kepada korban dan pelayanan bagi iman kalian, aku bersuka, dan bersukacita dengan kamu semua.
18Bagi tujuan yang sama juga kalian bersuka, dan bersukacita denganku.
19Tetapi aku percaya dalam Tuhan Yesus supaya dapat mengutus Timotius tidak lama lagi kepada kalian, supaya aku juga terhibur baik, apabila aku mendapat tahu keadaan kalian.
20Sebab aku tidak ada sesiapa pun yang sefahaman, yang akan secara semula jadi mengambil berat akan keadaan kalian.
21Sebab semua orang mencari kepentingannya sendiri, bukan apa kepentingan Yesus Kristus.
22Tetapi kalian tahu bukti akan dia, iaitu, seumpama seorang anak dengan ayahnya, dia telah melayaniku dalam injil.
23Maka dia itulah yang aku ingin utuskan semasa ini, sebaik sahaja aku melihat bagaimana perkembangan keadaanku ini.
24Tetapi aku percaya dalam Tuhan supaya aku sendiri juga akan datang tidak lama lagi.
25Namun aku menganggap ia perlu untuk mengutus kepada kalian Epafroditus, saudaraku, dan teman dalam jerih lelah, dan askar sebaya, tetapi utusan kalian, dan orang yang melayani keinginan-keinginanku.
26Sebab dia merindukan kamu semua, dan penuh dengan kepiluan, kerana kalian telah mendengar bahawa dia sudah sakit.
27Sebab dia memang sakit sehingga nyaris mati: tetapi Allah berbelaskasihan terhadapnya; dan bukan kepada dia sahaja, tetapi kepadaku juga, supaya jangan aku bertambah-tambah dukacita.
28Maka, aku mengutusnya dengan lebih segera, supaya apabila kalian nampaknya semula, kalian dapat bersukacita, dan supaya aku dapat mengurangkan dukacitaku.
29Maka, terimalah dia dalam Tuhan dengan segala kegembiraan; dan anggaplah orang sedemikian sebagai bereputasi baik:
30Kerana bagi kerja Kristus dia nyaris-nyaris mati, dengan tidak mempedulikan nyawanya sendiri, untuk mengisi kekurangan pelayananmu terhadapku.