Mazmur 120

Psalms 120

1Suatu Lagu kenaikan. Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN, dan dia telah mendengarku.

2Lepaskanlah jiwaku, ya TUHAN, daripada bibir berbohong, dan lidah yang memperdayakan.

3Apakah yang harus diberi kepadamu? atau apakah yang harus dilakukan kepadamu, hai kamu lidah yang palsu?

4Anak-anak panah yang tajam daripada orang kuat, dengan arang pokok juniper.

5Celakalah aku, yang merantau di Mesekh, dan yang berdiam di khemah-khemah Kedar!

6Jiwaku telah cukup lama berdiam dengan orang yang membenci damai sejahtera.

7Aku mahu damai sejahtera: tetapi ketika aku berbicara, mereka mahu peperangan.