1Kepada pemimpin ahli Muzik, kepada Yedutun, Mazmur Daud. Jiwaku benar-benar menantikan Allah: dari dia datanglah keselamatanku.
2Dia sahaja yang gunung batuku dan keselamatanku; dia pertahananku; aku tidak akan banyak digoyahkan.
3Berapa lamakah akan kalian membayangkan kenakalan terhadap seseorang manusia? Kalian akan dibunuh, kamu semua: seperti dinding yang condong dan seperti tembok yang bergoyah akan kalian jadi.
4Mereka hanya membuat pertimbangan untuk menjatuhkan dia daripada kecemerlangannya: mereka bersuka dalam kebohongan: mereka memberkati dengan mulut mereka, tetapi mereka mengutuk dalam hati. Sela.
5Hai jiwaku, nantikanlah sahaja Allah; sebab pengharapanku adalah daripadanya.
6Dia sahaja yang gunung batuku dan keselamatanku: dia pertahananku; aku tidak akan digoyahkan.
7Dalam Allah ialah keselamatanku dan kemuliaanku: gunung batu kekuatanku, dan tempat perlindunganku, adalah di dalam Allah.
8Percayalah kepadanya pada setiap masa; hai umat sekalian, curahkanlah isi hatimu di hadapannya: Allah ialah tempat perlindungan bagi kita. Sela.
9Sudah tentulah manusia yang berdarjat rendah adalah sia-sia, dan orang yang berdarjat tinggi adalah bohong: untuk diletakkan ke atas dacing, mereka sama sekali lebih ringan daripada kesia-siaan.
10Jangan percaya kepada penindasan, dan jangan menjadi sia-sia dengan rompakan: jika kekayaan bertambah, jangan menaruh hatimu terhadapnya.
11Allah telah berbicara sekali; dua kali aku telah mendengar ini; bahawa kuasa kepunyaan Allah.
12Juga kepadamu, ya Tuhan, empunya belas kasihan: sebab engkau membalas kepada setiap orang menuruti pekerjaannya.