Mazmur 69

Psalms 69

1Kepada pemimpin Ahli Muzik di Shosanim, Mazmur Daud. Selamatkanku, ya Allah; sebab air sudah melanda jiwaku.

2Aku tenggelam ke dalam lumpur yang mendalam, dan di dalamnya tiada tempat untuk berdiri: aku telah sampai ke lautan yang dalam, yang airnya mengatasiku.

3Aku sudah lesu kerana tangisanku: kerongkongku sudah kering: mataku gagal sementara aku menunggu Allahku.

4Bilangan mereka yang membenciku tanpa apa sebab melebihi bilangan rambut kepalaku: mereka yang ingin membinasaku, sementara secara salah menjadi musuhku, adalah kuat: maka aku telah memulangkan apa yang aku tidak ambil.

5Ya Allah, engkau tahu kebebalanku; dan dosa-dosaku tidak disembunyikan daripadamu.

6Jangan biar mereka yang menantikanmu, ya Allah alam semesta, beroleh malu demiku: jangan biar mereka yang mencarimu dibingungkan demiku, ya Allah Israel.

7Sebab demimu aku telah menanggung keaiban; malu telah menutupi mukaku.

8Aku telah menjadi orang asing kepada saudara-saudaraku, dan seorang pendatang kepada anak-anak ibuku.

9Sebab keghairahan bagi rumahmu telah menghanguskanku; dan cercaan mereka yang mencercamu telah menimpaku.

10Ketika aku menangis, dan menghukum jiwaku dengan puasa, itu adalah bagi keaibanku.

11Aku menjadikan kain kabung pakaianku; dan aku telah menjadi suatu amsal bagi mereka.

12Mereka yang duduk di pintu gerbang berbicara menentangku; dan aku menjadi lagu bagi orang pemabuk.

13Tetapi bagiku, doaku adalah kepadamu, ya TUHAN, pada waktu yang berkenan: ya Allah, dalam kebesaran belas kasihanmu dengarlahku, dalam kebenaran keselamatanmu.

14Selamatkanku dari dalam lumpur, dan jangan biar aku tenggelam: biar aku dilepaskan daripada mereka yang membenciku, dan dari dalam lautan yang dalam.

15Jangan biar air banjir mengatasiku, dan juga jangan biar lautan menelanku, dan jangan biar lubang menutupi mulutnya dengan aku di dalamnya.

16Dengarkanku, ya TUHAN; kerana kasih sayangmu baik: berpalinglah kepadaku menurut kelimpahan belas kasihanmu yang lembut.

17Dan janganlah menyembunyikan wajahmu daripada hambamu; sebab aku berada dalam kesesakan: dengarku dengan lekas.

18Dekatilah jiwaku, dan tebuskannya; selamatkanku kerana musuh-musuhku.

19Engkau sudah mengenal keaibanku, dan maluku, dan kehinaanku: seteruku kesemuanya ada di hadapanmu.

20Keaiban telah memilukan hatiku; dan aku penuh dengan kepiluan: dan aku mencari jika ada sesetengah orang bersimpati terhadapku, tetapi tiada seorang pun; dan juga penghibur, tetapi aku tidak menemui seorang pun.

21Mereka juga memberiku hempedu sebagai makananku; dan dalam kehausanku mereka telah memberiku cuka untuk diminum.

22Biar meja mereka menjadi jebak bagi mereka: dan biar apa yang harus dipakai bagi kebajikan mereka, menjadi suatu jerat.

23Biar mata mereka digelapkan, supaya mereka tidak dapat melihat; dan buat pinggang mereka selalu goyah.

24Curahkan keberanganmu ke atas mereka, dan biar kemarahan yang penuh murka memegang mereka.

25Biar kediaman mereka menjadi musnah; dan jangan biar sesiapa pun berdiam di dalam khemah mereka.

26Sebab mereka menganiaya dia yang telah engkau pukul; dan mereka beromong-omong sehingga mendukakan orang yang telah engkau lukakan.

27Tambahkan kedurjanaan kepada kedurjanaan mereka: dan jangan biar mereka masuk ke dalam kewajaranmu.

28Biar mereka dilucutkan dari kitab orang-orang hidup, dan tidak tercatat bersama orang-orang benar.

29Tetapi aku miskin dan berdukacita: biar keselamatanmu, ya Allah, meletakkanku pada tempat yang tinggi.

30Aku akan memuji nama Allah dengan lagu, dan aku akan membesar-besarkannya dengan kesyukuran.

31Ini juga akan menyenangkan TUHAN lebih daripada seekor lembu atau sapi yang bertanduk dan berkuku.

32Orang yang rendah hati akan melihat ini, dan bergembira: dan hatimu yang mencari-cari Allah akan hidup.

33Sebab TUHAN mendengarkan orang miskin, dan tidak memandang hina orang-orangnya yang terpenjara.

34Biar syurga dan bumi, lautan, dan segala apa pun yang bergerak di dalamnya memujinya.

35Sebab Allah akan menyelamatkan Sion, dan akan membina kota-kota Yehuda: supaya mereka dapat berdiam di sana, dan memilikinya.

36Benih hamba-hambanya juga akan mewarisinya: dan orang yang mengasihi namanya akan berdiam di situ.