Roma 13

Romans 13

1Biarlah setiap jiwa takluk kepada kekuasaan yang lebih tinggi. Sebab tiada kekuasaan kecuali yang daripada Allah: Kekuasaan yang ada ditahbis oleh Allah.

2Maka sesiapa pun yang menentang kekuasaan itu menentang ordinan Allah: dan mereka yang menentang itu akan menimpakan kepada diri mereka sendiri penglaknatan.

3Sebab pemerintah bukan sesuatu kengerian kepada perbuatan baik, tetapi kepada perbuatan jahat. Oleh sebab itu, akankah kamu tidak takut kepada penguasa itu? Lakukanlah apa yang baik, dan kamu akan menerima pujian daripadanya:

4Sebab dia merupakan pelayan Allah kepadamu bagi kebaikan. Tetapi jika kamu melakukan apa yang jahat, jadilah takut; sebab dia tidak memegang pedang itu dengan sia-sia: sebab dia pelayan Allah, pembalas untuk melaksanakan murka ke atas orang yang melakukan jahat.

5Oleh sebab itu, kalian harus perlu takluk, bukan hanya oleh kerana murka, tetapi juga oleh kerana hati nurani.

6Sebab bagi sebab itu, kalian juga harus membayar ufti: sebab mereka merupakan pelayan-pelayan Allah, yang berkhidmat berterusan bagi hal tersebut.

7Maka serahlah kepada mereka segala kewajiban mereka: ufti kepada sesiapa yang wajib diserah ufti; kastam kepada sesiapa yang wajib diserah kastam; takut kepada sesiapa yang wajib diserah takut; hormat kepada sesiapa yang wajib diserah hormat.

8Janganlah berhutang kepada sesiapa apa-apa pun, kecuali untuk mengasihi satu sama lain: sebab dia yang mengasihi seorang yang lain telah menggenapi hukum.

9Sebab ini, Kamu tidak akan berzina, Kamu tidak akan membunuh, Kamu tidak akan mencuri, Kamu tidak akan bersaksi palsu, Kamu tidak akan mendamba; dan jika adanya apa perintah lain, ia difaham secara ringkas di dalam pepatah ini, yakni, Kamu akan mengasihi jiranmu seperti dirimu sendiri.

10Kasih tidak mengerjakan apa yang menyakitkan jirannya: oleh sebab itu, kasih ialah penggenapan hukum.

11Dan, sementara mengenal waktunya, bahawa sekarang ialah masa yang sepatutnya sudah lama berjaga dari tidur: sebab kini keselamatan kita lebih dekat daripada sejak kita percaya.

12Malam sudah banyak terpakai, siang menjelang: maka biar kita menyingkirkan kerja-kerja kegelapan, dan biar kita mengenakan perlengkapan perisai cahaya.

13Biar kita menjalani hidup dengan jujur, seperti pada waktu siang; bukan dalam berfoya-foya dan kemabukan, bukan dalam pelampiasan nafsu kamar dan merajalela, bukan dalam persengketaan dan iri hati.

14Tetapi kalian kenakanlah Tuhan Yesus Kristus, dan jangan membuat peruntukkan bagi daging untuk memuaskan nafsunya.