1Maka apakah yang harus dikatakan kita tentang apa yang Abraham, bapa leluhur kita, dari segi daging, telah temui?
2Sebab jika Abraham telah diperbenarkan oleh perbuatan, dia mempunyai itu untuk bermegah; tetapi bukan di hadapan Allah.
3Sebab apakah yang difirmankan kitab? Abraham percaya kepada Allah, dan itu diperhitungkan kepadanya sebagai kewajaran.
4Dalam pada itu, orang yang bekerja, ganjarannya tidak dikira sebagai rahmat, tetapi hutang.
5Namun bagi orang yang tidak bekerja, tetapi percaya kepada dia yang memperbenarkan orang yang tidak salih, imannya terhitung sebagai kewajaran.
6Sepertimana Daud juga menerangkan keberkatan orang, yang kepadanya Allah perhitungkan kewajaran tanpa perbuatan,
7Dengan berkata, Diberkatilah mereka yang kedurjanaannya sudah diampuni, dan yang dosa-dosa mereka sudah ditutupi.
8Diberkatilah orang yang Tuhan tidak akan perhitungkan dosa kepadanya.
9Maka adakah datangnya keberkatan ini kepada yang bersunat sahaja, atau kepada yang tidak bersunat juga? kerana kita berkata bahawa iman diperhitungkan kepada Abraham sebagai kewajaran.
10Bagaimanakah pula ia diperhitungkan? ketika Abraham bersunat, atau ketika tidak bersunat? Bukan ketika bersunat, tetapi ketika tidak bersunat.
11Dan dia menerima tanda sunat, sebagai meterai kewajaran iman yang dia ada sebelum bersunat: supaya dia dapat menjadi bapa kepada semua yang percaya, walaupun mereka tidak bersunat; supaya kewajaran dapat diperhitungkan kepada mereka juga:
12Dan bapa sunat kepada mereka yang bukan hanya bersunat tetapi juga yang berjalan dalam jejak-jejak iman Abraham itu, yang telah ada pada Abraham meskipun belum lagi disunat.
13Sebab janji itu, bahawa dia akan menjadi pewaris dunia, bukan kepada Abraham, atau kepada benihnya, melalui hukum, tetapi melalui kewajaran iman.
14Sebab jika mereka yang daripada hukum dijadikan pewaris, maka iman sudah dijadikan tidak sah, dan janji itu dijadikan tidak berkuatkuasa:
15Kerana hukum mengerjakan murka: sebab di mana ketiadaan hukum, di situlah tiada pelanggaran.
16Oleh sebab itu, ia adalah oleh iman, supaya ia dapat jadi melalui rahmat; bagi akhirnya janji itu dapat menjadi pasti kepada semua benih; bukan hanya kepada yang daripada hukum, tetapi juga kepada yang daripada iman Abraham; yang merupakan bapa kita semua,
17(Seperti yang telah tertulis, Aku telah menjadikanmu bapa kepada banyak bangsa,) di hadapan dia yang dipercayainya, yakni Allah, yang menghidupkan yang mati, dan yang memanggil apa yang tidak wujud seakan-akan ia wujud.
18Dia yang meskipun keadaannya bertentangan dengan harapan, percaya kepada harapan, supaya dia dapat menjadi bapa kepada banyak bangsa; menurut apa yang telah difirmankan, Benihmu juga akan jadi sedemikian.
19Dan sementara tidak lemah dalam iman, dia tidak membuat pertimbangan tentang tubuhnya yang sekarang sudah mati, ketika dia berumur sekitar seratus tahun, apatah lagi tentang kematian rahim Sara:
20Dia tidak ragu hati akan janji Allah melalui ketidakpercayaan; tetapi kuat dalam iman, dan dengan itu memberi kemuliaan kepada Allah;
21Dan juga yakin sepenuh-penuhnya bahawa, apa yang telah dia janjikan, dia juga dapat laksanakan.
22Maka itu diperhitungkan kepada Abraham sebagai kewajaran.
23Dalam pada itu, ia tidak tertulis demi Abraham sahaja, bahawa ia diperhitungkan kepadanya;
24Tetapi demi kita juga, yang akan itu diperhitungkan, jika kita percaya kepada dia yang membangkitkan Yesus Tuhan kita daripada kematian;
25Yang telah diserahkan bagi kesalahan-kesalahan kita, dan telah dibangkitkan semula bagi perbenaran kita.