Zefanya 3

Zephaniah 3

1Celaka kepada dia yang kotor dan yang tercemar, kepada kota yang buat penindasan itu!

2Dia tidak mentaati suara itu; dia tidak percaya kepada TUHAN; dia tidak mendekati Allahnya.

3Para penguasanya yang berdiam di dalamnya ialah singa-singa yang mengaum; para hakimnya ialah serigala-serigala waktu petang; mereka tidak menggerogot tulang sampai keesokan hari.

4Para nabinya ialah orang yang ringan dan yang pengkhianat: para imamnya telah mencemarkan tempat kudus, mereka telah berbuat keganasan terhadap hukum.

5TUHAN yang benar berada di tengah-tengahnya; dia tidak akan berbuat kedurjanaan: setiap pagi dia membawa penghakiman ke terang, dia tidak gagal; tetapi orang yang tidak benar tidak tahu malu.

6Aku telah memutuskan bangsa-bangsa: menara-menara mereka sudah musnah; aku telah menjadikan jalan-jalan mereka rosak, sehingga tidak seorang pun yang berlalu: kota-kota mereka sudah dibinasakan, sehingga tiada seorang pun, sehingga tidak seorang pun yang menjadi penghuni.

7Aku berkata, Tentulah kamu akan takut kepadaku, kamu akan menerima arahan; maka tempat kediaman mereka tidak akan diputuskan, Dengan apa pun cara aku telah menghukum mereka: tetapi mereka bangun awal-awal, dan mencemarkan segala perbuatan mereka.

8Oleh sebab itu, kalian nantikan aku, firman TUHAN, sehingga hari yang aku bangkit kepada mangsa: sebab tekadku adalah untuk mengumpulkan semua bangsa, supaya aku dapat menghimpunkan kerajaan-kerajaan, untuk menuang ke atas mereka amarahku, bahkan segala kemarahanku yang ganas: sebab seluruh bumi akan dihanguskan dengan api kecemburuanku.

9Sebab pada waktu itu aku akan menyerah kepada umat itu suatu bahasa yang tulen, supaya mereka semua memanggil nama TUHAN, untuk melayaninya dengan bersatu hati.

10Dari jauh melampaui sungai-sungai Etiopia para perayuku, bahkan anak perempuan orang-orang selerakku, akan membawa persembahanku.

11Pada hari itu kamu tidak akan malu bagi segala perbuatanmu, yang telah kamu melanggariku: sebab pada waktu itu aku akan membuang dari tengah-tengahmu mereka yang bersukacita dalam kebangganmu, dan kamu akan akan lagi bongkak kerana gunung kudusku.

12Aku juga akan meninggal di tengah-tengahmu umat yang sengsara dan yang miskin, dan mereka akan percaya di dalam nama TUHAN.

13Sisa Israel tidak akan berbuat durjana, dan tidak akan mengucap bohong; dan juga lidah yang suka memperdaya orang tidak akan ditemui di dalam mulut mereka: sebab mereka akan memakan dan berbaring, dan tidak seorang pun akan menjadikan mereka takut.

14Nyanyilah, wahai anak perempuan Sion; bersoraklah, wahai Israel; jadilah gembira dan bersukacita dengan segenap hati, wahai anak perempuan Yerusalem.

15TUHAN telah mencabut penghakiman-penghakimanmu, dia telah melempar ke luar musuhmu: raja Israel, bahkan TUHAN, ada di tengah-tengahmu: kamu tidak akan melihat kecelakaan lagi.

16Pada hari itu ia akan disebut kepada Yerusalem, Jangalah takut: dan kepada Sion, Janganlah biar tanganmu lemah.

17TUHAN Allahmu di tengah-tengahmu adalah kuat; dia akan menyelamat, dia akan bersukacita atas dirimu dengan sukacita; dia akan beristirahat di dalam kasihnya, dia akan bersukacita atas dirimu dengan nyanyian.

18Aku akan mengumpulkan mereka yang berduka bagi perhimpunan takzim, iaitu orang yang berasal dari kalanganmu, yang kepada mereka keaiban itu menjadi beban.

19Lihatlah, pada waktu itu aku akan meniadakan semua yang menyusahkanmu: dan aku akan menyelamatkan orang yang tempang, dan mengumpulkan orang yang telah dihalau keluar; dan aku akan memperoleh bagi mereka pujian dan kemasyhuran di setiap kawasan tanah di mana mereka telah dimalukan.

20Pada waktu itu aku akan membawa kalian semula, yakni pada waktu aku mengumpulkan kalian: sebab aku akan menjadikan kalian kenamaan dan kepujian di kalangan semua orang di bumi, ketika aku memalingkan keadaan penawananmu di hadapan mata kalian, firman TUHAN.