1Dalam pada itu, berkenaan kurnia-kurnia Allah, saudara sekalian, aku tidak ingin kalian jahil.
2Kalian tahu bahawa kalian dahulu orang bukan Yahudi, dihanyutkan kepada patung-patung yang bisu ini, selaras dengan cara kalian dipimpin.
3Oleh sebab itu, aku memberi pemahaman kepada kalian, bahawa tiada sesiapa pun yang berbicara oleh Roh Allah memanggil Yesus terkutuk: dan bahawa tiada sesiapa pun yang dapat berkata bahawa Yesus ialah Tuhan, kecuali melalui Roh Kudus.
4Dalam pada itu, ada kepelbagaian antara kurnia-kurnia, tetapi Roh yang sama.
5Dan ada perbezaan antara pentadbiran-pentadbiran, tetapi Tuhan yang sama.
6Dan ada kepelbagaian antara operasi-operasi, tetapi ia Allah yang sama yang mengerjakan segalanya daripada segalanya.
7Tetapi pernyataan Roh diberi kepada setiap orang untuk menguntungkan kesemuanya.
8Sebab kepada seorang diberi oleh Roh firman hikmah; kepada seorang yang lain firman pengetahuan oleh Roh yang sama;
9Kepada yang lain iman oleh Roh yang sama; kepada yang lain diberi kurnia-kurnia penyembuhan oleh Roh yang sama;
10Kepada yang lain untuk mengerjakan mukjizat; kepada yang lain nubuat; kepada yang lain untuk membeza-bezakan bermacam-macam roh; kepada yang lain pelbagai jenis bahasa lidah; kepada yang lain penterjemahan bahasa-bahasa lidah:
11Tetapi semua ini dikerjakan oleh satu-satunya Roh yang sama itu, yang mengagih-agih kepada setiap orang seberapa banyak yang diinginkannya.
12Sebab sementara tubuh adalah satu, dan ada banyak anggota, dan semua anggota tubuh yang satu itu, sementara banyak, ialah satu tubuh: demikian juga Kristus.
13Sebab dengan satu Roh kita semua dibaptis ke dalam satu tubuh, sama ada kita orang Yahudi ataupun orang bukan Yahudi, sama ada kita hamba ataupun merdeka; dan telah semua dijadikan untuk minum ke dalam satu Roh.
14Sebab tubuh bukanlah satu anggota, tetapi banyak.
15Jika kaki berkata, Oleh sebab aku bukan tangan, aku bukan sebahagian tubuh; maka adakah ia bukan daripada tubuh?
16Dan jika telinga berkata, Oleh sebab aku bukan mata, aku bukan sebahagian tubuh; maka adakah ia bukan daripada tubuh?
17Jika seluruh tubuh ialah mata, maka di manakah pendengarannya? Jika seluruh tubuh ialah pendengaran, maka di manakah penciuman?
18Tetapi Allah telah menempatkan keanggotaan setiap orang di dalam tubuh menurut kesukaan hatinya.
19Dan jika mereka semua merupakan satu anggota, maka di manakah tubuh?
20Tetapi sekarang mereka merupakan banyak anggota, namun merupakan satu tubuh.
21Dan mata tidak boleh berkata kepada tangan, aku tidak memerlukanmu: atau lagi kepala berkata kepada kaki, aku tidak memerlukan kalian.
22Tidak, tambahan pula, anggota-anggota tubuh, yang nampaknya seperti lebih lemah, adalah perlu:
23Dan anggota-anggota tubuh itu, yang kita anggap kurang terhormat, kepada merekalah kita memberi lebih banyak penghormatan; dan bahagian-bahagian kita yang tidak terpandang itu menjadi lebih banyak terpandang.
24Sebab bahagian-bahagian kita yang terpandang tidak ada keperluan: tetapi Allah telah menyepadukan tubuh itu bersama, dan memberi lebih banyak penghormatan kepada bahagian itu yang kekurangan:
25Supaya tidak ada apa pun perpecahan di dalam tubuh; tetapi supaya para anggota akan berprihatin dengan sama rata bagi satu sama lain.
26Dan jika satu anggota menderita, semua anggota menderita bersamanya; atau jika satu anggota dihormati, semua anggota bersukacita bersamanya.
27Sekarang kalian tubuh Kristus, dan anggota secara khusus.
28Dan Allah telah menetapkan sesetengah dalam gereja pertama sebagai rasul, kedua sebagai nabi, ketiga sebagai guru, selepas itu mukjizat, lalu kurnia kesembuhan, bantuan, pentadbiran, dan kepelbagaian bahasa lidah.
29Adakah kesemuanya rasul? adakah kesemuanya nabi? adakah kesemuanya guru? adakah kesemuanya pekerja mukjizat?
30Adakah semua mempunyai kurnia kesembuhan? adakah semua bercakap dalam bahasa lidah? adakah semua yang menterjemahkannya?
31Tetapi sungguh-sungguh dambakanlah kurnia-kurnia yang paling baik: namun begitu aku menunjukkan kepada kalian suatu jalan yang lebih cemerlang.