1Kalian jadilah pengikutku, sama seperti aku juga pengikut Kristus.
2Aku memuji kamu, saudara-saudara, kerana kamu mengingat akan aku di dalam segala hal, dan memegang ordinan-ordinan itu seperti yang telah kusampaikan kepadamu.
3Tetapi aku ingin kamu tahu, bahawa kepala setiap lelaki ialah Kristus; dan kepala setiap perempuan ialah lelaki; dan kepala Kristus ialah Allah.
4Setiap lelaki yang berdoa atau bernubuat, dengan adanya kepalanya bertudung, menghina kepalanya.
5Tetapi setiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepalanya tidak bertudung menghina kepalanya: sebab itu sama sekali seperti dia sudah dicukur rambutnya.
6Sebab jika perempuan tidak tertutup, biar dia juga digunting rambutnya: tetapi jika ia sesuatu yang malu bagi seseorang perempuan untuk digunting rambutnya atau dicukur rambutnya, biar dia ditudung.
7Sebab seseorang lelaki memang tidak patut menutupi kepalanya, sebanyak semana dia juga gambar dan kemuliaan Allah: tetapi perempuan ialah kemuliaan lelaki.
8Sebab lelaki itu bukan daripada perempuan; tetapi perempuan daripada lelaki.
9Dan lelaki juga tidak diciptakan untuk perempuan; tetapi perempuan itu bagi lelaki.
10Oleh sebab itu, seseorang perempuan haruslah ada kuasa di atas kepalanya kerana para malaikat.
11Walau bagaimanapun, lelaki ketiadaan tanpa perempuan, dan perempuan ketiadaan tanpa lelaki, dalam Tuhan.
12Sebab seperti perempuan berasal daripada lelaki, demikian juga lelaki oleh perempuan; tetapi segalanya berasal daripada Allah.
13Hakimilah di antara diri kalian: adalah ia sesuai untuk seorang perempuan berdoa kepada Allah dengan tidak bertudung?
14Tidakkah alam semula jadi pun mengajar kalian, bahawa, jika seseorang lelaki mempunyai rambut panjang, ia sesuatu yang malu baginya?
15Tetapi jika seseorang perempuan ada rambut panjang, ia kemuliaan baginya: sebab rambutnya diberi kepadanya sebagai penudung.
16Tetapi jika sesiapa pun nampak seperti suka berbalah, kita tidak ada budaya sebegitu, dan juga gereja-gereja Allah.
17Selanjutnya, berkenaan hal ini yang kuisytiharkan kepada kalian aku tidak memuji kalian, kerana kalian berkumpul bukan untuk bertambah baik tetapi untuk bertambah buruk.
18Pertama-tama, apabila kalian berkumpul di dalam gereja, aku terdengar bahawa adanya perpecahan di kalangan kalian; dan aku separuh percaya akan itu.
19Sebab harus juga adanya bidaah di kalangan kalian, supaya orang-orang yang diluluskan dapat ternyata di kalangan kalian.
20Maka apabila kalian berkumpul bersama di suatu tempat, ia bukan untuk makan perjamuan Tuhan.
21Sebab dalam pemakanan, setiap orang mengambil makanannya sendiri mendahului orang yang lain: sehingga seorang lapar, dan seorang yang lain mabuk.
22Apa? Bukankah kalian memiliki rumah yang boleh kalian makan dan minum di dalamnya? Atau kalian menghina gereja Allah dan memalukan mereka yang tidak mempunyai apa-apa? Apa yang harusku kata kepada kalian? Patutkah aku memuji kalian di dalam hal ini? Aku tidak memuji kalian.
23Sebab aku telah menerima daripada Tuhan apa yang telah aku juga teruskan kepada kalian, Iaitu Tuhan Yesus pada malam yang sama yang dia dikhianati mengambil roti:
24Dan selepas menaikkan syukur, dia memecahkannya dan menyatakan, Ambil, makan: inilah tubuhku, yang telah dipecahkan untuk kalian: lakukanlah ini sebagai peringatan akan aku.
25Demikian juga dia mengambil cawan, sesudah dia makan, dan menyatakan: Cawan ini ialah wasiat baru di dalam darahku: lakukanlah ini, sekerap kali yang kalian meminuminya sebagai peringatan akan aku.
26Sebab sekerap kali yang kalian makan roti ini, dan minum cawan ini, kalian menyatakan kematian Tuhan sampai dia datang.
27Jadi barang siapa yang memakan roti ini dan meminum cawan Tuhan ini secara tidak layak, akan bersalah kepada tubuh dan darah Tuhan.
28Tetapi biarlah seseorang menyelidiki dirinya sendiri, dan dengan demikian dibiarkan makan roti itu, dan minum dari cawan itu.
29Sebab dia yang makan dan minum secara tidak layak, sedang makan dan minum penglaknatan kepada dirinya sendiri, tanpa menanggapi tubuh Tuhan.
30Atas sebab ini, banyak di antara kalian lemah, kerap sakit dan banyak yang tertidur.
31Sebab jikalau kita menghakimi diri sendiri, kita tidak akan dihakimi.
32Tetapi apabila kita dihakimi, kita dihukum oleh Tuhan, supaya kita tidak terkutuk bersama-sama dunia.
33Dengan itu, saudara-saudaraku, apabila kalian berkumpul untuk makan, tunggulah untuk sesama dirimu.
34Dan jikalau sesiapa pun lapar, biarlah dia makan di rumah; supaya kalian tidak berkumpul kepada kutukan. Dan hal yang lain akan kuaturkan apabila aku datang.