1 Corinthians 14

1 Korintus 14

1Turutilah belas ihsan, dan inginkan kurnia-kurnia rohani, tetapi lebih lagi supaya kalian dapat bernubuat.

2Sebab dia yang berbicara dalam lidah yang tidak dikenali sedang berbicara bukan kepada manusia, tetapi kepada Allah: sebab tidak seorang pun memahaminya; walau bagaimanapun dalam roh dia sedang membicarakan misteri.

3Tetapi dia yang bernubuat berbicara kepada manusia untuk pembangunan, dan gesaan, dan hiburan.

4Dia yang berbicara dalam lidah yang tidak dikenali membangunkan dirinya sendiri; tetapi dia yang bernubuat membangunkan gereja.

5Aku mahu supaya kamu semua berbicara dengan bahasa lidah, tetapi lebih lagi supaya kalian bernubuat: sebab dia yang bernubuat adalah lebih besar daripada dia yang berbicara dengan bahasa lidah, kecuali dia menterjemahkannya, supaya sidang gereja dapat menerima pembangunan.

6Dalam pada itu, saudara sekalian, jika aku datang kepada kalian dengan berbicara dalam bahasa lidah, apakah untungnya bagi kalian, kecuali aku berbicara kepada kalian oleh wahyu, atau oleh pengetahuan, atau oleh nubuat, atau oleh doktrin?

7Dan benda-benda bunyi yang tidak bernyawa pun, sama ada seruling ataupun kecapi, kecuali ia memberi suatu bunyi yang dapat dibeza-bezakan, bagaimanakah ia dapat difaham apa yang sedang diserulingkan atau yang dikecapikan?

8Sebab jika sangkakala mengeluarkan bunyi yang tidak dikenali, siapakah yang akan menyiapkan diri untuk berperang?

9Jadi kalian sedemikian juga, kecuali kalian menutur melalui lidah kata-kata yang mudah untuk difahami, bagaimanakah ia mungkin untuk tahu apa yang diucapkan itu? Kerana kalian akan berucap terhadap angin sahaja.

10Ada, mungkin, banyak jenis suara di dunia ini, dan tidak satu pun adalah tanpa maksud.

11Maka, jika aku tidak tahu maksud suara itu, aku akan dianggap oleh dia yang berucap sebagai seorang babar, dan dia yang berucap akan dianggap seperti seorang babar bagiku.

12Demikian pula dengan kalian, sebanyak mana kalian ghairah akan kurnia-kurnia rohani, berusaha supaya kalian akan maju dalam pembangunan gereja.

13Oleh sebab itu, biar dia yang berucap dalam bahasa lidah yang tidak dikenali berdoa supaya dia dapat menterjemah.

14Sebab jika aku berdoa dalam bahasa lidah yang tidak dikenali, rohku sedang berdoa, tetapi pemahamanku itu tidak berhasil.

15Maka, bagaimana pula? Aku akan berdoa dengan roh, dan aku juga akan berdoa dengan pemahaman: Aku akan menyanyi dengan roh, dan aku juga akan menyanyi dengan pemahaman.

16Kalau tidak, ketika kamu memberkati dengan roh, bagaimanakah dia yang berada dalam golongan orang yang tidak terpelajar berkata Amin kepada ucapan syukur kamu itu, memandangkan dia tidak faham apa yang kamu katakan?

17Sebab kamu sememangnya memberi syukur dengan baik, tetapi orang yang lain itu tidak terbina.

18Aku bersyukur kepada Allahku, aku berkata-kata dalam lidah lebih daripada kamu semua:

19Namun di gereja, aku lebih ingin mengucapkan lima perkataan dengan pemahamanku, supaya melalui suaraku aku dapat mengajar yang lain juga, daripada sepuluh ribu perkataan dalam suatu lidah yang tidak dikenali.

20Saudara sekalian, janganlah menjadi budak dalam pemahaman: walau bagaimanapun dalam niat jahat kalian jadilah budak, tetapi dalam pemahaman jadilah lelaki dewasa.

21Dalam hukum telah tertulis, Dengan orang yang berlidah lain dan yang berbibir lain akan aku berucap kepada bangsa ini; namun dengan semuanya itu mereka tidak akan mendengarku, firman Tuhan.

22Lantaran itu, lidah bertujuan dipakai sebagai suatu tanda, bukan bagi mereka yang percaya, tetapi bagi mereka yang tidak percaya: tetapi bernubuat itu melayani bukan mereka yang tidak percaya, tetapi bagi mereka yang percaya.

23Maka jika seluruh gereja datang bersama ke satu tempat, dan semua berbicara dengan lidah, dan ada pula yang datang masuk yang tidak terpelajar, atau yang bukan percayawan, bukankah mereka berkata bahawa kalian sudah gila?

24Tetapi jika semua bernubuat, dan ada yang datang masuk yang tidak percaya, atau yang tidak terpelajar, dia diyakinkan oleh semua, dia dihakimi oleh semua:

25Dan dengan demikian rahsia-rahsia hatinya dijadikan nyata; dan sementara rebah tersungkur dia akan bersembahyang kepada Allah, dan melaporkan bahawa Allah ada di dalam kalian merupakan kebenaran.

26Maka bagaimananya, saudara sekalian? ketika kalian datang bersama, setiap satu orang adanya sebuah mazmur, satu doktrin, lidah, wahyu, terjemahan. Biar segalanya dilakukan bagi pembangunan.

27Jika sesiapa pun berucap dalam bahasa lidah yang tidak diketahui, biar ia diucap oleh dua orang, atau sebanyak-banyaknya tiga orang, dan itu pun secara siri, dan biar seorang menterjemahkannya.

28Tetapi sekiranya tiada penterjemah, biar dia berdiam di gereja; dan biar dia berucap kepada dirinya sendiri, dan kepada Allah.

29Biar para nabi berucap dua atau tiga orang, dan biar yang lain itu menghakimi.

30Jika apa pun dinyatakan kepada orang yang lain yang duduk di sebelah, biar orang yang pertama itu berdiam.

31Sebab kalian boleh bernubuat satu demi satu, supaya semua dapat belajar, dan semua dapat dihiburkan.

32Dan roh-roh kaum nabi tertakluk kepada kaum nabi.

33Sebab Allah bukan pengarang kekeliruan, tetapi damai sejahtera, seperti yang di semua gereja orang kudus.

34Biar kaum perempuan kalian senyap di dalam gereja-gereja: sebab ia tidak dibenarkan bagi mereka untuk bertutur; tetapi mereka diperintahkan supaya berada di bawah ketaatan, seperti juga yang dikatakan hukum.

35Dan kalau mereka ingin belajar apa pun, biar mereka bertanya kepada suami mereka di rumah: sebab ia keaiban bagi perempuan untuk bertutur di gereja.

36Apa? Adakah firman Allah itu datang daripada kalian? atau adakah ia datang kepada kalian sahaja?

37Jika sesiapa pun yang menganggap diri sebagai nabi atau rohani, biarlah dia mengakui bahawa apa yang aku tulis kepada kalian itu ialah perintah-perintah Tuhan.

38Tetapi jika sesiapa pun jahil, biarlah dia jahil.

39Lantaran itu, saudara sekalian, damba untuk bernubuat, dan jangan melarang untuk berbahasa lidah.

40Biar segalanya dibuat secara senonoh dan secara teratur.