1Tambahan pula, saudara-saudara, aku mengisytiharkan kepada kalian injil yang telah aku khutbahkan kepada kalian, yang juga telah kalian terima, dan yang dalamnya kalian berdiri teguh;
2Olehnya kalian juga telah diselamatkan, jika kalian mengekal di dalam ingatanmu apa yang telah aku khutbahkan kepada kalian, kecuali kalian telah percaya dengan sia-sia.
3Sebab aku telah menyampaikan kepada kalian pertama-tama dahulu apa yang aku juga telah terima, tentang bagaimana Kristus telah mati bagi dosa kita menurut nas-nas kitab;
4Dan bahawa dia telah dikuburkan, dan dia telah bangkit semula pada hari ketiga menurut nas-nas kitab:
5Dan bahawa dia telah dinampak oleh Kefas, dan kemudian oleh dua belas itu:
6Selepas itu, dia telah dinampak oleh lebih lima ratus saudara sekaligus; yang sebahagian besar mereka itu masih berada pada masa kini, tetapi sesetengah mereka itu sudah tidur.
7Selepas itu, dia telah dinampak oleh Yakobus; kemudian oleh semua rasul.
8Dan akhir sekali dia telah dinampak oleh aku juga, seperti orang yang telah dilahirkan di luar waktunya.
9Sebab aku yang paling rendah di antara para rasul, sehingga aku tidak sesuai untuk dipanggil rasul, kerana aku telah menganiaya gereja Allah.
10Tetapi oleh rahmat Allah aku adalah sebagaimana apa diriku ini: dan rahmatnya yang telah dianugerahkan kepadaku tidak sia-sia; sebaliknya aku telah berjerih lelah lebih banyak daripada mereka semua: namun bukan aku, tetapi oleh rahmat Allah yang ada bersamaku.
11Oleh sebab itu, sama ada ia aku ataupun ia mereka, demikian kami berkhutbah, dan demikian juga kalian percaya.
12Dalam pada itu, jika Kristus dikhutbahkan bahawa dia telah bangkit daripada mati, bagaimana mungkin sesetengah kalian berkata bahawa tiada kebangkitan orang mati?
13Tetapi jika tiada kebangkitan orang mati, maka Kristus pun tidak bangkit:
14Dan jika Kristus tidak bangkit, maka khutbah kami sia-sia sahaja, dan imanmu juga sia-sia.
15Ya, dan kita akan didapati sebagai saksi-saksi palsu Allah; kerana kami telah bersaksi tentang Allah bahawa dia telah membangkitkan Kristus: yang dia tidak bangkitkan, jika demikian hakikatnya bahawa orang mati tidak bangkit semula.
16Sebab jika orang mati tidak bangkit, maka Kristus pun tidak bangkit:
17Dan jika Kristus tidak dibangkitkan, iman kalian adalah sia-sia; kalian masih berada dalam dosa-dosamu.
18Maka mereka yang telah tidur dalam Kristus pun telah binasa.
19Jika dalam kehidupan ini sahaja kita ada harapan dalam Kristus, maka kita, di antara semua manusia, merupakan orang yang paling malang.
20Tetapi sekarang Kristus sudah bangkit daripada mati, dan telah menjadi hasil buah pertama antara mereka yang sudah tidur.
21Sebab sementara oleh manusia datangnya maut, maka oleh manusia juga datangnya kebangkitan orang mati.
22Sebab seperti dalam Adam semua mati, demikian juga dalam Kristus semua akan dihidupkan.
23Tetapi setiap orang menurut aturannya sendiri: Kristus hasil buah yang pertama; dan selepas itu mereka yang kepunyaan Kristus pada waktu kedatangannya.
24Kemudian datanglah kesudahannya, ketika dia akan sudah menyerahkan kerajaan kepada Allah, yakni Bapa; ketika dia akan sudah membinasakan segala pemerintahan dan segala kekuasaan dan kuasa.
25Sebab dia harus memerintah, sehingga dia telah meletakkan semua musuh di bawah kakinya.
26Musuh yang terakhir yang akan dibinasakan ialah maut.
27Sebab dia telah menaruh segala sesuatu di bawah kakinya. Tetapi ketika dia berkata, segalanya telah ditaruh di bawah Kristus, ia nyata bahawa dia dikecualikan, iaitu dia yang telah menaruh segala sesuatu di bawah Kristus.
28Dan sesudah segala sesuatu tertakluk kepada Kristus, maka Anak juga sendiri akan tertakluk kepada dia yang telah menaruh segala sesuatu di bawah Kristus, supaya Allah menjadi segala sesuatu dalam segala sesuatu.
29Kalau tidak maka apa yang akan dilakukan mereka yang dibaptis bagi orang mati, jika orang mati langsung tidak bangkit? mengapakah mereka pula dibaptis bagi orang mati?
30Dan mengapakah kami menghadapi bahaya setiap jam?
31Aku membantah berasaskan kesukaanmu yang aku ada dalam Kristus Yesus Tuhan kita, hari-hari aku mati.
32Jika menuruti ragam manusia aku telah berlawan dengan binatang di Efesus, apakah kelebihannya kepada diriku, jika orang mati tidak bangkit? biar kita makan dan minum; sebab besok kita mati.
33Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik.
34Bangkit kepada kewajaran, dan janganlah berdosa; sebab sesetengah orang tiada pengetahuan Allah: aku mengucapkan ini bagi keaibanmu.
35Tetapi ada pula orang yang akan berkata, Bagaimanakah orang mati dibangkitkan semula? dan dengan tubuh apa yang mereka datang?
36Hai orang bebal, apa yang kamu tabur tidak dihidupkan, kecuali ia mati:
37Dan apa yang kamu tabur, kamu tabur bukan tubuh yang akan terjadi, tetapi benih yang begitu sahaja, ia mungkin gandum, atau biji benih yang lain:
38Tetapi Allah memberinya suatu tubuh seperti yang disukainya, dan kepada setiap benih diberi tubuhnya sendiri.
39Semua daging bukanlah daging yang sama: tetapi ada satu jenis daging manusia, satu lagi daging binatang, satu lagi daging ikan, dan satu lagi daging burung.
40Ada juga badan-badan angkasa, dan badan-badan daratan: tetapi kemuliaan bagi yang syurgawi adalah lain daripada kemuliaan bagi yang daratan.
41Ada satu kemuliaan matahari, dan satu lagi kemuliaan bulan, dan satu lagi kemuliaan bintang-bintang: sebab suatu bintang berbeza daripada suatu bintang yang lain dari segi kemuliaan.
42Demikian juga kebangkitan orang mati. Ia ditabur dalam kereputan; ia dibangkitkan dalam ketidakreputan:
43Ia ditabur dalam ketidakhormatan; ia dibangkitkan dalam kemuliaan: ia ditabur dalam kelemahan; ia dibangkitkan dalam kuasa:
44Ia ditabur sebagai tubuh yang alamiah; ia dibangkitkan sebagai tubuh yang rohani. Ada suatu tubuh alamiah, dan ada suatu tubuh rohani.
45Dan demikianlah ia tertulis, Manusia pertama, Adam, telah dijadikan jiwa yang hidup; Adam yang terakhir pula telah dijadikan roh yang menghidupkan.
46Walau bagaimanapun apa yang rohani bukanlah pertama, tetapi apa yang alamiah; dan apa yang kemudian ialah apa yang rohaniah.
47Manusia pertama adalah dari bumi, dan bersifat bumi: manusia yang kedua pula ialah Tuhan dari syurga.
48Seperti apa yang bersifat bumi, demikian juga mereka yang bersifat bumi: dan seperti apa yang syurgawi, demikian juga mereka yang syurgawi.
49Dan seperti kita telah menanggung gambar yang bersifat bumi, kita juga akan menanggung gambar yang syurgawi.
50Ini yang kukatakan, saudara sekalian, bahawa daging dan darah tidak dapat mewarisi kerajaan Allah; dan juga kereputan tidak mewarisi ketidakreputan.
51Lihatlah, aku menunjukkan kalian suatu misteri; Kita tidak akan semuanya tidur, tetapi kita akan diubahkan,
52Dalam seketika, dalam sekelip mata, pada sangkakala yang terakhir: sebab sangkakala akan berbunyi, dan orang mati akan bangkit dalam ketidakreputan, dan kita akan diubahkan.
53Sebab yang boleh reput ini harus mengenakan ketidakreputan, dan yang tidak abadi ini harus mengenakan keabadian.
54Jadi apabila yang boleh reput ini sudah dikenakan ketidakreputan, dan yang tidak abadi ini sudah dikenakan keabadian, saat itulah terjadi bak kata pepatah yang tertulis, Maut habis ditelan dalam kemenangan.
55Wahai maut, di manakah sengatmu? Wahai kubur, di manakah kemenanganmu?
56Sengat maut ialah dosa; dan kekuatan dosa ialah hukum itu.
57Tetapi syukur kepada Allah, yang memberi kita kemenangan melalui Tuhan Yesus Kristus.
58Oleh sebab itu, saudara kekasih sekalian, biarlah kalian berteguh, tidak bergoyah, selalu berkelimpahan di dalam pekerjaan Tuhan, sebanyak sepertimana kalian tahu bahawa jerih lelahmu itu tidak sia-sia di dalam Tuhan.