1Sekarang berkenaan apa yang kalian telah menyurat kepadaku: Ia baik supaya seorang lelaki tidak menjamah seorang perempuan.
2Walau bagaimanapun, untuk mengelak perbuatan berkendak, biar setiap lelaki mempunyai isteri sendiri, dan biar setiap perempuan mempunyai suami sendiri.
3Biar suami melaksanakan kewajiban kemurahan kepada isterinya: dan demikian juga isteri kepada suami.
4Isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri tetapi suami berkuasa: dan demikian juga suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri tetapi isteri berkuasa.
5Janganlah kalian saling memungkiri nikah, kecuali ia menurut persetujuan untuk suatu tempoh masa, supaya kalian menyerahkan diri kepada puasa dan doa; dan kembali bersama semula, supaya Syaitan tidak menggodai kalian kerana tidak dapat mengekang diri.
6Tetapi aku berbicara ini sebagai pengizinan, dan bukan sebagai perintah.
7Sebab aku ingin supaya semua orang pun adalah seperti diriku. Tetapi setiap orang masing-masing ada kurnia tertentu daripada Allah, salah seorang dengan ragam ini, dan seorang lagi dengan ragam yang lain.
8Maka aku berkata kepada yang belum kahwin dan yang balu, Ia baik jika mereka tinggal seperti diriku ini.
9Tetapi jika mereka tidak dapat tahan, biar mereka kahwin: sebab ia lebih baik untuk kahwin daripada dihanguskan berahi.
10Dan bagi orang yang sudah kahwin aku perintahkan, namun bukan aku, tetapi Tuhan, Biar isteri jangan meninggalkan suaminya:
11Tetapi dan jika isteri meninggalkan suaminya, biar isteri kekal tidak berkahwin, atau didamaikan semula kepada suaminya: dan biar suami jangan menjauhkan isterinya.
12Tetapi kepada yang lain aku berbicara, bukan Tuhan: Jika sesiapa pun saudara memiliki seorang isteri yang bukan percayawan, dan isteri senang hati untuk berdiam bersamanya, biar suami jangan menjauhkan isteri.
13Dan perempuan yang ada suami yang tidak percaya, dan jika suami senang hati untuk berdiam bersamanya, biar isteri jangan meninggalkan suami.
14Sebab suami yang bukan percayawan disucikan oleh isteri, dan isteri yang bukan percayawan disucikan oleh suami: kalau tidak, anak-anakmu tidak tahir; tetapi sekarang mereka kudus.
15Tetapi jika yang bukan percayawan itu meninggal, biar dia meninggal. Seseorang saudara atau saudari tidak di bawah belenggu dalam kes-kes sedemikian: tetapi Allah telah memanggil kita kepada damai sejahtera.
16Sebab bagaimana kamu tahu, hai isteri, sama ada kamu akan menyelamatkan suamimu atau tidak? atau bagaimanakah kamu tahu, hai suami, sama ada kamu akan menyelamatkan isterimu atau tidak?
17Tetapi seperti yang Allah telah agih masing-masing kepada setiap orang, seperti yang Allah telah masing-masing memanggil setiap orang, biar dia menjalani hidup sedemikian. Dan itu yang aku tahbis di dalam semua gereja.
18Adakah sesiapa yang telah dipanggil ketika sudah disunat? biar dia jangan menjadi tidak bersunat. Adakah sesiapa yang telah dipanggil ketika tidak bersunat? biar dia jangan disunat.
19Bersunat itu bukan apa-apa, dan tidak bersunat itu bukan apa-apa, tetapi untuk memegang perintah-perintah Allah.
20Biar setiap orang berdiam dalam panggilan sama yang ketika dia dipanggil.
21Sudahkah kamu dipanggil ketika seorang hamba? Jangan hiraukan itu: tetapi jika kamu dapat dimerdekakan, pergunakanlah peluang itu.
22Sebab dia yang dipanggil dalam Tuhan, ketika seorang hamba, ialah orang merdeka Tuhan: demikian juga dia yang dipanggil, ketika orang merdeka, ialah hamba Kristus.
23Kalian sudah dibeli pada harganya; janganlah kalian menjadi hamba manusia.
24Saudara sekalian, biarlah setiap orang, pada keadaan ketika dia dipanggil, pada keadaan itu dia berdiam dengan Allah.
25Dalam pada itu, berkenaan dengan yang bujang aku tiada perintah Tuhan: namun aku memberi penghakimanku, sebagai orang yang telah memperoleh belas kasihan Tuhan supaya setia.
26Maka, aku sangka bahawa inilah baik bagi penderitaan masa kini, aku berkata, bahawa ia baik bagi seseorang lelaki untuk kekal sedemikian.
27Adakah kamu terikat dengan seorang isteri? jangan harap untuk dileraikan. Adakah kamu terlerai daripada seorang isteri? jangan cari seorang isteri.
28Tetapi dan jika kamu berkahwin, kamu tidak berdosa; dan jika seorang perawan kahwin, dia tidak berdosa. Walau bagaimanapun orang sedemikian akan ada kesesakan dalam daging: tetapi aku melepaskan kalian.
29Tetapi inilah yang kukatakan, saudara sekalian, masa sudah suntuk: yang tinggal adalah untuk kedua-duanya mereka yang ada isteri menjadi seolah-olah tidak ada isteri;
30Dan mereka yang menangis, seolah-olah tidak menangis; dan mereka yang bersukacita, seolah-olah tidak bersukacita; dan mereka yang beli, seolah-olah tidak memiliki;
31Dan mereka yang memakai dunia ini, memakainya dengan tidak menyalahgunakannya: sebab ragam dunia ini sedang melenyap.
32Tetapi aku ingin supaya kalian tiada keprihatinan. Dia yang tidak berkahwin berprihatin bagi hal-hal yang dimiliki Tuhan, iaitu bagaimana dia dapat menyenangkan Tuhan:
33Tetapi dia yang sudah berkahwin berprihatin bagi hal-hal dunia, iaitu bagaimana dia dapat menyenangkan isterinya.
34Ada juga perbezaan antara seorang isteri dan seorang perawan. Perempuan yang tidak berkahwin itu berprihatin bagi hal-hal Tuhan, supaya dia dapat kudus dari segi tubuh dan roh: tetapi dia yang sudah berkahwin berprihatin bagi hal-hal dunia, iaitu bagaimana dia dapat menyenangkan suaminya.
35Dan aku berbicara ini untuk keuntungan kalian sendiri; bukan supaya aku dapat menaruh suatu jerat ke atas kalian, tetapi bagi apa yang sesuai, dan supaya kalian dapat melayani Tuhan tanpa peralihan perhatian.
36Tetapi jika sesiapa pun fikir bahawa dia tidak memperlakukan perawannya dengan sesuai, jika perempuan itu sudah melebihi bunga umurnya, dan ada kewajiban untuk keperluan itu, biar dia buat apa yang harus dibuat, dia tidak berdosa: biar mereka kahwin.
37Walau bagaimanapun dia yang berdiri teguh dalam hatinya, dan sementara tiada keperluan, tetapi ada kuasa atas kehendaknya sendiri, dan sudah bertekad dalam hatinya bahawa dia akan menyimpan perawannya, berbuat elok.
38Jadi dia yang menyerahkan gadisnya kepada perkahwinan berbuat elok; tetapi dia yang tidak menyerahkan gadisnya kepada perkahwinan berbuat lebih elok.
39Isteri diikat hukum selama suaminya hidup; tetapi jika suaminya mati, dia bebas untuk berkahwin kepada sesiapa sahaja yang diingininya; hanya dalam Tuhan.
40Tetapi dia lebih bahagia jika tinggal sedemikian, menurut penghakimanku: dan aku juga fikir bahawa aku ada Roh Allah.