1 Corinthians 8

1 Korintus 8

1Dalam pada itu, berkenaan apa yang dipersembahkan kepada berhala, kita tahu bahawa kita semua ada pengetahuan. Pengetahuan menyombongkan diri, tetapi belas ihsan membina.

2Dan jika sesiapa pun fikir bahawa dia tahu apa pun, dia belum lagi tahu apa-apa yang seperti dia patut tahu.

3Tetapi jika sesiapa pun mengasihi Allah, orang itu dikenal olehnya.

4Maka berkenaan hal memakan apa yang dipersembahkan sebagai korban kepada patung-patung berhala, kita tahu bahawa patung berhala bukan apa-apa di dunia ini, dan tiada yang Allah lain kecuali satu.

5Sebab walaupun adanya apa yang dipanggil allah-allah, sama ada di syurga atau di bumi, (seperti adanya banyak allah, dan banyak tuhan,)

6Tetapi bagi kita hanya ada satu Allah, Bapa, yang empunya segalanya, dan kita di dalamnya; dan satu Tuhan Yesus Kristus, yang melaluinya adalah segalanya, dan kita melaluinya.

7Walau bagaimanapun pengetahuan itu tidak diketahui setiap orang: sebab sesetengah dengan hati nurani akan patung berhala sampai waktu kini pun memakannya sebagai sesuatu yang dipersembah kepada patung berhala; dan hati nurani mereka yang sementara lemah dinodai.

8Tetapi makanan tidak memperakukan kita kepada Allah: sebab kalau makan kita tidak untung, dan kalau tidak makan pun tidak rugi.

9Tetapi ambilah perhatian supaya jangan dengan cara apa pun kebebasan kamu ini menjadi suatu batu sandungan kepada mereka yang lemah.

10Sebab jika sesiapa pun nampak kamu yang berpengetahuan duduk dan makan di rumah berhala, tidakkah hati nurani dia yang lemah itu menjadi berani untuk makan apa yang dipersembahkan kepada patung berhala;

11Dan melalui pengetahuanmu akankah saudara yang lemah itu binasa, yang baginya Kristus telah mati?

12Tetapi ketika kalian berdosa demikian terhadap saudara-saudara, dan melukakan hati nurani mereka yang lemah, kalian berdosa terhadap Kristus.

13Lantaran itu, jika makanan menjadikan saudaraku bersalah, aku tidak akan makan apa pun daging sementara dunia ada, supaya jangan aku menjadikan saudaraku bersalah.