1 John 1

1 Yohanes 1

1Apa yang dari mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami nampak dengan mata kami, yang telah kami pandang, dan memegang dengan tangan kami, tentang Firman kehidupan;

2(Sebab hidup itu dinyatakan, dan kami telah melihatnya, dan menjadi saksi, dan menunjukkan kepada kalian hidup kekal itu, yang dahulu berada bersama Bapa, dan telah dinyatakan kepada kami;)

3Itu yang telah kami lihat dan dengar kami mengisytiharkannya kepadamu, supaya kalian juga akan beroleh persekutuan bersama-sama kami; dan persekutuan kita benar-benar bersama Bapa, dan dengan Anaknya Yesus Kristus.

4Dan hal-hal ini kami tulis kepada kalian, supaya sukacita kalian dapat menjadi penuh.

5Maka inilah pesanan yang telah kami dengar daripadanya, dan mengisytiharkannya kepada kalian, bahawasanya Allah itu cahaya, dan di dalamnya langsung tiada kegelapan.

6Jika kita berkata bahawa kita ada persekutuan dengannya, dan berjalan dalam kegelapan, kita berbohong, dan tidak melakukan kebenaran:

7Tetapi jika kita berjalan dalam cahaya, seperti dia berada dalam cahaya, kita ada persekutuan antara satu sama lain, dan darah Yesus Kristus, anaknya, membersihkan kita daripada segala dosa.

8Jika kita berkata bahawa kita tidak ada dosa, kita memperdayakan diri kita sendiri, dan kebenaran tiada dalam diri kita.

9Jika kita mengakui dosa kita, dia setia dan benar untuk mengampuni dosa kita, dan untuk menyucikan kita daripada segala ketidakwajaran.

10Jika kita berkata bahawa kita tidak pernah berdosa, maka kita menjadikannya seorang pembohong, dan firmannya tiada dalam diri kita.