1 John 4

1 Yohanes 4

1Saudara sekalian yang kekasih, jangan menaruh percaya kepada setiap roh, tetapi ujilah roh-roh jika ia adalah daripada Allah: kerana banyak nabi palsu sudah berkeliaran dalam dunia.

2Dengan ini kalian dapat mengenal Roh Allah: Setiap roh yang mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang dalam daging adalah daripada Allah:

3Dan setiap roh yang tidak mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang dalam daging bukanlah daripada Allah: dan itulah roh antikristus itu, yang telah kalian dengar bahawa ia akan datang; malah sekarang juga sudah berada di dalam dunia.

4Kalian adalah daripada Allah, hai anak-anak kecil, dan telah mengatasi mereka: kerana dia yang di dalam kalian lebih besar daripada dia yang di dalam dunia.

5Mereka adalah daripada dunia: oleh itu, mereka berbicara daripada dunia, dan dunia mendengar mereka.

6Kami adalah daripada Allah: dia yang mengenal Allah mendengar kami; dia yang bukan daripada Allah tidak mendengar kami. Dengan itu kita dapat mengenal roh kebenaran, dan roh kesalahan.

7Hai sekalian yang terkasih, biar kita mengasihi satu sama lain: sebab kasih itu daripada Allah; dan setiap orang yang mengasihi dilahir oleh Allah dan mengenal Allah.

8Dia yang tidak mengasihi tidak mengenal Allah; sebab Allah itu kasih.

9Dalam ini kasih Allah telah dinyatakan kepada kita, iaitu kerana Allah telah mengutus Anaknya yang tunggal ke bumi, supaya kita dapat hidup melaluinya.

10Di sinilah kasih, iaitu bukan kerana kita mengasihi Allah, tetapi dia telah mengasihi kita, dan mengutus Anaknya untuk dijadikan penyemahan bagi dosa-dosa kita.

11Saudara sekalian yang dikasihi, jika Allah mengasihi kita sedemikian, kita juga harus mengasihi satu sama lain.

12Tiada seorang pun yang pernah melihat Allah pada bila masa pun. Jika kita mengasihi satu sama lain, Allah berdiam di dalam kita, dan kasihnya disempurnakan di dalam kita.

13Dengan ini kita tahu bahawa kita berdiam di dalamnya, dan dia di dalam kita, iaitu kerana dia telah memberi kepada kita bahagian Rohnya.

14Dan kita telah melihat dan memang bersaksi bahawa Bapa mengutus Anak untuk menjadi Juruselamat dunia.

15Barang siapa yang mengakui bahawa Yesus ialah Anak Allah, Allah berdiam dalamnya, dan dia dalam Allah.

16Dan kita telah ketahui dan percayai kasih yang Allah ada kepada kita. Allah ialah kasih; dan dia yang berdiam dalam kasih berdiam dalam Allah, dan Allah dalam dia.

17Dalam inilah kasih kita dijadikan sempurna, supaya kita dapat keberanian pada hari penghakiman: kerana seperti dia, demikian juga kita di dunia ini.

18Tiada ketakutan dalam kasih; tetapi kasih yang sempurna menyingkirkan ketakutan: kerana ketakutan ada seksaan. Dia yang takut tidak dijadikan sempurna dalam kasih.

19Kita mengasihi dia, kerana dia pertama-tama mengasihi kita.

20Jika seseorang berkata, Aku mengasihi Allah, dan membenci saudaranya, dia merupakan pembohong: sebab dia yang tidak mengasihi saudaranya yang telah dia lihat, bagaimanakah dia mengasihi Allah yang belum dia lihat?

21Dan perintah ini kita ada daripadanya, Iaitu dia yang mengasihi Allah mengasihi saudaranya juga.