1Lihatlah betapa hebatnya kasih yang telah dikurniakan Bapa ke atas kita, sehingga kita dipanggil anak-anak Allah: maka, dunia ini tidak mengenal kita, sebab mereka tidak mengenalnya.
2Kekasih sekalian, sekarang kita ini anak-anak Allah, dan ia belum lagi ternyata apa keadaan kita kelak, tetapi kita tahu bahawa, apabila dia menyatakan diri, kita akan menjadi sepertinya; sebab kita akan melihatnya dalam keadaan sebenarnya.
3Dan setiap orang yang ada harapan ini dalam dia menyucikan dirinya sendiri, sama seperti dia suci.
4Sesiapa yang melakukan dosa juga melanggari hukum: sebab dosa ialah pelanggaran hukum.
5And ye know that he was manifested to take away our sins; and in him is no sin.
6Whosoever abideth in him sinneth not: whosoever sinneth hath not seen him, neither known him.
7Hai anak-anak kecil, jangan biar sesiapapun memperdayakan kalian: barang siapa melakukan kewajaran adalah benar, sama seperti dia benar.
8Dia yang berbuat dosa adalah dari iblis; sebab iblis berdosa sejak dari permulaan. Bagi tujuan ini Anak Allah telah dinyatakan, supaya dia dapat membinasakan perbuatan-perbuatan iblis.
9Barang siapa yang dilahirkan Allah tidak melakukan dosa; sebab benih Allah tinggal di dalamnya: dan dia tidak boleh berdosa, sebab dia dilahirkan Allah.
10Dalam hal ini anak-anak Allah dinyatakan, dan anak-anak iblis: sesiapa pun yang tidak melakukan kewajaran bukan daripada Allah, dan juga dia yang tidak mengasihi saudaranya.
11Sebab inilah pesanan yang telah kita dengar dari permulaannya, bahawa kita harus mengasihi satu sama lain.
12Bukan seperti Kain, yang berasal daripada yang durjana itu, lalu membunuh adik lelakinya. Dan mengapakah dia membunuhnya? Kerana pekerjaannya sendiri jahat, dan pekerjaan adik lelakinya itu benar.
13Jangan hairan, saudara-saudaraku, jika dunia membenci kalian.
14Kita tahu kita sudah melintas daripada maut kepada kehidupan, kerana kita mengasihi satu sama lain. Dia yang tidak mengasihi saudaranya berdiam dalam maut.
15Sesiapa pun yang membenci saudaranya ialah pembunuh: dan kalian tahu bahawa tiada pembunuh yang ada hidup kekal berdiam di dalamnya.
16Dengan cara inilah kita dapat menanggap kasih Allah, kerana dia telah menyerahkan nyawanya bagi kita: dan kita juga harus menyerahkan nyawa kita bagi kaum saudara.
17Tetapi sesiapa yang mempunyai harta dunia, dan nampak saudara lelakinya dalam keperluan, lalu menutupi sanubari belas kasihan kepadanya, bagaimanakah mungkin kasih Allah berdiam di dalamnya?
18Hai anak-anakku yang kecil, biar kita jangan mengasihi baik melalui kata-kata, mahupun melalui lidah; tetapi melalui perilaku dan kebenaran.
19Dan dengan demikian kita tahu bahawa kita berasal daripada kebenaran, dan akan meyakinkan hati kita di hadapannya.
20Sebab jika hati kita mengutuk kita, Allah lebih besar daripada hati kita, dan mengenal segalanya.
21Saudara yang dikasihi sekalian, jika hati kita tidak mengutuk kita,maka kita ada keyakinan terhadap Allah.
22Dan barang apa yang diminta kita, kita menerima daripadanya, kerana kita memegang perintah-perintahnya, dan melakukan apa yang menyenangkan di pandangannya.
23Dan inilah perintahnya, Iaitu kita patut percaya kepada nama Anaknya Yesus Kristus, dan mengasihi sesama diri, seperti yang telah diperintahkannya kepada kita.
24Dan orang yang memegang perintah-perintahnya berdiam di dalamnya, dan dia di dalam orang itu. Dan dengan demikian kita tahu bahawa dia berdiam di dalam kita, melalui Roh yang telah dia beri kepada kita.