1Dalam pada itu, Daud telah tua dan lanjut umurnya; dan mereka menutupinya dengan kain-kain pakaian, namun dia tidak kekal panas.
2Lantaran itu, hamba-hambanya berkata kepadanya, Biar ada dicari bagi tuanku raja, seorang gadis yang muda: dan biar di menghadap raja, dan biar dia menyayangi raja, dan biar dia berbaring di pangkuannya, supaya tuanku raja dapat menjadi panas.
3Maka mereka mencari seorang gadis yang cantik dari antara seluruh persisiran Israel, dan menemui Abishag, seorang gadis Sunem, dan membawanya kepada raja.
4Dan gadis itu sungguh cantik, dan menyayangi raja, dan melayaninya: namun raja tidak menghampirinya.
5Kemudian Adonia anak Hagit menyanjungi dirinya sendiri, dengan berkata, aku akan menjadi raja: dan dia melengkapi dirinya dengan kereta-kereta kuda dan para penunggang kuda, dan lima puluh pelari di depannya.
6Dan ayahnya tidak pernah menjadikannya tidak senang hati pada bila-bila masa dengan berkata, Mengapa kamu berbuat demikian? dan dia juga seorang lelaki yang elok rupanya; dan ibunya melahirkannya selepas Absalom.
7Dan dia berunding dengan Yoab anak kepada Zeruya, dan dengan Abyatar, imam itu: dan mereka sementara mengikut Adonia membantunya.
8Tetapi Zadok, imam itu, dan Benaya anak kepada Yoyada, dan Natan, nabi itu, dan Simei, dan Rei, dan orang-orang kuat yang kepunyaan Daud, tidak berpihak kepada Adonia.
9Dan Adonia menyembelih domba-domba dan lembu-lembu jantan dan ternakan tambun dekat batu Zohelet, yang ada di samping Enrogel, lalu memanggil semua saudaranya, iaitu anak-anak lelaki raja, dan semua lelaki Yehuda, para hamba raja:
10Tetapi Natan, nabi itu, dan Benaya, dan orang-orang kuat, dan Salomo, adiknya, tidak dipanggilnya.
11Lantaran itu, Natan berbicara kepada Batsyeba, ibu Salomo, dengan berkata, Tidakkah kamu dengar bahawa Adonia anak kepada Hagit sedang memerintah, dan Daud, tuan kita, tidak tahu akan itu?
12Maka sekarang datanglah, biarlah diriku, aku mohon kepadamu, berimu nasihat, supaya kamu dapat menyelamatkan nyawamu sendiri, dan nyawa anak lelakimu, Salomo.
13Pergilah dan hadapkanlah dirimu kepada raja Daud, dan berkatalah kepadanya, Bukankah kamu, ya tuanku, ya raja, bersumpah kepada hamba perempuanmu ini, dengan berkata, Sudah pasti Salomo, anak lelakimu, akan memerintah sesudahku, dan dia akan menduduki takhtaku? mengapakah pula Adonia sedang memerintah?
14Lihatlah, sementara kamu masih berbicara dengan raja, Aku juga akan masuk menyusulimu, dan mengesahkan kata-katamu.
15Dan Batsyeba memasuki ke tempat raja di kamar: dan raja sungguh tua; dan Abisag, perempuan Sunem itu melayani raja.
16Dan Batsyeba berlutut dan berbuat sujud hormat kepada raja. Dan raja berkata, Apakah yang diinginimu?
17Dan Batsyeba berkata kepadanya, Tuanku, engkau telah bersumpah demi TUHAN Allahmu kepada hamba perempuanmu ini, dengan berkata, Sudah pasti Salomo, anak lelakimu, akan memerintah sesudahku, dan dia akan menduduki takhtaku.
18Dan sekarang, lihatlah, Adonia sedang memerintah; sedangkan tuanku, raja, tidak tahu akan itu:
19Dan dia telah menyembelih lembu-lembu jantan dan ternakan tambun dan domba-domba dengan kelimpahan, dan telah memanggil semua anak raja, dan Abiatar, imam itu, dan Yoab ketua angkatan itu: tetapi Salomo, hambamu ini, tidak dipanggilnya.
20Dan engkau, tuanku, ya rajaku, mata seluruh Israel sedang memandang kepadamu, supaya kamu memberitahu mereka siapa yang akan duduk di takhta tuanku, yakni raja, sesudah dirinya.
21Sebab kalau tidak ia akan terjadi, ketika tuanku, raja, sudah tidur bersama-sama bapa-bapa leluhurnya, bahawa aku dan anak lelakiku, Salomo, akan dikira sebagai para pesalah.
22Dan, lihatlah, sementara dia masih berbicara dengan raja, Natan, nabi itu, juga datang masuk.
23Dan mereka memberitahu raja, dengan berkata, Lihatlah, Natan, nabi itu. Dan ketika dia sudah masuk menghadap raja, dia bersujud di hadapan raja dengan mukanya ke tanah.
24Dan Natan berkata, Tuanku, ya raja, sudahkah kamu berkata, Adonia akan memerintah sesudahku, dan dia akan duduk di atas takhtaku?
25Sebab dia telah turun pada hari ini, dan telah menyembelih lembu-lembu jantan dan ternakan tambun dan domba-domba dengan kelimpahan, dan telah memanggil semua anak lelaki raja, dan para ketua angkatan, dan Abyatar, imam itu; dan lihatlah, mereka makan dan minum di hadapannya, dan berkata, Allah selamatkan raja Adonia.
26Tetapi bagi diriku, bahkan diriku yang merupakan hambamu, dan Zadok, imam itu, dan Benaya anak kepada Yoyada, dan hambamu Salomo, tidak dipanggilnya.
27Adakah hal ini dilakukan oleh tuanku, raja, dan tidak engkau tunjuknya kepada hambamu siapakah yang akan menduduki takhta tuanku, raja, sesudah dirinya?
28Kemudian raja Daud menjawab dan berkata, Panggillah Batsyeba kepadaku. Dan perempuan itu masuk ke kehadiran raja, lalu berdiri menghadap raja.
29Dan raja bersumpah, dan berkata, Sementara TUHAN hidup, iaitu dia yang telah menebus jiwaku daripada segala kesesakan,
30Bahkan diriku bersumpah kepadamu demi TUHAN Allah Israel, dengan berkata, Sudah pasti Salomo anak lelakimu akan memerintah sesudah diriku, dan dia akan menduduki takhtaku menggantikanku; malah pada hari ini juga akan kubuat demikian.
31Kemudian Batsyeba bersujud dengan mukanya ke bumi, dan berbuat hormat keseganan kepada raja, dan berkata, Biarlah tuanku raja Daud hidup untuk selamanya.
32Dan raja Daud berkata, Panggilah kepadaku Zadok, imam itu, dan Natan, nabi itu, dan Benaya anak kepada Yoyada. Dan mereka datang menghadap raja.
33Dan raja berkata juga kepada mereka, Ambillah bersama kalian hamba-hamba tuan kalian ini, dan buat Salomo, anak lelakiku untuk menunggang baghalku sendiri, dan bawalah dia turun ke Gihon:
34And let Zadok the priest and Nathan the prophet anoint him there king over Israel: and blow ye with the trumpet, and say, God save king Solomon.
35Then ye shall come up after him, that he may come and sit upon my throne; for he shall be king in my stead: and I have appointed him to be ruler over Israel and over Judah.
36And Benaiah the son of Jehoiada answered the king, and said, Amen: the LORD God of my lord the king say so too.
37As the LORD hath been with my lord the king, even so be he with Solomon, and make his throne greater than the throne of my lord king David.
38So Zadok the priest, and Nathan the prophet, and Benaiah the son of Jehoiada, and the Cherethites, and the Pelethites, went down, and caused Solomon to ride upon king David's mule, and brought him to Gihon.
39Dan Zadok imam itu mengambil satu tanduk minyak dari khemah suci, lalu mengurapi Salomo. Dan mereka meniup sangkakala; dan semua rakyat berkata, Allah selamatkan raja Salomo.
40Dan semua orang menyusulinya, dan umat itu membunyikan seruling, dan bersuka dengan sukacita besar, sehingga seluruh bumi terbelah oleh suara mereka.
41Dan Adonia dan semua tetamu yang ada bersamanya terdengar itu sebaik sahaja pemakanan mereka tamat. Dan ketika Yoab mendengar bunyi sangkakala, dia berkata, Mengapakah adanya bunyi kota sedang kecoh ini?
42Dan sementara dia masih berbicara, lihatlah, Yonatan anak Abiatar, imam itu, masuk: dan Adonia berkata kepadanya, Masuklah; sebab kamu orang yang gagah perkasa, dan membawa khabar baik.
43Dan Yonatan menjawab dan berkata kepada Adonia, Sesungguhnya tuan kita, raja Daud, telah menjadikan Salomo raja.
44Dan raja telah mengutus ke samping Salomo, Zadok, imam itu, dan Natan, nabi itu, dan Benaya anak kepapda Yoyada, dan orang Kreti, dan orang Pleti, dan mereka telah membuat Salomo untuk menunggang baghal raja:
45Dan Zadok, imam itu, dan Natan, nabi itu, telah mengurapi dia raja di Gihon: dan mereka telah naik dari sana dengan bersukaria, sehingga kota itu bergema semula. Itulah bunyi yang telah kalian dengar.
46Lagi pula, Salomo menduduki takhta kerajaan.
47Tambahan lagi, hamba-hamba raja datang untuk mengucap berkat kepada tuan kita, raja Daud, dengan berkata, Allah menjadikan nama Salomo lebih baik daripada namamu, dan menjadikan takhtanya lebih hebat daripada takhtamu. Dan raja telah bersujud di atas petidurannya.
48Tambahan lagi, raja berkata, Terpujilah TUHAN Allah Israel, yang telah menganugerahi seorang untuk menduduki takhtaku pada hari ini, mataku pun sedang melihatnya.
49Dan semua tetamu bersama Adonia beroleh takut, lalu bangkit, dan pergi setiap orang menurut jalannya.
50Dan Adonia takut kerana Salomo, lalu bangkit, dan pergi, dan memegang tanduk-tanduk mazbah.
51Dan itu diberitahu Salomo, dengan berkata, Lihatlah, Adonia takut akan raja Salomo: sebab, lihatlah, dia sedang berpegang kepada tanduk-tanduk mazbah, dengan berkata, Biar raja Salomo bersumpah kepadaku pada hari ini bahawa dia tidak akan membunuh hambanya dengan pedang.
52Dan Salomo berkata, Jika dia akan menunjukkan dirinya seorang yang layak, maka tidak seurat rambutnya pun akan jatuh ke bumi: tetapi jika kedurjanaan ditemui di dalam dirinya, maka dia akan mati.
53Maka raja Salomo mengutus orang, dan mereka membawa Adonia turun dari mazbah. Dan dia datang dan bersujud kepada raja Salomo: dan Salomo berkata kepadanya, Pergilah ke rumahmu.