1 Kings 22

1 Raja-Raja 22

1Dan mereka berterusan untuk tiga tahun tanpa peperangan di antara Siria dan Israel.

2Dan terjadilah pada tahun ketiga, bahawa Yosafat, raja Yehuda, turun ke raja Israel.

3Dan raja Israel berkata kepada hamba-hambanya, Tidak tahukah kalian bahawa Ramot di Gilead adalah milik kita, dan kita kekal diam, dan tidak mengambilnya balik daripada tangan raja Siria?

4Dan dia berkata kepada Yosafat, Akankah kamu pergi bersamaku ke pertempuran di Ramot-Gilead? Dan Yosafat berkata kepada raja Israel, aku sama denganmu, umatku adalah seperti umatmu, kuda-kudaku adalah seperti kuda-kudamu.

5Dan Yosafat berkata kepada raja Israel, Bertanya, aku mohon kepadamu, kepada firman TUHAN pada hari ini.

6Maka raja Israel mengumpulkan para nabi bersama, sekitar empat ratus orang, dan berkata kepada mereka, Patutkah aku maju terhadap Ramot-Gilead untuk bertempur, atau patutkah aku menahan diri? Dan mereka berkata, Majulah; sebab Tuhan akan menyerahkannya ke dalam tangan raja.

7Dan Yosafat berkata, tidak adakah di sini seorang nabi TUHAN yang lain, yang kita mungkin dapat bertanya daripada dia?

8Dan raja Israel berkata kepada Yosafat, Ada seorang lagi, Mikaya anak kepada Yimla, yang olehnya kita dapat bertanya kepada TUHAN: tetapi aku membencinya; sebab dia tidak menubuatkan kebaikan berkenaanku, tetapi kecelakaan. Dan Yosafat berkata, Biar raja jangan berkata demikian.

9Kemudian raja Israel memanggil seorang pegawai, dan berkata, Cepatlah jemput Mikaya anak Yimla ke sini.

10Dan raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda, duduk di atas takhta mereka masing-masing, sesudah memakai jubah mereka, di tempat kosong di pintu masuk pintu gerbang Samaria; dan semua nabi bernubuat di hadapan mereka.

11Dan Zedekia anak Kenaana membuat tanduk-tanduk besi: dan dia berkata, Demikianlah firman TUHAN, dengan ini akan kamu menolak Siria, sampai kamu sudah menghabiskan mereka.

12Dan semua nabi bernubuat demikian, dengan berkata, Majulah ke Ramot-Gilead, dan makmur: sebab TUHAN akan menyerahkan itu ke dalam tangan raja.

13Dan para utusan yang telah pergi untuk memanggil Mikaya berkata kepadanya, Lihatlah sekarang, kata-kata para nabi mengisytiharkan kebaikan kepada raja dengan sebulat suara: biar firmanmu, aku mohon kepadamu, untuk menjadikan kata-katamu serupa dengan salah seorang daripada mereka, dan bicaralah apa yang baik.

14Dan Mikaya berkata, Sementara TUHAN hidup, apa yang TUHAN berfirman kepadaku, itulah yang akan kubicarakan.

15Jadi dia datang kepada raja. Dan raja berkata kepadanya, Mikaya, patutkah kami pergi terhadap Ramot-Gilead untuk bertempur, atau patutkah kami menahan diri? Dan dia berjawab kepadanya, Majulah, dan makmur: sebab TUHAN akan menyerahkannya ke dalam tangan raja.

16Dan raja berkata kepadanya, Berapa banyak kali harus aku menyuruhmu supaya jangan kamu memberitahuku apa-apa pun kecuali apa yang benar dalam nama TUHAN?

17Dan dia berkata, aku nampak Israel berselerak di atas bukit-bukit, seperti domba-domba yang ketiadaan gembala: dan TUHAN berkata, Mereka ini ketiadaan tuan: biar mereka masing-masing pulang ke rumahnya dengan damai.

18Dan raja Israel berkata kepada Yosafat, Tidakkah aku memberitahumu bahawa dia tidak akan menubuatkan apa yang baik tentangku, tetapi kecelakaan?

19Dan Mikaya berkata, Maka dengarlah firman TUHAN: Aku nampak TUHAN bersemayam di takhtanya, dan seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah tangan kanannya dan di sebelah tangan kirinya.

20Dan TUHAN berfirman, Siapakah yang akan memujuk Ahab, supaya dia akan berangkat dan ditewaskan di Ramot-Gilead? Dan salah seorang berkata sebegini, dan salah seorang lagi berkata sebegitu.

21Lalu munculnya suatu roh, dan berdiri di hadapan TUHAN, dan berkata, Aku akan pergi memujuknya.

22Dan TUHAN berfirman kepadanya, Dengan apa? Dan dia berkata, Aku akan pergi, dan akan menjadi suatu roh pembohong di dalam mulut semua nabinya. Dan TUHAN berfirman, Kamu akan pergi memujuknya, dan akan berjaya juga: pergilah, dan buat sedemikian.

23Oleh itu, sekarang lihatlah, TUHAN telah menaruh suatu roh pembohong di dalam mulut semua nabi ini iaitu para nabimu, dan TUHAN telah berfirman celaka tentang kamu.

24Tetapi Zedekia anak Kenaana mendekatinya, dan memukul Mikaya di pipinya, dan berkata, Bagaimana Roh TUHAN boleh pergi daripadaku untuk berbicara kepadamu?

25Dan Mikaya berkata, Lihatlah, kamu akan melihat pada hari itu, ketika kamu memasuki kamar yang terdalam untuk menyembunyikan dirimu.

26Dan raja Israel berkata, Ambillah Mikaya, dan angkat dia balik ke Amon, gabenor kota itu, dan kepada Yoas, anak raja;

27Dan berkata, Beginilah kata raja, Masukkan orang ini ke dalam penjara, dan berilah dia roti kesengsaraan dan air penderitaan, sehingga aku kembali dengan damai.

28Dan Mikaya berkata, Jika kamu sama sekali kembali dengan damai, maka TUHAN tidak berbicara melaluiku. Dan dia berkata, Endahkanlah, wahai rakyat, setiap orang di antara kalian.

29Jadi, raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda pergi naik ke Ramot-Gilead.

30Dan raja Israel berkata kepada Yosafat, Aku akan menyamar diriku, dan masuk ke dalam pertempuran itu; tetapi kamu pakailah jubahmu. Dan raja Israel menyamar dirinya, lalu masuk ke dalam pertempuran itu.

31Tetapi raja Siria memerintahkan ketiga-tiga puluh dua panglimanya yang memerintah atas pasukan kereta kuda, dengan berkata, Janganlah bertempur baik dengan kecil mahupun dengan besar, kecuali hanya dengan raja Israel.

32Dan terjadilah, ketika para panglima kereta kuda itu nampak Yosafat, mereka berkata, Sudah tentulah itu raja Israel. Dan mereka berpaling untuk melawannya: dan Yosafat berteriak.

33Dan terjadilah, ketika para panglima kereta kuda menanggap bahawa ia bukan raja Israel, bahawa mereka berpaling untuk henti mengejarnya.

34Dan salah seorang menarik busurnya dengan sembarangan, dan terkena raja Israel di sendi bahagian-bahagian baju perisainya: lantaran itu, dia berkata kepada pemandu kereta kudanya, Berpalinglah tanganmu, dan bawaku keluar dari angkatan ini; sebab aku sudah luka.

35Dan pertempuran itu bertambah hangat pada hari itu: dan raja itu kekal berdiri di kereta kudanya terhadap orang Siria, dan mati pada waktu petang: dan darahnya mengalir keluar dari lukanya ke tengah-tengah kereta kudanya.

36Dan ada suatu pengisytiharaan menerusi angkatan itu di sekitar waktu terbenamnya matahari, dengan berkata, Setiap orang ke kotanya sendiri, dan setiap orang ke negerinya sendiri.

37Jadi, raja itu mati, dan dibawa ke Samaria; dan mereka menguburkan raja di Samaria.

38Dan salah seorang membasuh kereta kuda itu di kolam Samaria; dan anjing-anjing menjilat darahnya; dan ada orang membasuh baju perisai raja itu; menurut firman TUHAN yang telah dibicarakannya.

39Dalam pada itu, riwayat-riwayat lain Ahab, dan semua yang dilakukannya, dan istana gading yang dibina olehnya, dan semua kota yang telah dia bina, bukankah ia semua tertulis dalam kitab sejarah raja-raja Israel?

40Jadi, Ahab tidur dengan bapa-bapa leluhurnya; dan Ahazia, anaknya, memerintah menggantikannya.

41And Jehoshaphat the son of Asa began to reign over Judah in the fourth year of Ahab king of Israel.

42Jehoshaphat was thirty and five years old when he began to reign; and he reigned twenty and five years in Jerusalem. And his mother's name was Azubah the daughter of Shilhi.

43And he walked in all the ways of Asa his father; he turned not aside from it, doing that which was right in the eyes of the LORD: nevertheless the high places were not taken away; for the people offered and burnt incense yet in the high places.

44And Jehoshaphat made peace with the king of Israel.

45Now the rest of the acts of Jehoshaphat, and his might that he shewed, and how he warred, are they not written in the book of the chronicles of the kings of Judah?

46And the remnant of the sodomites, which remained in the days of his father Asa, he took out of the land.

47There was then no king in Edom: a deputy was king.

48Jehoshaphat made ships of Tharshish to go to Ophir for gold: but they went not; for the ships were broken at Eziongeber.made�: or, had ten ships

49Then said Ahaziah the son of Ahab unto Jehoshaphat, Let my servants go with thy servants in the ships. But Jehoshaphat would not.

50And Jehoshaphat slept with his fathers, and was buried with his fathers in the city of David his father: and Jehoram his son reigned in his stead.

51Ahaziah the son of Ahab began to reign over Israel in Samaria the seventeenth year of Jehoshaphat king of Judah, and reigned two years over Israel.

52And he did evil in the sight of the LORD, and walked in the way of his father, and in the way of his mother, and in the way of Jeroboam the son of Nebat, who made Israel to sin:

53For he served Baal, and worshipped him, and provoked to anger the LORD God of Israel, according to all that his father had done.