1 Kings 3

1 Raja-Raja 3

1Dan Salomo bersemenda dengan Firaun, raja Mesir, dan mengambil anak perempuan Firaun, dan membawanya ke dalam kota Daud, sehingga dia telah selesai membina rumahnya sendiri, dan rumah TUHAN, dan tembok Yerusalem di sekeliling.

2Hanya, rakyat mempersembahkan korban di tempat-tempat yang tinggi, kerana tiada rumah yang dibina kepada nama TUHAN, sampai hari itu.

3Dan Salomo mengasihi TUHAN, sedang kala berjalan menurut peraturan-peraturan Daud, bapanya: hanya, dia mempersembahkan korban dan membakar dupa di tempat-tempat yang tinggi.

4Dan raja pergi ke Gibeon untuk mempersembahkan korban di sana; sebab tempat tinggi itu yang paling besar: seribu korban bakaran dipersembahkan Salomo di atas mazbah itu.

5Di Gibeon, TUHAN muncul kepada Salomo dalam mimpi pada waktu malam: dan Allah berkata, Minta apa yang aku akan beri kepadamu.

6Dan Salomo berkata, Engkau telah menunjukkan kepada hambamu Daud, bapaku, belas kasihan yang besar, sesuai dengan dia menjalani hidup di hadapanmu dalam kebenaran, dan dalam kewajaran, dan dalam kejujuran hati denganmu; dan engkau telah menyimpan baginya kebaikan yang besar ini, bahawa engkau telah memberi kepadanya seorang anak lelaki untuk menduduki takhtanya, sepertimana yang ada pada hari ini.

7Dan sekarang, ya TUHAN Allahku, engkau telah menjadikan hambamu ini sebagai raja menggantikan Daud ayahku, dan aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk.

8Dan hambamu berada di tengah-tengah umatmu yang telah engkau pilih, suatu umat yang besar, yang tidak dapat dibilang atau dihitung kerana banyak.

9Maka berilah kepada hambamu suatu hati yang ada pemahaman untuk menghakimi umatmu, supaya aku berbudi bicara untuk membezakan antara yang baik dan yang jahat: sebab siapakah yang mampu menghakimi umatmu yang sebegitu besar?

10Dan ucapan itu menyenangkan Tuhan, bahawa Salomo telah memohonkan hal demikian.

11Dan Allah berfirman kepadanya, Oleh sebab kamu telah memohon untuk hal demikian, dan tidak memohon bagi dirimu sendiri panjang umur; dan tidak memohon kekayaan bagi dirimu sendiri, dan tidak memohon untuk nyawa musuh-musuhmu; tetapi telah memohon bagi dirimu sendiri pemahaman untuk berbudi bicara dalam penghakiman;

12Lihatlah, aku telah melakukan sesuai dengan kata-katamu: lihat, aku telah memberi kepadamu hati yang berhikmah dan yang ada pemahaman; supaya tiada yang sepertimu sebelummu, dan tiada juga sesudahmu yang akan bangkit sepertimu.

13Dan aku juga telah memberi kepadamu apa yang kamu tidak mohon, kedua-dua kekayaan dan kehormatan: supaya tiada di antara raja-raja yang akan jadi sepertimu sepanjang hayatmu.

14Dan jika kamu akan menjalani hidup menurut jalan-jalanku, untuk memegang peraturan-peraturanku dan perintah-perintahku, sepertimana bapamu, Daud, menjalani hidupnya, maka aku akan memperpanjang hayatmu.

15Dan terjagalah Salomo; dan, ternyata ia suatu mimpi. Dan dia pergi ke Yerusalem, dan berdiri di hadapan tabut waad TUHAN, dan mempersembahkan korban-korban bakaran, dan mempersembahkan korban-korban pendamaian, dan menganjurkan suatu perjamuan bagi semua hambanya.

16Kemudian datanglah dua perempuan, yang pelacur, kepada raja, dan menghadap dia.

17Dan salah seorang perempuan berkata, Ya tuanku, aku dan perempuan ini berdiam di rumah yang sama; dan aku telah melahirkan seorang anak di rumah itu.

18Dan terjadilah pada hari yang ketiga selepas aku bersalin, bahawa perempuan ini juga bersalin: dan kita ada bersama; tiada orang asing bersama kami di rumah itu, kecuali kami berdua di rumah.

19Dan anak perempuan ini telah mati pada waktu malam; kerana dia tidur di atasnya.

20Dan kemudian dia bangun pada waktu tengah malam, dan mengambil anak lelakiku dari sisiku, sementara hambamu tidur, lalu membaringkannya di pangkuannya, dan membaringkan pula anaknya yang sudah mati di pangkuanku.

21Dan ketika aku bangun pada waktu pagi untuk menyusu anakku, lihatlah, ia sudah mati: tetapi sesudah aku mempertimbangkan itu pada waktu pagi, lihatlah, itu bukan anak lelakiku, yang dilahirkanku.

22Dan perempuan lain itu berkata, Bukan; tetapi yang hidup itu anak lelakiku, dan yang mati itu anak lelakimu. Dan perempuan ini pula berkata, Tidak; tetapi yang mati itu anak lelakimu, dan yang hidup itu anak lelakiku. Beginilah mereka berucap di hadapan raja.

23Kemudian raja berkata, Yang satu menyatakan, Inilah anak lelakiku yang hidup, dan anak lelakimu yang mati itu: dan yang satu lagi berkata, Bukan; tetapi anak lelakimu yang mati itu, dan anak lelakiku yang hidup ini.

24Dan raja berkata, Bawalah pedang kepadaku. Dan mereka membawa pedang ke hadapan raja.

25Dan raja berkata, Bahagikan anak yang hidup ini kepada dua, dan beri setengah kepada yang satu, dan setengah lagi kepada yang lain.

26Kemudian berucaplah perempuan yang anaknya hidup kepada raja, kerana sanubarinya merindui anak lelakinya, dan dia berkata, Ya tuanku, berilah dia anak yang hidup itu, dan janganlah sesekali pun membunuh anak itu. Tetapi yang satu lagi pula berkata, Biar ia jangan kepunyaanku atau kepunyaanmu, tetapi bahagikannya.

27Kemudian raja berjawab dan berkata, Berilah dia anak yang hidup itu, dan jangan sesekali pun membunuhnya: perempuan inilah yang ibunya.

28Dan seluruh Israel telah mendengar penghakiman yang raja telah laksanakan; dan mereka takut akan raja: kerana mereka nampak bahawa hikmah Allah ada padanya, untuk melaksanakan penghakiman.