1 Samuel 13

1 Samuel 13

1Saul memerintah untuk setahun; dan sesudah dia memerintah untuk dua tahun atas Israel,

2Saul memilih bagi dirinya tiga ribu lelaki Israel; yang daripadanya dua ribu berada dengan Saul di Mikhmas dan di gunung Betel, dan seribu pula berada dengan Yonatan di Gibea Benyamin: dan yang baki mereka yang lain dia hantar masing-masing ke khemahnya.

3Dan Yonatan memukul kalah pasukan orang Filistin yang berpangkalan di Geba, dan orang Filistin mendapat tahu akan itu. Dan Saul meniup sangkakala menerusi seluruh negeri, dengan berkata, Biar orang Ibrani mendengar.

4Dan orang Israel mendengar bahawa Saul telah memukul kalah pasukan orang Filistin, dan bahawa Israel juga dipandang benci oleh orang Filistin. Dan umat itu dipanggil bersama kepada Saul di Gilgal.

5Dan orang Filistin mengumpulkan diri mereka bersama untuk melawan Israel, tiga puluh ribu pedati, dan enam ribu orang berkuda, dan orang-orang bagaikan pasir yang ada di pantai banyaknya: dan mereka maju naik, dan mendirikan khemah di Mikhmas, sebelah timur dari Betawen.

6Ketika orang Israel melihat bahawa mereka terjepit (sebab umat itu terdesak,) kemudian umat itu menyembunyikan diri mereka di dalam gua, di dalam semak, dan di bukit batu, dan di tempat-tempat tinggi, dan di dalam lubang.

7Dan sesetengah orang Ibrani pergi melintasi Yordan ke tanah Gad dan Gilead. Bagi Saul, dia belum berada di Gilgal, dan seluruh umat itu mengikutinya dengan gementar.

8Dan dia menanti selama tujuh hari, menurut waktu yang telah ditentukan Samuel: tetapi Samuel tidak datang ke Gilgal; dan umat itu terserak daripada dirinya.

9Dan Saul berkata, Bawalah seekor korban bakaran kepadaku, dan persembahan-persembahan damai sejahtera. Dan dia mempersembahkan persembahan bakaran itu.

10Dan terjadilah, sebaik sahaja dia tamat mempersembahkan persembahan bakaran, lihatlah, Samuel datang; dan Saul keluar untuk bertemu dengannya, supaya dapat memberi salam kepadanya.

11Dan Samuel berkata, Apakah yang telah dilakukanmu? Dan Saul berkata, Kerana aku nampak umat itu sudah terserak daripadaku, dan bahawa kamu tidak datang menurut tempoh hari-hari yang telah ditentukan, dan bahawa orang Filistin mengumpulkan diri mereka sendiri bersama di Mikhmas;

12Oleh sebab itu, aku berkata, Orang Filistin akan turun ke Gilgal sekarang dan menyerangku, dan aku belum membuat permohonan kepada TUHAN: maka aku memaksakan diriku, dan mempersembahkan korban bakaran.

13Dan Samuel berkata kepada Saul, Kamu telah memperlakukan diri dengan bebal: kamu tidak berpegang kepada perintah TUHAN Allahmu, yang diperintahkannya kepadamu: sebab pada masa sekarang sudah TUHAN memantapkan kerajaanmu ke atas Israel untuk selamanya.

14Tetapi sekarang kerajaanmu tidak akan melanjut: TUHAN telah mencari bagi dirinya seorang lelaki yang mengejar hati Allah sendiri, dan TUHAN telah memerintahkannya untuk menjadi ketua atas umatnya, kerana kamu tidak berpegang kepada apa yang diperintahkan TUHAN kepadamu.

15Dan Samuel berangkat, dan pergi dari Gilgal ke Gibeah Benyamin. Dan Saul membilang umat itu yang hadir bersamanya, di sekitar enam ratus orang.

16Dan Saul, dan Yonatan, anak lelakinya, dan umat itu yang hadir bersama mereka, tinggal di Gibea Benyamin: tetapi orang Filistin pula berkhemah di Mikhmas.

17Dan para penjarah keluar dari perkhemahan orang Filistin dalam tiga pasukan: satu pasukan menyimpang ke jalan yang menuju ke Ofra, ke tanah Syual:

18Dan satu pasukan lagi menyimpang ke Bethoron: dan satu lagi pasukan menyimpang ke jalan sempadan yang menghadap ke lembah Zeboim ke arah padang gurun.

19Dalam pada itu, tiada tukang besi yang didapati menerusi seluruh kawasan tanah Israel: sebab orang Filistin berkata, Supaya jangan orang Ibrani membuat bagi diri mereka pedang atau tombak:

20Tetapi semua orang Israel turun kepada orang Filistin, untuk mengasah masing-masing mata bajaknya, dan kulternya, dan kapaknya, dan matoknya.

21Namun mereka ada kikir untuk matok, untuk kulter, untuk serampang, untuk kapak, dan untuk mengasah angkusa.

22Maka terjadilah pada hari pertempuran, bahawa, baik pedang mahupun tombak tidak ditemui di tangan mana-mana orang di kalangan umat yang ada bersama Saul dan Yonatan: tetapi bagi Saul dan Yonatan ada ditemui itu.

23Dan pasukan orang Filistin keluar ke laluan Mikhmas.