1 Samuel 14

1 Samuel 14

1Dalam pada itu, terjadilah pada suatu hari, bahawa Yonatan anak kepada Saul berkata kepada teruna yang memegang perisainya, Mari, dan biar kita pergi ke pasukan pangkalan orang Filistin, yang berada di seberang. Tetapi dia tidak memberitahu ayahnya.

2Dan Saul menunggu di bahagian yang paling hujung di Gibea di bawah pokok delima yang berada di Migron: dan umat yang ada bersamanya adalah di sekitar enam ratus orang;

3Bersama Ahia, anak kepada Ahitub, iaitu saudara Ikabod, anak kepada Pinehas, anak kepada Eli, imam TUHAN di Silo, yang sedang memakai baju efod. Dan umat itu tidak tahu bahawa Yonatan sudah pergi.

4Dan di antara lorong-lorong yang dipakai Yonatan untuk menyeberangi ke pasukan pangkalan orang Filistin, adanya bukit batu yang tajam pada sebelah satu sisi dan bukit batu yang tajam pula pada sebelah sisi yang lain: dan nama salah satu bukit batu ialah Bozes, dan yang lain pula ialah Sene.

5Barisan depan salah satu bukit batu itu bertempat menghadap utara terhadap Mikhmas, dan yang satu lagi menghadap ke selatan terhadap Gibea.

6Dan Yonatan berkata kepada teruna itu yang memegang perisainya, Mari, dan biar kita pergi ke pasukan pangkalan orang yang tidak bersunat ini: mungkin terjadi TUHAN akan bertindak untuk kita: sebab tiada penghalang kepada TUHAN untuk menyelamat melalui banyak orang atau sedikit orang.

7Dan pemegang perisainya berkata kepadanya, Buatlah menurut segala isi hatimu: berpalinglah kamu; lihatlah, aku berada bersamamu sesuai dengan hatimu.

8Kemudian Yonatan berkata, Lihatlah, kita akan menyeberang kepada orang-orang ini, dan kami akan mendedahkan diri kita kepada mereka.

9Jika mereka berkata kepada kita, Tunggu sehingga kami datang kepada kalian; maka kita akan kekal berdiri di tempat kita, dan tidak akan naik kepada mereka.

10Tetapi jika mereka berkata dengan demikian, Naiklah kepada kami; maka kita akan naik: sebab TUHAN telah menyerahkan mereka ke dalam tangan kita: dan itulah tanda kepada kita.

11Dan kedua-dua mereka mendedahkan diri mereka kepada pasukan pangkalan orang Filistin: dan orang Filistin berkata, Lihatlah, orang Ibrani sudah keluar dari lubang-lubang di mana mereka menyembunyikan diri mereka.

12Dan orang-orang pasukan pangkalan itu menjawab Yonatan dan pemegang perisainya, dan berkata, Naiklah kepada kami, dan kami akan menunjukkan kalian sesuatu. Dan Yonatan berkata kepada pemegang perisainya, Naik mengikutiku: sebab TUHAN telah menyerahkan mereka ke tangan Israel.

13Dan Yonatan naik dengan tangannya dan dengan kakinya, dan pemegang perisainya mengikutinya: dan orang-orang itu rebah di hadapan Yonatan; dan pemegang perisai Yonatan membunuh dari belakangnya.

14Dan pada pembunuhan yang pertama itu, yang dikerjakan Yonatan dan pemegang perisainya, ada di sekitar dua puluh orang, di kawasan yang nampaknya setengah ekar tanah, yang dapat dibajak sepasang lembu berkuk.

15Dan ada kegentaran di angkatan itu, di ladang, dan di kalangan semua orang: pasukan pangkalan itu, dan para penjarah, mereka juga gentar, dan bumi bergempa: maka kegentaran itu sungguh besar.

16Dan para penjaga Saul di Gibea Benyamin memandang; dan lihatlah, keramaian orang itu seperti melebur, dan mereka terus menerus memukul rebah satu sama lain.

17Kemudian Saul berkata kepada umat yang ada bersamanya, Bilang sekarang, dan lihatlah siapa yang sudah pergi dari antara kita. Dan sesudah mereka membilang, lihatlah, Yonatan dan pemegang perisainya itu tiada.

18Dan Saul berkata kepada Ahia, Bawalah ke sini tabut Allah. Sebab tabut Allah ada pada masa itu dengan bani Israel.

19Dan terjadilah, sementara Saul bercakap kepada para imam, bahawa bunyi yang ada di angkatan orang Filistin itu berterusan dan semakin bertambah kuat: dan Saul berkata kepada imam itu, Tarik balik tanganmu.

20Dan Saul dan seluruh umat yang ada bersamanya menghimpunkan diri mereka, dan mereka masuk ke dalam pertempuran: dan nampak setiap orang memakai pedang menentang temannya, dan adanya suatu penggulingan yang sungguh besar.

21Tambahan pula, orang Ibrani yang ada bersama orang Filistin sebelum waktu itu, yang naik bersama mereka ke dalam perkhemahan dari sekitar negara itu, mereka juga berbalik untuk bergabung dengan orang Israel yang ada bersama Saul dan Yonatan.

22Demikian juga semua orang Israel yang telah menyembunyikan diri di gunung Efraim, ketika mereka mendengar bahawa orang Filistin melarikan diri, mereka juga keras-keras mengejar mereka ke dalam pertempuran.

23Maka TUHAN telah menyelamatkan Israel pada hari itu: dan pertempuran itu meluas sampai Betawen.

24Dan orang Israel tersesak pada hari itu: sebab Saul telah dengan sumpah mengarah umat itu, dengan berkata, Terkutuklah orang yang makan apa pun makanan sehingga waktu malam, supaya aku dapat membalas dendam terhadap musuh-musuhku. Maka tidak seorang pun mengecapi apa pun makanan.

25Dan mereka semua yang dari kawasan tanah itu sampai ke suatu hutan; dan adanya madu di atas tanah.

26Dan ketika umat itu memasuki hutan itu, lihatlah, madu meleleh; tetapi tidak seorang pun menaruh tangannya ke dalam mulutnya: sebab umat itu takut kepada sumpah itu.

27Tetapi Yonatan tidak mendengar ketika ayahnya memberi perintah kepada umat dengan sumpah: lantaran itu, Yonatan menghulurkan tongkat yang ada di tangannya dan mencelupkannya ke dalam indung madu, lalu menaruh tangannya kepada mulutnya; dan matanya diterangi.

28Kemudian berjawablah salah seorang dari kalangan umat itu, dan berkata, Ayahmu dengan tegas mengarahkan umat dengan sumpah, dengan berkata, Terkutuklah orang yang makan apa pun makanan pada hari ini. Dan umat itu kelesuan.

29Kemudian berkatalah Yonatan, Ayahku telah menyusahkan negeri: lihatlah, aku mohon kepada kalian, betapa mataku telah diterangi, kerana aku telah mengecapi sedikit daripada madu ini.

30Betapa banyak lagi, jika dengan bersahaja umat telah makan dengan bebas jarahan musuh-musuh mereka yang ditemui mereka? sebab bukankah sekarang adanya suatu pembunuhan besar orang Filistin?

31Dan mereka memukul kalah orang Filistin pada hari itu dari Mikhmas sampai ke Ayalon: dan umat itu sangat kelesuan.

32Dan umat itu menyambar jarahan, dan mengambil domba, dan lembu, dan anak lembu, dan menyembelihnya di tanah: dan umat itu memakannya dengan darahnya.

33Kemudian mereka memberitahu Saul, Lihatlah, umat berdosa terhadap TUHAN, kerana mereka makan dengan darahnya. Dan Saul berkata, Kalian telah berbuat pelanggaran: gulingkanlah satu batu besar kepadaku pada hari ini.

34Dan Saul berkata, Selerakkanlah diri kalian ke kalangan umat, dan berkatalah kepada mereka, Bawalah kepadaku di sini setiap orang lembunya, setiap orang dombanya, dan sembelihnya di sini, lalu makan; dan janganlah berdosa terhadap TUHAN dengan memakannya dengan darah. Dan semua orang membawa lembunya bersama pada malam itu, lalu menyembelihnya di sana.

35Dan Saul membina sebuah mazbah kepada TUHAN: mazbah yang sama itu ialah mazbah pertama yang telah dibinanya kepada TUHAN.

36Dan Saul berkata, Biar kita turun mengejar orang Filistin pada waktu malam, dan menjarah mereka sehingga fajar pagi, dan biarlah kita jangan meninggalkan seorang pun hidup di kalangan mereka. Dan mereka berkata, Buatlah barang apa yang dianggapmu elok. Kemudian imam berkata, Biarlah kita mendekati Allah.

37Dan Saul meminta nasihat Allah, Patutkah aku turun mengejar orang Filistin? akankah kamu menyerahkan mereka kepada tangan Israel? Tetapi dia tidak menjawab Saul pada hari itu.

38Kemudian Saul berkata, Datanglah ke mari, hai kalian yang ketua umat: dan berusaha untuk tahu dan lihat di manakah punca dosa ini pada hari ini.

39Sebab, sementara TUHAN hidup, yang menyelamatkan Israel, meskipun Yonatan, anak lelakiku, yang menjadi puncanya, dia akan pasti mati. Tetapi tidak seorang pun di kalangan seluruh umat itu menjawabnya.

40Kemudian dia berkata kepada seluruh Israel, Kalian berdirilah di sebelah yang satu, dan aku dan Yonatan, anak lelakiku, akan berdiri di sebelah yang lain. Dan umat itu berkata kepada Saul, Buatlah barang apa yang dianggapmu elok.

41Oleh sebab itu, Saul berkata kepada TUHAN Allah Israel, Berilah undi yang sempurna. Dan Saul dan Yonatan terpilih: tetapi umat itu terlepas.

42Dan Saul berkata, Buanglah undi di antara diriku dan Yonatan, anak lelakiku. Dan Yonatan terpilih.

43Kemudian Saul berkata kepada Yonatan, Beritahulah aku apa yang telah dilakukanmu. Dan Yonatan memberitahunya, dan berkata, Aku hanya mengecapi sedikit madu dengan hujung tongkat yang ada pada tanganku, dan lihatlah, aku harus mati.

44Dan Saul menjawab, Allah berbuat demikian bahkan lebih lagi: sebab kamu akan pasti mati, Yonatan.

45Dan umat itu berkata kepada Saul, Akankah Yonatan mati, yang telah menempa keselamatan besar ini di Israel? Biar Allah melarangkannya: sementara TUHAN hidup, tidak sehelai rambut di kepalanya pun akan jatuh ke tanah; sebab dia telah menempa bersama Allah pada hari ini. Maka umat itu menyelamatkan Yonatan, supaya dia tidak mati.

46Kemudian Saul naik semula dari mengejar orang Filistin: dan orang Filistin pun kembali ke tempat mereka sendiri.

47Maka Saul mengambil alih kerajaan Israel, dan melawan menentang semua musuhnya dari setiap arah, terhadap Moab, dan terhadap bani Amon, dan terhadap Edom, dan terhadap para raja Zoba, dan terhadap orang Filistin: dan dimana jua dia memalingkan dirinya, di menggemaskan mereka.

48Dan dia mengumpulkan angkatan yang besar, dan memukul kalah orang Amalek, dan melepaskan Israel dari tangan orang yang telah menjarah mereka.

49Dalam pada itu, anak-anak lelaki Saul ialah Yonatan, dan Yiswi, dan Malkisua: dan nama-nama dua anak perempuannya ialah ini; nama yang sulung ialah Merab, dan nama yang lebih muda ialah Mikhal:

50Dan nama isteri Saul ialah Ahinoam, anak perempuan kepada Ahimaas: dan nama ketua angkatannya ialah Abner, anak lelaki kepada Ner, bapa saudara Saul.

51Dan Kis, ialah ayah kepada Saul; dan Ner bapa kepada Abner merupakan anak lelaki kepada Abiel.

52Dan ada peperangan sengit terhadap orang Filistin sepanjang hari-hari hayat Saul: dan ketika Saul nampak mana-mana lelaki yang kuat, atau lelaki yang gagah perkasa, dia mengambil lelaki itu kepada pihaknya sendiri.