1 Samuel 15

1 Samuel 15

1Samuel berkata kepada Saul, TUHAN mengutusku untuk mengurapimu untuk menjadi raja ke atas umatnya, atas Israel: maka sekarang endahkan suara firman TUHAN.

2Beginilah firman TUHAN angkatan alam semesta, Aku ingat apa yang Amalek buat kepada Israel, bagaimana dia menghendap di jalan baginya, ketika Israel keluar dari Mesir.

3Sekarang pergi dan pukul Amalek, dan binasakan sepenuh-penuhnya segala yang mereka ada, dan jangan tinggal mereka; tetapi bunuh kesemua lelaki dan perempuan, bayi dan yang sedang menyusu, lembu jantan dan domba, unta dan keldai.

4Dan Saul menghimpunkan rakyat bersama, dan menghitung bilangan mereka di Telaim, dua ratus ribu orang pasukan berjalan kaki, dan sepuluh ribu orang Yehuda.

5Dan Saul datang ke kota Amalek, dan menunggu di lembah itu.

6Dan Saul berkata kepada orang Keni: Pergi, jauhkan diri, kalian turun dari antara orang Amalek, supaya jangan aku membinasakan kamu bersama mereka: sebab kalian telah menunjukkan kebaikan kepada semua bani Israel, ketika mereka keluar dari Mesir. Jadi orang Keni keluar dari antara orang Amalek.

7Dan Saul memukul orang Amalek dari Hawila sampai ke Syur, yang di sebelah kawasan bertentangan Mesir.

8Dan dia mengambil Agag, raja orang Amalek hidup-hidup, dan membinasakan semua rakyat sepenuh-penuhnya dengan mata pedang.

9Tetapi Saul dan umat itu tinggal Agag, dan domba-domba, dan lembu-lembu, dan tambun, dan anak domba yang paling baik, dan kesemuanya yang baik, dan tidak membinasakannya sepenuh-penuhnya: tetapi segala apa pun yang buruk dan yang sampah, itu yang mereka binasakan sepenuh-penuhnya.

10Maka datanglah firman TUHAN kepada Samuel, dengan berkata,

11Aku sesal kerana menjadikan Saul raja: sebab dia sudah berpaling daripada mengikutiku, dan tidak melaksanakan perintahku. Dan ia mendukakan Samuel; dan dia menangis kepada TUHAN sepanjang malam.

12Dan ketika Samuel bangun awal untuk bertemu dengan Saul pada waktu pagi, ia diberitahukan Samuel, demikian, Saul telah ke Karmel, dan lihatlah, dia telah mendirikan baginya suatu tempat, dan telah pergi, berlalu, dan turun ke Gilgal.

13Dan Samuel sampai kepada Saul: dan Saul berkata kepadanya, Diberkatilah kamu oleh TUHAN: Aku telah melaksanakan perintah TUHAN.

14Dan Samuel berkata, Apakah maksudnya bunyi domba dalam telingaku, dan bunyi lembu yang kudengar itu?

15Dan Saul berkata, Mereka telah membawa itu daripada orang Amalek: sebab umat telah meninggalkan yang paling baik daripada domba dan lembu, untuk dikorbankan kepada TUHAN Allahmu; dan yang lain kami telah binasakan sepenuh-penuhnya.

16Kemudian Samuel berkata kepada Saul, Berdiam, dan aku akan memberitahumu apa yang TUHAN telah berkata kepadaku pada malam ini. Dan Saul berkata kepadanya, Berkatalah.

17Dan Samuel berkata, Ketika kamu masih kecil dalam pandanganmu sendiri, bukankah kamu telah dijadikan kepala suku-suku kaum Israel, dan TUHAN mengurapimu sebagai raja ke atas Israel?

18Dan TUHAN mengutusmu ke suatu pengembaraan, dan berfirman, Pergi dan binasakan sepenuh-penuhnya para pendosa orang Amalek, dan tentang mereka sehingga mereka habis lenyap.

19Maka mengapakah kamu tidak mentaati suara TUHAN, tetapi mengambil jarahan, dan berbuat jahat di pandangan TUHAN?

20Dan Saul berkata kepada Samuel, Ya, aku telah mentaati suara TUHAN, dan telah mengikuti jalan yang TUHAN telah utusku, dan telah membawa balik Agag, raja orang Amalek, dan sudah binasa sepenuh-penuhnya orang Amalek.

21Tetapi rakyat telah mengambil jarahan, domba dan lembu, apa yang paling baik yang seharusnya sudah dibinasakan sepenuh-penuhnya, untuk dikorbankan kepada TUHAN Allahmu di Gilgal.

22Dan Samuel berkata, Adakah TUHAN mempunyai kesukaan besar dalam persembahan dan korban bakaran, seperti mentaati suara TUHAN? Lihatlah, taat lebih baik daripada korban, dan untuk mengendahkan lebih baik daripada lemak domba-domba jantan.

23Sebab pemberontakan adalah seperti dosa sihir, dan kedegilan adalah seperti kedurjanaan dan sembahyang berhala. Oleh sebab kamu telah menolak firman TUHAN, dia juga telah menolakmu daripada menjadi raja.

24Dan Saul berkata kepada Samuel, aku telah berdosa: sebab aku telah melanggari perintah TUHAN, dan kata-katamu: kerana aku takut akan rakyat, dan mentaati suara mereka.

25Maka sekarang, aku mohon kepadamu, ampunilah dosaku, dan berpaling semula denganku, supaya aku dapat bersembahyang kepada TUHAN.

26Dan Samuel berkata kepada Saul, aku tidak akan kembali bersamamu: sebab kamu telah menolak firman TUHAN, dan TUHAN telah menolakmu daripada menjadi raja atas Israel.

27Dan sementara Samuel berpaling hendak pergi, Saul memegang punca jubah Samuel, dan ia terkoyak.

28Dan Samuel berkata kepadanya, TUHAN telah mengoyakkan kerajaan Israel daripadamu pada hari ini, dan telah memberinya kepada jiranmu, yang lebih baik daripadamu.

29Dan juga Sang Kekuatan Israel tidak akan berdusta atau menyesal: sebab dia bukan manusia, sehingga dia harus menyesal.

30Kemudian Saul berkata, aku telah berdosa: namun hormatiku juga sekarang, aku mohon kepadamu, di hadapan para penatua rakyatku, dan di hadapan Israel, dan berpaling semula denganku, supaya aku dapat bersembahyang kepada TUHAN Allahmu.

31Jadi Samuel berpaling semula kepada Saul; dan Saul bersembahyang kepada TUHAN.

32Kemudian Samuel berkata, Kalian bawa kepadaku Agag, raja Amalek itu. Dan Agag datang kepadanya secara halus. Dan Agag berkata, Tentulah kepahitan maut sudah berlalu.

33Dan Samuel berkata, Sebagaimana pedangmu telah menjadikan perempuan kehilangan anak, demikian juga ibumu akan kehilangan anak di antara para perempuan. Dan Samuel mencincang Agag kepada cebisan di hadapan TUHAN di Gilgal.

34Kemudian Samuel pergi ke Ramah; dan Saul pergi ke rumahnya di Gibeah Saul.

35Dan Samuel tidak lagi datang untuk bertemu dengan Saul sampai hari matinya: walau bagaimanapun Samuel meratap untuk Saul: dan TUHAN menyesal bahawa dia telah menjadikan Saul raja atas Israel.