1 Samuel 18

1 Samuel 18

1Dan terjadilah, sesudah dia bercakap dengan Saul, bahawa jiwa Yonatan berpadu dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi jiwanya sendiri.

2Dan Saul mengambil Daud pada hari itu, dan tidak membenarkannya lagi untuk kembali ke rumah ayahnya.

3Kemudian Yonatan dan Daud membuat suatu waad, kerana dia mengasihinya seperti mengasihi jiwanya sendiri.

4Dan Yonatan menanggalkan jubah yang ada pada dirinya, dan memberikannya kepada Daud, dan pakaian perangnya, sampai pedangnya, dan busurnya, dan ikat pinggangnya.

5Dan Daud keluar ke mana jua Saul mengutusnya, dan memperlakukan dirinya dengan berhikmah: dan Saul melantiknya untuk mengetuai orang-orang peperangan, dan dia telah diterima di pandangan semua rakyat, dan juga di pandangan hamba-hamba Saul.

6Dan terjadilah sementara mereka datang, ketika Daud pulang daripada pembunuhan orang Filistin, bahawa para perempuan keluar dari semua kota Israel, dengan menyanyi dan menari, untuk bertemu dengan raja Saul, bersertakan rebana, dengan sukacita, dan dengan alat-alat musik.

7Dan para perempuan berjawab kepada satu sama lain sementara mereka bermain, dan berkata, Saul telah membunuh beribu-ribu, dan Daud berpuluh-puluh ribu.

8Dan Saul sungguh murka, dan kata itu tidak menyukakannya; dan dia berkata, Mereka telah memperhitungkan kepada Daud berpuluh-puluh ribu, dan kepadaku hanya beribu-ribu: dan tinggal apa lagi yang dapat dia terima selain kerajaan ini?

9Dan Saul menengok-nengokkan Daud mulai hari itu.

10Dan terjadilah pada keesokan hari, bahawa roh jahat daripada Allah menghinggapi Saul, dan dia bernubuat di tengah-tengah rumah: dan Daud sedang, dengan tangannya, main musik seperti kebiasaannya pada masa yang lain: dan ada lembing di dalam tangan Saul.

11Dan Saul melemparkan lembing itu; sebab dia berkata, Aku akan menancapkan Daud ke dinding dengannya. Dan Daud mengelak daripada kehadirannya sampai dua kali.

12Dan Saul takut kepada Daud, kerana TUHAN ada bersamanya, dan telah meninggalkan Saul.

13Oleh sebab itu, Saul menjauhkan Daud daripadanya, dan menjadikannya sebagai kapten kepada angkatan seribu orang; dan dia pergi dan masuk di hadapan rakyat.

14Dan Daud memperlakukan dirinya dengan berhikmah dalam segala jalannya; dan TUHAN ada bersamanya.

15Lantaran itu, ketika Saul nampak bahawa dia memperlakukan dirinya dengan sungguh berhikmah, dia menjadi takut kepadanya.

16Tetapi semua Israel dan Yehuda mengasihi Daud, kerana dia pergi dan masuk di hadapan mereka.

17Dan Saul berkata kepada Daud, Lihatlah, anak perempuanku yang tertua, Merab, akan kuberikan kepadamu untuk dijadikan isteri: hanya jadilah gagah perkasa bagiku, dan berjuang dalam pertempuran-pertempuran Allah. Sebab Saul berkata, Biar bukan tanganku yang mengenakannya, tetapi biar tangan orang Filistin yang mengenakannya.

18Dan Daud berkata kepada Saul, Siapakah aku? dan apakah nyawaku, atau keluarga ayahku di Israel, sehingga aku harus menjadi menantu lelaki kepada raja?

19Tetapi terjadilah pada waktu ketika Merab, anak Saul, harus diberi kepada Daud, bahawa dia telah diberi kepada Adriel, orang Mehola, untuk dijadikan isteri.

20Dan Mikhal, anak perempuan Saul, mengasihi Daud: dan mereka memberitahu Saul, dan itu telah menyenangkan Saul.

21Dan Saul berkata, Aku akan memberinya anak perempuanku, supaya anakku dapat menjadi suatu jerat kepadanya, dan supaya tangan orang Filistin akan menentangnya. Lantaran itu, Saul berkata kepada Daud, Kamu akan pada hari ini menjadi menantu lelakiku menerusi salah seorang daripada dua itu.

22Dan Saul memerintahkan hamba-hambanya, dengan berkata, Berhubung dengan Daud secara rahsia, dan berkata, Lihatlah, raja sudah suka kepadamu, dan semua hambanya mengasihimu: maka sekarang jadilah menantu lelaki raja.

23Lalu hamba-hamba Saul menyebut kata-kata itu kepada telinga Daud. Dan Daud berkata, Adakah kamu anggap ini sesuatu perkara yang kecil untuk menjadi menantu lelaki raja, memandangkan aku seorang yang miskin, dan kurang disanjungi?

24Dan hamba-hamba Saul memberitahunya, dengan berkata, Demikianlah Daud berjawab.

25Dan Saul berkata, Beginilah kalian akan berkata kepada Daud, Raja tidak menginginkan apa pun mas kahwin, tetapi seratus kulit khatan orang Filistin, supaya dapat membalas dendam ke atas musuh-musuh raja. Tetapi Saul berniat untuk mematikan Daud melalui tangan orang Filistin.

26Dan apabila hamba-hambanya memberitahu Daud kata-kata itu, ia sungguh menyenangkan Daud untuk menjadi menantu lelaki raja: dan hari-hari itu belum lagi genap.

27Lantaran itu, Daud bangun dan pergi, dan angkatan lelakinya, dan membunuh dua ratus orang Filistin; dan Daud membawa kulit khatan mereka, dan mereka menyerahkan semuanya itu kepada raja, supaya dia dapat menjadi menantu lelaki kepada raja. Dan Saul memberi kepadanya Mikhal, anak perempuannya, untuk dijadikan isterinya.

28Dan Saul nampak dan tahu bahawa TUHAN ada bersama Daud, dan bahawa Mikhal, anak perempuan Saul, mengasihinya.

29Dan Saul menjadi lagi takut kepada Daud; dan Saul menjadi musuh Daud dengan berterusan.

30Kemudian para penguasa maju: dan terjadilah, selepas mereka maju, Daud memperlakukan dirinya lebih berhikmah daripada semua hamba Saul; sehingga namanya sungguh masyhur.