1Kemudian mereka memberitahu Daud, dengan berkata, Lihatlah, orang Filistin berperang melawan Kehila, dan mereka merompak tapak-tapak pengirikan bijirin.
2Oleh sebab itu Daud membuat pertanyaan kepada TUHAN, dengan berkata, Patutkah aku pergi dan memukul orang Filistin ini? Dan TUHAN berkata kepada Daud, Pergi, dan pukullah orang Filistin, dan selamatkanlah orang Kehila.
3Dan orang-orang Daud berkata kepadanya, Lihatlah, kami sudah takut sini di Yehuda: maka betapa banyak lagi jika kami pergi ke Kehila menentang angkatan-angkatan orang Filistin?
4Dan Daud bertanya kepada TUHAN sekali lagi. Dan TUHAN menjawab dan berkata, Bangkit, turunlah ke Kehila, sebab aku akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.
5Maka Daud dan orang-orangnya pergi Kehila, dan melawan dengan orang Filistin, lalu membawa pulang ternakan-ternakan mereka, dan memukul kalah mereka dengan penewasan besar. Maka Daud menyelamatkan para penduduk Kehila.
6Dan terjadilah, ketika Abyatar anak kepada Ahimelekh melarikan diri kepada Daud ke Kehila, bahawa dia turun dengan efod di tangannya.
7Dan ia diberitahu Saul bahawa Daud telah sampai ke Kehila, dan Saul berkata, Allah telah menyerahkannya ke dalam tanganku; sebab dia sudah terkurung di dalam, dengan memasuki kota yang ada pintu gerbang dan palang-palang.
8Dan Saul memanggil semua rakyat bersama untuk berperang, untuk turun ke Kehila, untuk mengepung Daud dan orang-orangnya.
9Dan Daud tahu bahawa Saul dengan rahsia mengamalkan kenakalan terhadap dirinya; lalu dia berkata kepada Abyatar, imam itu, Bawalah efod ke sini.
10Kemudian Daud berkata, Ya TUHAN Allah Israel, hambamu sudah tentu mendengar bahawa Saul berusaha untuk datang ke Kehila, untuk membinasa kota itu demiku.
11Akankah orang Kehila menyerahkanku kepada tangannya? akankah Saul turun, seperti yang telah didengar hambamu? Ya TUHAN Allah Israel, aku merayu kepadamu, beritahulah hambamu. Dan TUHAN berkata, Dia akan turun.
12Kemudian kata Daud, Akankah orang Kehila menyerahkan diriku dan orang-orangku ke dalam tangan Saul? Dan TUHAN berkata, Mereka akan menyerahkan dirimu.
13Kemudian Daud dan orang-orangnya, yang bilangannya sekitar enam ratus, bangkit dan melarikan diri dari Kehila; dan dia tidak mahu maju berperang.
14Dan Daud berdiam di perhutanan di tapak-tapak perkubuan, lalu berdiam di dalam gunung di perhutanan Zif. Dan Saul mencari-carinya setiap hari, tetapi Allah tidak menyerahkan Daud ke dalam tangannya.
15Dan Daud nampak bahawa Saul telah keluar untuk mencabut nyawanya: dan Daud berada di perhutanan Zif di suatu rimba.
16Dan Yonatan, anak Saul, bangkit, dan pergi ke Daud di dalam hutan, lalu menguatkan tangannya dalam Allah.
17Dan Yonatan berkata kepada Daud, Janganlah takut: sebab tangan Saul, ayahku, tidak akan menemuimu; dan kamu akan menjadi raja atas Israel, dan aku akan bersampinganmu; dan itu pun Saul, ayahku, tahu.
18Dan mereka berdua membuat waad di hadapan TUHAN: dan Daud berdiam di rimba, dan Yonatan pulang ke rumahnya.
19Kemudian datanglah orang Zif kepada Saul di Gibea, dengan berkata, Bukankah Daud menyembunyikan dirinya bersama kami di kubu-kubu kuat di hutan, di bukit Hakhila, yang berada di sebelah selatan Jesimon?
20Oleh sebab itu, ya raja, turunlah menurut segala keinginan jiwamu untuk turun; dan bahagian peranan kami adalah untuk menyerahkan dia ke dalam tangan raja.
21Dan Saul berkata, Diberkatilah kalian oleh TUHAN; sebab kalian telah bersimpati terhadap diriku.
22Pergilah, aku mohon kepada kalian, bersiap sedialah, dan kenalpasti dan lihatlah di mana tempat kunjungan kerapnya, dan siapa yang telah melihat dia di sana: sebab ia sudah dilaporkan kepadaku bahawa dia berurus dengan sangat licik.
23Maka lihatlah, dan ambil tahu akan segala tempat hendap yang dia sendiri bersembunyi, dan datanglah kalian semula kepadaku dengan tentu, dan aku akan pergi bersama kalian: dan ia akan terjadi, jika dia berada di kawasan tanah ini, bahawa aku akan mencarinya menerusi seluruh ribuan orang Yehuda.
24Dan mereka berangkat, dan pergi ke Zif mendahului Saul: tetapi Daud dan orang-orangnya berada di padang gurun Maon, di dataran sebelah selatan Jesimon.
25Saul juga dan orang-orangnya pergi untuk mencarinya. Dan mereka memberitahu Daud: lantaran itu, Daud turun ke suatu gunung batu, dan berdiam di padang gurun Maon. Dan ketika Saul mendengar itu, dia mengejar Daud di padang gurun Maon.
26Dan Saul pergi ke gunung sebelah sini, dan Daud dengan orang-orangnya pula pergi ke gunung sebelah sana: dan Daud bergegas untuk melarikan diri kerana Saul; sebab Saul dan orang-orangnya mengelilingi Daud dan orang-orangnya di sekitar untuk menangkap mereka.
27Tetapi datangnya seorang utusan kepada Saul, dengan berkata, Bergegaslah tuan, dan datanglah; sebab orang Filistin telah menyerbu kawasan tanah ini.
28Lantaran itu, Saul pulang daripada mengejar Daud, dan pergi pula untuk menentang orang Filistin: oleh sebab itu, mereka memanggil tempat itu Selahamahlekot.
29Dan Daud pergi dari sana, dan berdiam pula di kubu-kubu kuat di Engedi.