1 Samuel 24

1 Samuel 24

1Dan terjadilah, ketika Saul kembali daripada memburu orang Filistin, bahawa ia diberitahunya demikian, Lihatlah, Daud berada di padang gurun Engedi.

2Kemudian Saul mengambil tiga ribu orang terpilih dari seluruh Israel, dan pergi untuk mencari Daud dan pasukannya di gunung batu kambing liar.

3Dan dia sampai ke kandang-kandang domba di tepi jalan yang ada suatu gua di sana; dan Saul memasuki gua itu untuk menutupi kakinya: Dan Daud dengan pasukan berada di tepi gua itu.

4Dan pasukan Daud berkata kepadanya, Lihatlah hari yang TUHAN berkata kepadamu, Lihatlah, aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu, supaya kamu dapat melakukan kepadanya sesuka hatimu. Maka Daud bangkit, dan memotong tepi kain jubah Saul dengan senyap-senyap.

5Dan terjadilah selepas itu, bahawa hati Daud tertusuk, kerana dia memotong tepi kain jubah Saul.

6Dan dia berkata kepada pasukannya, Biar TUHAN melarangku untuk melakukan hal ini kepada tuanku, iaitu orang yang diurapi TUHAN, untuk menghulur tanganku dan menentangnya, memandangkan dia merupakan orang yang diurapi TUHAN.

7Jadi, Daud menahan hamba-hambanya dengan kata-kata itu, dan tidak membenarkan mereka untuk bangkit menentang Saul. Tetapi Saul bangun meninggalkan gua itu, dan meneruskan perjalanannya.

8Daud juga bangun kemudian, dan meninggalkan gua itu, lalu berseru kepada Saul, dengan berkata, Tuanku dan rajaku. Dan ketika Saul memandang di belakangnya, Daud merendahkan dirinya dengan mukanya ke tanah, dan menyujud.

9Dan Daud berkata kepada Saul, Mengapakah kamu mendengar kata orang lain, yang berbunyi, Lihatlah, Daud bertekad untuk mencelakakanmu?

10Lihatlah pada hari ini matamu pun telah melihat bagaimana TUHAN telah menyerahkanmu pada hari ini ke dalam tanganku di dalam gua itu: dan sesetengah orang mengundangku untuk membunuhmu; dan aku telah berkata, aku tidak akan menghulurkan tanganku untuk menentang tuanku; sebab dia merupakan orang yang diurapi TUHAN.

11Lagi pula, bapaku, lihatlah, ya, lihatlah tepi kain jubahmu di tanganku: sebab dalam hal aku memotong tepi kain jubahmu, dan tidak membunuhmu, biar kamu tahu dan melihat bahawa tiada kejahatan dan tiada pelanggaran dalam tanganku, dan aku tidak berdosa terhadapmu; namun kamu memburu jiwaku untuk mencabutnya.

12TUHAN menghakimi di antara diriku dan dirimu, dan TUHAN membuat pembalasan bagiku keranamu: tetapi tanganku tidak akan mengenakanmu.

13Bak kata amsal orang tua-tua, Kedurjanaan tertimbul daripada orang durjana: tetapi tanganku tidak akan mengenakanmu.

14Raja Israel keluar kejar siapa? siapakah yang diburu kamu? seekor anjing yang sudah mati, seekor lalat.

15Maka biar TUHAN menjadi hakim, dan menghakimi di antara diriku dan dirimu, dan melihat, dan membela perkaraku, dan melepaskanku daripada tanganmu.

16Dan terjadilah, sesudah Daud habis mengucapkan kata-kata ini kepada Saul, bahawa Saul berkata, Adakah ini suaramu, hai anakku Daud? Dan Saul mengangkat suaranya, lalu menangis.

17Dan dia berkata kepada Daud, Kamu lebih benar daripadaku: sebab kamu telah mengganjariku dengan kebaikan, sementara aku telah mengganjarimu dengan kejahatan.

18Dan kamu telah menunjukkan pada hari ini bagaimana kamu telah berurus secara baik denganku: kerana sesungguhnya ketika TUHAN telah menyerahkanku ke dalam tanganmu, kamu tidak membunuh aku.

19Sebab jika seseorang menemui musuhnya, akankah dia membiarkan musuhnya pergi dengan selamat? lantaran itu, kiranya TUHAN mengganjarimu kebaikan bagi apa yang telah kamu lakukan kepadaku pada hari ini.

20Dan sekarang, lihatlah, aku tahu sesungguhnya bahawa kamu akan pasti menjadi raja, dan bahawa kerajaan Israel akan dimantapkan dalam tanganmu.

21Maka, bersumpahlah sekarang kepadaku demi TUHAN, bahawa kamu tidak akan memutuslesapkan benih yang keturunanku, dan bahawa kamu tidak akan menghapuskan namaku dari rumah tangga bapaku.

22Dan Daud bersumpah kepada Saul. Dan Saul kembali ke rumahnya; tetapi Daud dan pasukannya naik ke kubu.