1 Samuel 25

1 Samuel 25

1Dan Samuel mati; dan seluruh Israel berhimpun bersama, dan meratapinya, dan menguburkan dia di rumahnya di Rama. Dan Daud bangkit, lalu turun ke padang gurun Paran.

2Dan di sana ada seorang lelaki di Maon, yang harta miliknya berada di Karmel; dan orang itu sungguh hebat, dan dia mempunyai tiga ribu ekor domba, dan seribu ekor kambing: dan dia sedang menggunting bulu domba-dombanya di Karmel.

3Dalam pada itu, nama orang itu ialah Nabal; dan nama isterinya Abigail: dan dia seorang perempuan yang ada pemahaman yang baik, dan wajah yang cantik: tetapi lelaki itu perengus dan jahat di dalam perbuatannya; dan dia berasal dari rumah tangga Kaleb.

4Dan Daud mendengar di padang gurun bahawa Nabal memang menggunting bulu domba-dombanya.

5Dan Daud mengutus sepuluh teruna, dan Daud berkata kepada sepuluh teruna itu, Naiklah kalian ke Karmel, dan pergilah kepada Nabal, dan tegur sapanya dengan salam namaku:

6Dan dengan demikian kalian akan berkata kepadanya yang hidup dalam kemakmuran, Damai sejahtera kepada kedua-dua kamu, dan damai sejahtera kepada rumah tanggamu, dan damai sejahtera kepada semua yang ada padamu.

7Dan sekarang aku telah mendengar bahawa kamu mempunyai para penggunting bulu domba: Adapun para gembalamu yang bersama kami, kami tidak mengganggu mereka, dan tiada juga apa pun yang kehilangan daripada mereka sepanjang waktu mereka berada di Karmel.

8Tanyalah teruna-terunamu, dan mereka akan menunjukkan itu kepadamu. Lantaran itu, biarlah para teruna mendapat keredaan di pandangan matamu: sebab kami datang pada hari yang baik: berilah, aku mohon kepadamu, barang apa yang dipegang tanganmu kepada hamba-hambamu ini, dan kepada anakmu Daud.

9Dan ketika para teruna Daud datang, mereka berbicara kepada Nabal menurut segala kata itu atas nama Daud, lalu berhenti.

10Dan Nabal menjawab hamba-hamba Daud, dan berkata, Siapakah Daud? dan siapakah anak lelaki Isai? ada banyak hamba baru-baru ini yang menceraikan diri daripada tuannya.

11Maka akankah aku mengambil rotiku, dan airku, dan dagingku yang telah kubantai untuk para penggunting bulu aku, lalu memberinya kepada para lelaki, yang tidak aku tahu dari mana mereka datang?

12Maka para teruna Daud berpatah balik, dan pulang, lalu datang dan memberitahu Daud segala kata Nabal.

13Dan Daud berkata kepada para lelakinya, Ikatlah pada pinggang kalian pedang kalian masing-masing. Dan mereka mengikat pada pinggang mereka pedang mereka masing-masing; dan Daud juga mengikat pada pinggangnya pedangnya: dan sekitar empat ratus lelaki naik bersama Daud; dan dua ratus pula tinggal untuk menjaga barang-barang.

14Tetapi salah seorang teruna memberitahu Abigail, isteri Nabal, dengan berkata, Lihatlah, Daud telah mengutus orang-orang utusannya dari padang gurun untuk memberi salam kepada tuan kita; dan tuan kita memaki-maki mereka.

15Tetapi para lelaki itu sungguh baik kepada kami, dan kami tidak diganggu, dan juga tidak kehilangan apa-apa, sepanjang waktu kami bergaul dengan mereka, ketika kami berada di ladang:

16Mereka merupakan benteng kepada kami kedua-duanya pada waktu malam dan pada waktu siang, sepanjang masa kami berada bersama mereka sementara menggembala domba.

17Oleh sebab itu, tentukanlah dan pertimbangkanlah apa yang akan dilakukanmu; sebab kecelakaan telah ditentukan terhadap tuan kita, dan terhadap seluruh rumah tangganya: sebab dia sebegitu anak Belial, sehingga mana-mana orang pun tidak dapat berbicara kepadanya.

18Kemudian Abigail bergegas, dan mengambil dua ratus buku roti, dan dua kirbat wain, dan lima domba yang sudah diolah, dan lima sukat jagung kering, dan seratus tandan kismis, dan dua ratus kuih ara, lalu memuatkannya ke atas keldai.

19Dan dia berkata kepada hamba-hambanya, Pergi mendahuluiku; lihatlah, aku mengekori kalian. Tetapi dia tidak memberitahu suaminya, Nabal.

20Dan demikian rupa, sementara dia menunggang keldai, dia turun ke kawasan bukit yang teduh, dan, lihatlah, Daud dan orang-orangnya turun berselisih dengannya; dan Abigail bertemu dengan mereka.

21Dalam pada itu, Daud telah berkata, Sudah tentu dengan sia-sia aku telah menjaga segala yang orang ini ada di padang gurun, sehingga tidak sesuatu pun kepunyaannya yang kehilangan: dan dia telah membalas kepadaku kejahatan untuk kebaikan.

22Demikian dan lebih lagi juga Allah berbuat kepada musuh-musuh Daud, jika aku meninggalkan segala kepunyaannya hidup sampai pagi, iaitu mana-mana orang yang kencing terhadap dinding.

23Dan ketika Abigail nampak Daud, dia bergegas dan turun dari atas keldainya, lalu rebah di kaki Daud tersungkur, dan menundukkan diri ke tanah,

24Lalu rebah di kakinya, dan berkata, Diriku, ya tuanku, biar kedurjanaan ini ditanggung diriku: dan biar hamba perempuanmu ini, aku mohon kepadamu, berbicara di hadapanmu, dan dengarlah kata-kata hamba perempuanmu.

25Biar tuanku jangan, aku mohon kepadamu, mempedulikan lelaki Belial ini, yakni Nabal: sebab seperti bunyi namanya, demikian juga dirinya; Nabal namanya, dan kebebalan ada bersamanya: tetapi aku hamba perempuanmu tidak nampak para teruna tuanku, yang telah diutusmu itu.

26Oleh sebab itu, ya tuanku, sementara TUHAN hidup, dan sementara jiwamu hidup, memandangkan TUHAN telah menahanmu daripada penumpahan darah, dan daripada membalas dendam dirimu dengan tanganmu sendiri, biarlah musuh-musuhmu, dan orang yang berusaha mencelakakan tuanku, jadi seperti Nabal.

27Dan sekarang berkat ini yang telah hamba perempuanmu bawa kepada tuanku, biar ia juga diberi kepada teruna-teruna yang mengikuti tuanku.

28Aku mohon kepadamu, ampunilah pelanggaran hambamu ini: sebab TUHAN akan pasti menjadikan tuanku rumah yang teguh; kerana tuanku memperjuangkan pertempuran-pertempuran TUHAN, dan kejahatan tidak ditemui di dalam dirimu sepanjang hari-hari hayatmu.

29Namun adapun orang yang bangkit untuk mengejarmu, dan untuk mencabut jiwamu: tetapi jiwa tuanku akan dibungkus di dalam bungkusan hidup dengan TUHAN Allahmu; dan jiwa-jiwa musuhmu, merekalah yang akan dihumbankannya, seperti dari tengah-tengah penghumban.

30Dan ia akan terjadi, sesudah TUHAN telah berbuat kepada tuanku menurut segala kebaikan yang telah difirmankannya berkenaanmu, dan sudah melantik dirimu sebagai pemerintah atas Israel;

31Bahawa ini tidak akan menjadi dukacita kepada dirimu, dan penyesalan hati kepada tuanku, baik hal dirimu telah menumpahkan darah tanpa alasan mahupun hal tuanku telah membalas dendam dirinya sendiri: tetapi sesudah TUHAN berlaku elok dengan tuanku, maka ingatlah hamba perempuanmu ini.

32Dan Daud berkata kepada Abigail, Terpujilah TUHAN Allah Israel, yang telah mengutusmu pada hari ini untuk bertemu denganku:

33Dan terpujilah nasihatmu, dan terpujilah kamu, yang telah menahanku pada hari ini untuk datang menumpahkan darah, dan daripada membalas dendam diriku dengan tanganku sendiri.

34Sebab benar-benar dalam perbuatan, seperti TUHAN Allah Israel hidup, yang telah menahanku daripada melukakanmu, kalau kamu tidak bergegas untuk datang bertemu denganku, sudah pasti tidak ada tertinggal bagi Nabal pada fajar pagi sesiapa pun yang kencing terhadap dinding.

35Maka Daud menerima daripada tangan Abigail apa yang dibawa Abigail kepadanya, dan berkata kepadanya, Pergilah naik pulang dengan damai sejahtera ke rumahmu; lihatlah, aku telah mengendahkan suaramu, dan telah memperkenankan dirimu.

36Dan Abigail pergi ke Nabal; dan, lihatlah, dia mengadakan perjamuan di rumahnya, seperti perjamuan seorang raja; dan hati Nabal sungguh meriah di dalam dirinya, sebab dia sungguh mabuk: lantaran itu, Abigail tidak memberitahunya apa-apa pun, sama ada kurang ataupun lebih pun tidak, sehingga fajar pagi.

37Tetapi terjadilah pada waktu pagi, ketika kesan wain sudah reda dari Nabal, dan isterinya sudah memberitahunya segala hal yang demikian, bahawa hatinya mati di dalam dirinya, dan dia menjadi seperti batu.

38Dan terjadilah pada sekitar sepuluh hari sesudah itu, bahawa TUHAN menyambar Nabal, sehingga dia mati.

39Dan ketika Daud mendengar bahawa Nabal sudah mati, dia berkata, Terpujilah TUHAN, yang telah membela hal penyebab cercaanku oleh tangan Nabal, dan telah menjaga hambanya daripada kejahatan: sebab TUHAN telah kembalikan kedurjanaan Nabal kepada kepalanya sendiri. Dan Daud mengutus orang dan berhubung dengan Abigail, untuk membawa Abigail kepada Daud supaya dijadikan isteri.

40Dan sesudah hamba-hamba Daud sampai ke Abigail di Karmel, mereka berucap kepadanya, dengan berkata, Daud telah mengutus kami kepadamu, untuk membawamu kepadanya supaya dijadikan isteri.

41Dan Abigail bangun, dan menunduk tersungkur ke bumi, lalu berkata, Lihatlah, biar dayangmu menjadi hamba untuk membasuh kaki hamba-hamba tuanku.

42Dan Abigail bergegas, dan bangun, lalu menunggang keldai, dengan lima dayangnya yang mengikutinya; dan dia pergi mengikuti orang-orang utusan Daud, lalu menjadi isteri Daud.

43Daud juga mengambil Ahinoam dari Yizreel; dan mereka berdua dijadikan isteri-isteri Daud.

44Tetapi Saul pula telah memberi Mikhal, anak perempuannya, isteri Daud, kepada Palti anak kepada Laish, yang berasal dari Galim.