1Dan terjadilah pada hari-hari zaman itu, bahawa orang Filistin mengumpulkan askar-askar mereka bersama untuk peperangan, supaya melawan Israel. Dan Akhis berkata kepada Daud, Ketahuilah dengan pasti, bahawa kamu akan keluar bersamaku untuk bertempur, kamu dan para lelakimu.
2Dan Daud berkata kepada Akhis, Tentulah kamu tahu apa yang dapat dilakukan hambamu. Dan Akhis berkata kepada Daud, Oleh sebab itu aku akan menjadikanmu penjaga kepalaku untuk selamanya.
3Dalam pada itu, Samuel sudah mati, dan semua Israel telah meratapinya, dan menguburkannya di Rama, bahkan di kotanya sendiri. Dan Saul telah menyingkirkan orang yang ada semangat-semangat kenalan, dan para lelaki sihir, dari kawasan tanah itu.
4Dan orang Filistin mengumpulkan diri mereka bersama, dan datang dan mendirikan khemah di Sunem: dan Saul mengumpulkan seluruh Israel bersama, dan mereka mendirikan khemah di Gilboa.
5Dan ketika Saul nampak angkatan orang Filistin, dia takut, dan hatinya sungguh gementar.
6Dan ketika Saul meminta petunjuk daripada TUHAN, TUHAN tidak menjawabnya, melalui mimpi tidak, melalui Urim tidak, atau melalui nabi-nabi pun tidak.
7Kemudian Saul berkata kepada para hambanya, Carilah bagiku seorang perempuan yang ada semangat kenalan, supaya aku dapat pergi kepadanya, dan meminta petunjuk daripadanya. Dan para hambanya berkata kepadanya, Lihatlah, ada seorang perempuan yang ada semangat kenalan di Endor.
8Dan Saul menyamar dirinya, dan mengenakan pakaian yang lain, lalu dia berangkat dengan dua orang lelaki bersamanya, dan mereka sampai kepada perempuan itu pada waktu malam: dan Saul berkata, Aku mohon kepadamu, buatlah penenungan bagiku melalui semangat kenalan, dan bawalah hadir orang yang akan kusebut namanya kepadamu.
9Dan perempuan itu berkata kepadanya, Lihatlah, kamu tahu apa yang telah dilakukan Saul, bagaimana dia telah memutuskan orang yang ada semangat-semangat kenalan, dan para lelaki sihir, dari kawasan tanah itu: maka mengapakah kamu memasang jerat bagi nyawaku, untuk menyebabkanku untuk mati?
10Dan Saul bersumpah kepadanya demi TUHAN, dengan berkata, Sementara TUHAN hidup, tiada hukuman yang akan terjadi kepadamu bagi hal ini.
11Kemudian perempuan itu berkata, Siapakah yang harus kubawa hadir kepadamu? Dan dia berkata, Bawalah hadir Samuel.
12Dan ketika perempuan itu ternampak Samuel, dia berteriak dengan suara yang lantang: dan perempuan itu berbicara kepada Saul, dengan berkata, Mengapakah kamu memperdayakanku? sebab kamu merupakan Saul.
13Dan raja itu berkata kepadanya, Janganlah takut: sebab apakah yang kamu nampak? Dan perempuan itu berkata kepada Saul, Aku nampak allah-allah yang naik dari bumi.
14Dan Saul berkata kepadanya, Apakah bentuknya? Dan perempuan itu berkata, Seorang lelaki tua sedang naik; dan dia ditutupi dengan jubah. Dan Saul menanggapi bahawa itulah Samuel, lalu dia merendahkan dirinya dengan mukanya menghadap ke tanah, dan menyujudkan diri.
15Dan Samuel berkata kepada Saul, Mengapakah kamu telah mengacauku, untuk membawaku hadir? Dan Saul menjawab, Aku sungguh tersesak; sebab orang Filistin berperang melawanku, dan Allah telah meninggalkanku, dan tidak lagi menjawab diriku, melalui para nabi tidak, melalui mimpi pun tidak: oleh sebab itu, aku telah memanggilmu, supaya kamu dapat memberitahuku apa yang harus dilakukanku.
16Kemudian Samuel berkata, Maka mengapakah kamu bertanya kepadaku, memandangkan TUHAN sudah meninggalkanmu, dan sudah menjadi musuhmu?
17Dan TUHAN telah berbuat kepada dia, seperti yang telah difirmankannya melalui diriku: sebab TUHAN telah mengoyak kerajaan dari tanganmu, dan telah memberinya kepada jiranmu, yakni kepada Daud:
18Kerana kamu tidak mentaati suara TUHAN, dan tidak melaksanakan murka garangnya terhadap Amalek, maka TUHAN telah melakukan perkara ini terhadap dirimu pada hari ini.
19Tambahan pula, TUHAN akan juga menyerahkan Israel bersamamu ke dalam tangan orang Filistin: dan pada hari esok kamu dan anak-anak lelakimu akan berada bersamaku: TUHAN juga akan menyerahkan angkatan Israel ke dalam tangan orang Filistin.
20Kemudian Saul rebah tersungkur ke bumi, dan menjadi sungguh takut, kerana kata-kata Samuel: dan tiada lagi kekuatan di dalam dirinya; sebab dia tidak makan roti sepanjang siang hari, dan malam pun tidak.
21Dan perempuan itu datang kepada Saul, dan melihat bahawa dia sungguh susah hati, dan berkata kepadanya, Lihatlah, hamba perempuanmu telah mentaati suaramu, dan aku telah mempertaruhkan nyawaku dan telah mengendahkan kata-katamu yang telah diucapkanmu kepadaku.
22Oleh sebab itu, Aku mohon kepadamu, endahkanlah juga suara hamba perempuanmu ini, dan biar aku menyiapkan sepotong roti di hadapanmu; dan makanlah, supaya kamu akan mendapat kekuatan, ketika kamu pergi menurut jalanmu.
23Tetapi Saul menolak, dan berkata, Aku tidak akan makan. Tetapi para hambanya, bersama perempuan itu, mendesaknya; dan Saul mengendahkan suara mereka. Maka dia bangkit dari bumi, lalu duduk di atas petiduran.
24Dan perempuan itu mempunyai seekor anak lembu tambun di rumah; dan dia bergegas, dan menyembelihnya, dan mengambil tepung, dan mengadunnya, lalu membakar roti yang tidak beragi olehnya:
25Dan dia menghidangkan itu kepada Saul, dan kepada para hambanya; dan mereka makan. Kemudian mereka bangkit, dan pergi pada malam itu.