1 Samuel 9

1 Samuel 9

1Dalam pada itu, adanya seorang lelaki kaum Benyamin, yang namanya Kish, anak kepada Abiel, anak kepada Zeror, anak kepada Bekhorat, anak kepada Afiah, iaitu seorang Benyamin, seorang yang gagah perkasa.

2Dan dia mempunyai seorang anak lelaki, yang namanya Saul, seorang teruna pilihan, dan yang elok rupa parasnya: dan tiada di kalangan bani Israel orang yang lebih elok rupa parasnya daripada Saul: dari bahunya ke atas dia lebih tinggi daripada mana-mana orang lain.

3Dan keldai-keldai Kish, ayah Saul, kehilangan. Dan Kish berkata kepada Saul, anak lelakinya, Ambillah sekarang seorang hamba bersamamu, dan bangkit, pergilah cari keldai-keldai itu.

4Dan Saul berlalu menerusi gunung Efraim, dan berlalu menerusi tanah Salisa, tetapi mereka tidak menemuinya: kemudian mereka berlalu menerusi tanah Sahalim, dan di sana ia tidak ditemui: dan dia berlalu menerusi tanah orang Benyamin, tetapi mereka tidak menemuinya.

5Dan ketika mereka sampai ke tanah Zuf, Saul berkata kepada hambanya yang ada bersamanya, Marilah, dan biar kita kembali; supaya jangan ayahku berhenti risau akan keldai, dan mula risau pula akan kita.

6Dan hamba itu berkata kepadanya, Lihatlah sekarang, ada di kota ini seorang hamba Allah, dan dia orang yang terhormat; segala yang disebutnya itu pasti terjadi: maka biarlah kita pergi ke sana; dan mungkin dia dapat menunjukkan kita jalan yang patut kami pakai.

7Kemudian Saul berkata kepada hambanya, Tetapi, lihatlah, jika kita pergi, apakah yang akan kita beri kepada orang itu? sebab roti dalam kantung kita sudah habis, dan tiada apa pun pemberian untuk dibawa kepada hamba Allah itu: Apakah yang ada pada diri kita?

8Dan hamba itu menjawab Saul semula, dan berkata, Lihatlah, aku ada di tanganku seperempat syikal perak: itulah yang akan aku beri kepada hamba Allah itu, untuk memberitahu kita jalan kita.

9(Dahulu di Israel, ketika seseorang pergi untuk mencari petunjuk Allah, beginilah dia berbicara, Mari, dan biar kita pergi ke pelihat: sebab orang yang sekarang dipanggil Nabi dahulu dipanggil sebagai Pelihat.)

10Kemudian Saul berkata kepada hambanya, Baguslah kata itu; mari, biarlah kita pergi. Maka mereka pergi ke kota tempat hamba Allah berada.

11Dan sementara mereka naik bukit itu menuju ke kota, mereka bertembung dengan gadis-gadis yang keluar untuk menimba air, lalu berkata kepada mereka, Adakah pelihat berada di sini?

12Dan gadis-gadis itu menjawab mereka, dan berkata, Dia ada; lihatlah, dia ada di hadapan kalian: bergegaslah, sebab dia datang pada hari ini ke kota; sebab ada korban umat pada hari ini di tempat tinggi itu:

13Sebaik sahaja kalian masuk ke kota itu, kalian akan langsung menemuinya, sebelum dia naik ke tempat tinggi itu untuk makan: sebab umat itu tidak akan makan sehingga dia sampai, kerana dia memberkati korban itu; dan kemudian mereka yang diundang akan makan. Maka sekarang pergilah kalian naik; sebab di sekitar waktu ini kalian akan menemuinya.

14Dan mereka naik ke kota itu: dan sesudah mereka memasuki kota itu, lihatlah, Samuel keluar berselisih dengan mereka, untuk naik ke tempat tinggi itu.

15Dalam pada itu, TUHAN telah memberitahu Samuel di telinganya pada hari sebelum kedatangan Saul, dengan berkata,

16Pada hari esok di sekitar waktu ini aku akan mengutus kepadamu seorang lelaki dari tanah Benyamin, dan kamu akan mengurapinya untuk menjadi ketua atas umatku Israel, supaya dia dapat menyelamatkan umatku dari tangan orang Filistin: sebab aku telah memandang kepada umatku, kerana keluhan mereka sudah sampai kepadaku.

17Dan ketika Samuel melihat Saul, TUHAN berkata kepadanya, Lihatlah lelaki yang telah disebut aku kepadamu! yang ini akan memerintah atas umatku.

18Kemudian Saul mendekati Samuel di pintu gerbang, dan berkata, Beritahulah aku, aku mohon kepadamu, di manakah rumah pelihat itu?

19Dan Samuel menjawab Saul, dan berkata, Akulah pelihat itu: naiklah mendahului aku ke tempat tinggi itu; sebab kalian akan makan bersamaku pada hari ini, dan pada hari esok aku akan membiarkan kamu pergi, dan akan memberitahumu segalanya yang ada di dalam hatimu.

20Dan berkenaan keldai-keldai kamu yang kehilangan untuk tiga hari ini, janganlah berfikir akannya; sebab ia sudah ditemui. Dan kepada siapakah segala kerinduan Israel? Bukankah ia kepada dirimu, dan kepada seluruh keluarga bapamu?

21Dan Saul menjawab dan berkata, Bukankah aku orang Benyamin, daripada suku kaum yang paling kecil di kalangan Israel? dan keluargaku yang paling rendah di kalangan semua keluarga kaum Benyamin? maka mengapakah kamu berbicara demikian kepadaku?

22Dan Samuel mengambil Saul dan hambanya, lalu membawa mereka masuk ke balai pertemuan, dan menduduki mereka di tempat yang paling utama di kalangan orang yang telah diundang, yang adalah di sekitar tiga puluh orang.

23Dan Samuel berkata kepada tukang masak, Bawalah bahagian yang telah aku beri kepadamu itu, iaitu bahagian yang telah aku berkata kepadamu, Simpanlah ini di sampingmu.

24Dan tukang masak itu mengambil paha itu, dan apa yang ada pada paha itu, lalu menempatkannya di hadapan Saul. Dan Samuel berkata, Lihatlah apa yang tertinggal! bawalah itu kepada dirimu, dan makan: sebab bagi saat ini itu telah disimpan bagimu sejak aku berkata, Aku sudah mengundang umat. Maka Saul makan dengan Samuel pada hari itu.

25Dan sesudah mereka turun dari tempat tinggi dan masuk ke dalam kota itu, Samuel bersekutu dengan Saul di ruang atas rumah itu.

26Dan mereka bangun awal pagi: dan terjadilah di sekitar waktu fajar menyinsing, bahawa Samuel memanggil Saul untuk naik ke ruang atas rumah, dengan berkata, Naiklah, supaya aku dapat mengutusmu pergi. Dan Saul bangkit, dan mereka berdua keluar, dia dan Samuel, ke luar.

27Dan sementara mereka turun menuju ke hujung kota itu, Samuel berkata kepada Saul, Suruh hamba itu pergi mendahului kita, (dan hamba itu pergi dahulu,) tetapi kamu berdiri di sini sebentar, supaya aku dapat menunjukkanmu firman Allah.