1Roh telah berbicara dengan terang-terang, bahawa pada masa kemudian akan sesetengah orang murtad daripada iman, sedang kala mendengar roh-roh yang menggoda, dan doktrin-doktrin setan;
2Dan mengucap dusta dalam kemunafikan; sedang kala hati nurani mereka diselar dengan besi yang panas;
3Melarang untuk kahwin, dan memerintah supaya mengelak daging, yang Allah telah ciptakan untuk diterima dengan syukur bagi mereka yang percaya dan tahu kebenaran.
4Sebab segala makhluk Allah itu baik, dan tiada apa pun yang harus ditolak, jika ia telah diterima dengan ucapan syukur:
5Sebab ia telah dikuduskan oleh firman Allah dan doa.
6Jika kamu mengingati saudara tentang hal-hal ini, kamu akan menjadi seorang pelayan yang baik bagi Yesus Kristus, sementara disuburkan dalam firman iman dan firman doktrin yang baik, yang telah kamu capai.
7Tetapi tolaklah dongeng cabul dan dongeng isteri-isteri tua, dan latihlah dirimu, sebaliknya, kepada kesalihan.
8Sebab latihan badaniah menguntungkan sedikit: tetapi kesalihan menguntungkan dalam segala hal, sementara memiliki janji akan kehidupan yang sekarang ada, dan kehidupan yang akan datang.
9Ini kata pepatah yang setia dan yang layak untuk diterima sepenuh-penuhnya.
10Oleh sebab itu, kita berjerih lelah dan menderita keaiban, kerana kita percaya kepada Allah yang hidup, yang merupakan Juruselamat semua manusia, terutamanya kepada mereka yang percaya.
11Hal-hal ini perintahkan dan ajar.
12Biar tidak seorang pun memandang hina kemudaanmu; tetapi jadilah dirimu teladan para percayawan, dalam firman, dalam perangai, dalam belas ihsan, dalam roh, dan dalam kesucian.
13Sehingga aku datang, beri perhatian kepada pembacaan, kepada gesaan, dan kepada doktrin.
14Jangan mengabaikan kurnia yang ada dalammu, yang telah diberikan kepadamu melalui nubuat, dengan tumpangan tangan sidang penatua.
15Renungilah hal-hal ini; serahkanlah dirimu sepenuhnya kepadanya; supaya keuntunganmu akan ternyata kepada semua.
16Awasilah dirimu, dan doktrin itu; tetaplah di dalamnya: kerana dengan melakukan ini kamu akan menyelamatkan kedua-duanya dirimu, dan mereka yang mendengarmu.