1Jangan menegur orang tua, tetapi rayulah kepadanya sebagai seorang ayah; dan lelaki yang lebih muda sebagai saudara;
2Perempuan tua sebagai ibu; perempuan muda sebagai adik perempuan, dengan segala kesucian.
3Hormatilah balu yang sememangnya balu.
4Tetapi sesiapa balu yang ada anak atau anak buah lelaki, biar mereka belajar dahulu untuk menunjukkan sikap hormat di rumah, dan untuk membalas budi ibubapa mereka: sebab itu yang baik dan berkenan di hadapan Allah.
5Sekarang, dia yang sememangnya balu, dan ketandusan, percaya kepada Allah, dan berterusan dalam permohonan dan doa malam dan siang.
6Tetapi dia yang hidup dalam kenikmatan sudah mati sementara dia hidup.
7Dan hal-hal ini beri perintah, supaya mereka dapat menjadi tidak tercela.
8Tetapi jika sesiapa tidak menyediakan bagi tanggungannya sendiri, dan terutamanya bagi mereka yang daripada rumah tangganya sendiri, dia sudah menyangkal iman, dan adalah lebih teruk daripada orang kafir.
9Biar seorang balu yang dimasuk ke dalam perhitungan jangan kurang umur tiga kali dua puluh tahun, dan yang dahulu bersuami satu,
10Ada laporan yang elok bagi perbuatan-perbuatan baik; jika dia telah membesarkan anak, jika dia telah memberi tumpangan kepada orang asing, jika dia pernah membasuh kaki orang kudus, jika dia telah menolong orang yang tertindas, jika dia telah mengikuti segala perbuatan yang baik dengan tekun.
11Tetapi tolaklah balu yang lebih muda: sebab ketika mereka mula merajalela menentang Kristus, mereka akan kahwin;
12Sedangkala memiliki penglaknatan, kerana mereka telah menyingkirkan iman pertama mereka.
13Dan dengan sedemikian mereka mula pandai melahu, merayau dari rumah ke rumah; dan bukan sahaja melahu, tetapi juga menjadi kaki mengumpat dan penyibuk, sedang kala mengucapkan apa yang tidak harus mereka ucapkan.
14Maka aku ingin supaya perempuan yang lebih muda itu kahwin, melahirkan anak, menjadi pemandu rumah, dan tidak memberi apa pun peluang kepada musuh untuk berucap secara menghina.
15Sebab ada yang sudah berpaling mengikuti Syaitan.
16Jika sesiapa lelaki atau perempuan yang percayawan ada orang yang balu, biar dia membantu mereka, dan jangan biar gereja dipertanggungjawabkan; supaya ia dapat membantu mereka yang sememangnya balu.
17Biar para penatua yang memerintah dengan baik dikira layak untuk penghormatan dua kali ganda, terutama mereka yang berjerih lelah di dalam firman dan doktrin.
18Sebab kitab telah berkata, Kamu tidak akan memberangus mulut lembu yang mengirik bijian. Dan, Pekerja layak menerima upahnya.
19Terhadap seorang penatua jangan menerima tuduhan, kecuali di hadapan dua atau tiga saksi.
20Mereka yang berdosa tegur di hadapan semua orang, agar yang lain juga akan takut.
21Aku menugaskanmu di hadapan Allah, dan Tuhan Yesus Kristus, dan para malaikat pilihan, supaya kamu mengamalkan hal-hal ini tanpa memandang bulu, dan tanpa melakukan apa pun dengan berat sebelah.
22Jangan tiba-tiba menumpang tangan kepada sesiapa pun, dan juga jangan mengambil bahagian di dalam dosa-dosa orang lain: kekalkanlah dirimu suci.
23Jangan lagi minum air sahaja, tetapi pakailah sedikit wain demi perutmu dan demi kedaifanmu yang kerap.
24Sesetengah orang punya dosa terdedah lebih awal, mendahului mereka ke penghakiman; dan bagi sesetengah orang lagi, ia ternyata kemudian.
25Demikian juga pekerjaan baik sesetengah orang ternyata lebih awal; dan bagi mereka yang sebaliknya pun tidak dapat tinggal tersembunyi.