1Harap kepada Allah supaya kalian bersabar sedikit denganku dalam kebebalanku: dan sememangnya bersabar denganku.
2Sebab aku cemburu bagi kalian dengan kecemburuan yang salih: sebab aku telah mempertunangkan kalian kepada satu suami, supaya aku dapat mempersembahkan kalian sebagai perawan yang suci kepada Kristus.
3Tetapi aku takut, supaya jangan oleh cara apa pun, sepertimana ular itu memperdayakan Hawa oleh kelicikannya, demikan juga minda kalian dirosakkan daripada kepolosan yang ada dalam Kristus.
4Sebab jika ada yang datang mengkhutbahkan Yesus yang lain, yang tidak dikhutbahkan kami, atau kalian menerima roh yang lain, yang kalian tidak pernah sambut, atau suatu injil yang lain, yang kalian tidak pernah terima, kalian sebaiknya bersabar dengan dia sahajalah.
5Sebab aku anggap diriku tidak sedikit pun terbelakang daripada para rasul yang paling ulung.
6Walaupun aku kurang ajar dari segi ucapan, namun bukan dari segi pengetahuan; tetapi kami sudah dengan menyeluruh telah dijadikan nyata kepada kalian dalam segala hal.
7Sudahkah aku melakukan suatu kesalahan dalam hal merendahkan diriku supaya kalian dapat disanjungi, kerana aku telah mengkhutbahkan kepada kalian injil Allah dengan percuma?
8Aku telah merompak sidang-sidang gereja yang lain, dengan mengambil upah mereka, supaya berbuat pelayanan kepada kalian.
9Dan ketika aku hadir bersama kalian, dan dalam keperluan, aku tidak mengenakan apa pun kepada sesiapa pun: kerana apa yang kekurangan kepadaku, saudara-saudara yang datang dari Makedonia telah bekalkan: dan dalam segalanya aku telah mengekalkan diriku daripada menjadi suatu beban kepada kalian, dan aku akan kekalkan diriku seperti demikian.
10Sementara kebenaran Kristus ada di dalam diriku, tidak seorang pun yang akan menghentikanku daripada kemegahan ini di daerah-daerah Akhaya.
11Mengapa? kerana aku tidak mengasihimu? Allah tahu.
12Tetapi apa yang dilakukanku, itu yang akan dilakukanku, supaya aku dapat memutuskan kesempatan daripada mereka yang mengingini kesempatan; supaya dalam apa yang mereka bermegah, mereka dapat ditemui dalam keadaan seperti kami juga.
13Sebab orang sedemikian ialah para rasul palsu, para pekerja yang memperdayakan, sementara mengubahkan diri mereka menjadi para rasul Kristus.
14Dan jangan hairan; sebab Syaitan sendiri telah diubahkan menjadi malaikat cahaya.
15Oleh sebab itu, ia bukan suatu hal yang besar bagi para pelayannya untuk juga diubahkan menjadi para pelayan kewajaran; yang pengakhiran mereka adalah menurut perbuatan mereka.
16Aku ulang sekali lagi, Jangan hendaknya orang memikirkanku sebagai orang bebal; jika sebaliknya, maka sambutlah aku sebagai orang bebal, supaya aku dapat memegahkan diri sedikit.
17Apa yang aku ucap, aku tidak ucapnya menurut Tuhan, tetapi seperti ia secara bebal, dalam keyakinan bermegah ini.
18Memandangkan bahawa banyak bermegah menurut daging, aku juga akan bermegah.
19Sebab kalian mengizinkan orang bebal dengan gembira, memandangkan diri kalian begitu pandai.
20Sebab kalian izin, jika orang membawamu ke dalam belenggu, jika orang membahammu, jika orang mengambil daripadamu, jika orang menyanjungi diri, jika orang memukulmu di muka.
21Aku berucap berkenaan hal celaan, seakan-akan kami telah lemah. Walau bagaimanapun, di mana-mana adanya orang yang berani, (aku berucap dengan bebal), aku juga berani.
22Adakah mereka Ibrani? aku juga demikian. Adakah mereka orang Israel? aku juga demikian. Adakah mereka benih Abraham? aku juga demikian.
23Adakah mereka para pelayan Kristus (aku berbicara sebagai orang bebal) Aku lebih; dalam hal berjerih lelah lebih melimpah, dalam hal sebatan mengatasi sukatan biasa, dalam hal pemenjaraan lebih kerap, dalam hal bahaya maut kerap kali.
24Daripada orang Yahudi, sebanyak lima kali telah aku menerima empat puluh sebatan kurang satu.
25Tiga kali aku telah dipukul dengan tongkat, sekali aku direjam, tiga kali aku menderita kapal karam, satu malam dan satu siang aku berada di tengah laut;
26Dalam perjalanan kerap kali berada, dalam bahaya air, dalam bahaya penyamun, dalam bahaya daripada orang bangsaku sendiri, dalam bahaya daripada orang kafir, dalam bahaya di kota, dalam bahaya di padang gurun, dalam bahaya di laut, dalam bahaya di kalangan saudara palsu;
27Dalam keletihan dan kesakitan, kerap kali berjaga, dalam keadaan lapar dan dahaga, kerap kali berpuasa, dalam kesejukan dan ketelanjangan.
28Selain daripada apa yang di luar ialah apa yang menimpaku setiap hari, iaitu penjagaan semua gereja.
29Siapakah yang lemah, dan aku tidak lemah? siapakah yang tersinggung, dan aku sendiri tidak membara?
30Jika aku harus bermegah, aku akan bermegah akan hal-hal yang berkenaan dengan kedaifanku.
31Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang berbahagia untuk selama-lamanya, tahu bahawa aku tidak berbohong.
32Di Damsyik, gabenor di bawah raja Aretas mengawal kota Damsyik dengan satu pasukan askar, yang teringin untuk menangkapku:
33Dan menerusi sebuah tingkap aku diturunkan dengan keranjang di sisi tembok, lalu melepaskan diri daripada tangannya.