2 Samuel 1

2 Samuel 1

1Dalam pada itu, terjadilah sesudah kematian Saul, ketika Daud kembali daripada penewasan orang Amalek, dan Daud berdiam dua hari di Ziklag;

2Terjadilah pada hari ketiga, bahawa, lihatlah, ada seorang lelaki yang keluar dari khemah Saul dengan pakaiannya terkoyak, dan dengan tanah di atas kepalanya: dan dengan demikian, ketika dia datang ke Daud, bahawa dia jatuh ke bumi dan, membuat penghormatan.

3Dan Daud berkata kepadanya, Dari mana datangnya kamu? Dan dia berkata kepada Daud, Dari khemah orang Israel telah aku melarikan diri.

4Dan Daud berkata kepadanya, Bagaimana berlangsungnya hal itu? aku bermohon kepadamu, beritahulah aku. Dan dia menjawab, Rakyat telah melarikan diri dari pertempuran, dan banyak orang juga telah dijatuhkan dan mati; dan Saul dan Yonatan, anak lelakinya, juga telah mati.

5Dan Daud berkata kepada teruna, pemberitahu itu, Bagaimanakah kamu tahu bahawa Saul dan Yonatan, anak lelakinya, sudah mati?

6Dan teruna itu berkata kepadanya, Sementara kebetulan aku berlalu di gunung Gilboa, lihatlah, Saul bersandar pada tombaknya; dan lihatlah, kereta-kereta kuda dan para penunggang kuda mengejar keras akannya.

7Dan ketika dia memandang di belakangnya, dia nampak diriku, lalu memanggil kepadaku. Dan aku menjawab, Di sinilah aku.

8Dan dia berkata kepadaku, Siapakah kamu? Dan aku menjawab, aku seorang Amalek.

9Dan dia berkata kepadaku sekali lagi, Berdiri, aku mohon kepadamu, di atasku, dan bunuhlah aku: sebab seksaan telah datang kepadaku, kerana nyawaku masih sihat di dalam diriku.

10Jadi, aku berdiri di atasnya, dan membunuhnya, kerana aku pasti bahawa dia tidak dapat hidup setelah dia sudah jatuh: lalu aku mengambil mahkota yang ada pada kepalanya, dan gelang yang ada pada tangannya, dan telah membawanya ke sini kepada tuanku.

11Kemudian Daud memegang pakaiannya, dan mengoyaknya; demikian juga semua lelaki yang ada bersama dengannya:

12Dan mereka meratap, dan menangis, dan berpuasa sehingga petang, bagi Saul, dan Yonatan, anak lelakinya, dan bagi umat TUHAN, dan bagi kaum Israel; kerana mereka ditewas pedang.

13Dan Daud berkata kepada teruna, pemberitahu itu, Dari mana kamu berasal? Dan dia menjawab, Aku anak lelaki seorang asing, seorang Amalek.

14Dan Daud berkata kepadanya, Bagaimanakah kamu tidak takut untuk menghulurkan tanganmu untuk membinasakan orang yang diurapi TUHAN?

15Dan Daud memanggil salah seorang teruna, dan berkata, Pergi dekat, dan jatuhkannya. Lalu teruna itu memukulnya sehingga dia mati.

16Dan Daud berkata kepadanya, Biar darahmu menimpa kepalamu sendiri; sebab mulutmu telah bersaksi terhadap dirimu sendiri, dengan berkata, Aku telah membunuh orang yang diurapi TUHAN.

17Dan Daud meratap dengan ratapan ini atas Saul dan atas Yonatan, anak lelakinya:

18(Dan dia juga memperlawa mereka untuk mengajar anak-anak Yehuda pemakaian busur: lihatlah, ia tertulis di dalam kitab Yasyer.)

19Keindahan Israel sudah tertewas di tempat tinggimu, Israel: betapa jatuhnya yang gagah perkasa!

20Jangan khabarkannya di Gat, jangan siarkannya di Askelon; supaya jangan perempuan-perempuan orang Filistin bersukacita, supaya jangan anak-anak perempuan orang yang tidak bersunat menyambut kemenangan.

21Hai gunung-gunung Gilboa, janganlah adanya embun, jangan juga adanya hujan, di atas kalian, dan jangan juga adanya ladang-ladang untuk persembahan: sebab di sanalah perisai yang gagah perkasa dibuang dengan kejam, perisai Saul, akan seperti dia tidak diurapi dengan minyak.

22Daripada darah orang yang tertewas, kepada lemak orang gagah perkasa, busur Yonatan tidak berpaling pulang, dan pedang Saul tidak kembali dengan tidak berhasil.

23Saul dan Yonatan indah dan menyenangkan dalam kehidupan mereka, dan dalam kematian mereka mereka tidak terpisah: mereka lebih laju daripada burung-burung helang, mereka lebih kuat daripada singa.

24Hai anak-anak perempuan Israel, tangisilah Saul, yang telah mendandanimu dengan kain merah menyala, dan dengan kesukaan-kesukaan lain, dan yang telah menaruh perhiasan-perhiasan emas pada pakaianmu.

25Betapa jatuhnya yang gagah perkasa di tengah-tengah pertempuran! O Yonatan, kamu telah tertewas di tempat-tempat yang tinggi.

26Aku rasa sengsara bagimu, saudaraku Yonatan: sungguh menyenangkan engkau kepadaku: kasihmu kepadaku ajaib, melebihi kasih kaum perempuan.

27Betapa jatuhnya yang gagah perkasa, dan binasanya senjata-senjata peperangan!