2 Samuel 2

2 Samuel 2

1Dan terjadilah, sesudah itu, bahawa Daud membuat pertanyaan kepada TUHAN, dengan berkata, Haruskah aku naik ke mana-mana kota Yehuda? Dan TUHAN berkata kepadanya, Naiklah. Dan Daud berkata, Ke mana harus kunaik? Dan dia berfirman, Ke Hebron.

2Maka Daud naik ke sana, dan dua isterinya juga, Ahinoam, perempuan Yizreel, dan Abigail, isteri Nabal, orang Karmel itu.

3Dan para lelakinya yang ada bersamanya dibawa naik, setiap lelaki dengan rumah tangganya: dan mereka berdiam di kota-kota Hebron.

4Dan para lelaki Yehuda datang, dan di sana mereka mengurapi Daud sebagai raja atas kaum Yehuda. Dan mereka memberitahu Daud, dengan berkata, Bahawa para lelaki Yabeshgilead merupakan orang yang telah menguburkan Saul.

5Dan Daud mengutus para utusan ke para lelaki di Yabeshgilead, dan berkata kepada mereka, Diberkatilah kalian oleh TUHAN, bahawa kalian telah menunjukkan kemurahan ini kepada tuanmu, yakni kepada Saul, dan telah menguburkannya.

6Dan sekarang biar TUHAN menunjukkan kemurahan dan kebenaran kepada kalian: dan aku juga akan membalas semula kalian bagi kemurahan ini kerana kalian telah melakukan hal itu.

7Oleh sebab itu, biarlah tangan kalian diperkuatkan, dan kalian jadilah gagah perkasa: sebab tuanmu Saul sudah mati, dan juga rumah tangga Yehuda telah mengurapiku raja atas mereka.

8Tetapi Abner, anak kepada Ner, hulubalang angkatan tentera Saul, mengambil Isyboset, anak kepada Saul, dan membawanya ke Mahanaim;

9Dan menjadikannya raja atas Gilead, dan atas orang Asyuri, dan atas Yizreel, dan atas Efraim, dan atas Benyamin, dan atas seluruh Israel.

10Isyboset, anak lelaki Saul, berumur empat puluh tahun ketika dia mula memerintah atas Israel, dan memerintah untuk dua tahun. Tetapi kaum Yehuda mengikut Daud.

11Dan jangka masa Daud menjadi raja di Hebron atas kaum Yehuda ialah tujuh tahun dan enam bulan.

12Dan Abner, anak lelaki Ner, dan para hamba Isyboset, anak lelaki kepada Saul, keluar dari Mahanaim ke Gibeon.

13Dan Yoab, anak lelaki kepada Zeruya, dan para hamba Daud, keluar, dan bertemu bersama di kolam Gibeon: dan mereka duduk, salah satu pihak di sebelah tepi kolam, dan yang satu pihak lagi di seberang kolam itu di tepi yang lain.

14Dan Abner berkata kepada Yoab, Biarlah para teruna sekarang bangkit, dan bermain di hadapan kita. Dan Yoab berkata, Biarlah mereka bangkit.

15Dan di sana bangkitlah dan pergi ke seberang masing-masing menurut bilangan dua belas orang dari Benyamin, yang milik Isyboset, anak kepada Saul, dan dua belas hamba Daud.

16Dan mereka menangkap setiap orang masing-masing temannya dengan kepala, dan menusuk pedangnya masuk ke tepi badannya; maka mereka rebah bersama-sama: lantaran itu, tempat itu dipanggil Helkathazurim, yang berada di Gibeon.

17Dan adanya pertempuran yang sungguh sengit pada hari itu; dan Abner dan para lelaki Israel dikalahkan, di hadapan hamba-hamba Daud.

18Dan adanya tiga anak lelaki kepada Zeruya di sana, Yoab, dan Abisai, dan Asael: dan Asael ada kaki yang laju seperti kijang liar.

19Dan Asael mengejar Abner; dan dalam pengejarannya itu dia tidak berpaling ke kanan atau ke kiri daripada mengikuti Abner.

20Kemudian Abner memandang di belakangnya, dan berkata, Bukankah kamu Asael? Dan dia menjawab, Akulah dia.

21Dan Abner berkata kepadanya, Berpalinglah ke samping baik ke kanan mahupun ke kiri, dan ambillah salah seorang teruna, dan ambillah perisainya. Tetapi Asael tidak mahu berpaling ke samping daripada mengikuti Abner.

22Dan Abner berkata semula kepada Asael, Berpalinglah ke samping daripada mengikuti aku: mengapa haruskah aku memukulmu ke tanah? bagaimana pula patut aku memandang muka dengan Yoab, abangmu itu?

23Walau bagaimanapun dia enggan berpaling ke samping: lantaran itu, Abner dengan bahagian belakang tombaknya menusuknya di bawah tulang rusuk kelima, sehingga tombak itu tertembus keluar dari belakangnya; dan dia rebah di sana, lalu mati di tempat yang sama: dan terjadilah, bahawa sebanyak semana orang yang melalui tempat yang Asael rebah dan mati berdiri tertegun.

24Yoab dan Abisai juga mengejar Abner: dan matahari turun ketika mereka sampai ke bukit Ama, yang berada sebelum Giah melalui jalan padang gurun Gibeon,

25Dan bani Benyamin mengumpulkan diri mereka bersama di belakang Abner, dan menjadi satu pasukan, dan berdiri di atas sebuah bukit.

26Kemudian Abner memanggil Yoab, dan berkata, Akankah pedang makan selama-lamanya? tidak tahukah kamu bahawa ia akan menjadi kepahitan pada akhirnya? maka berapakah lamanya sebelum kamu menyuruh orang-orang itu pulang daripada mengikuti saudara-saudaranya?

27Dan Yoab berkata, Sementara Allah hidup, kalau kamu tidak berbicara, maka sudah tentu pada waktu pagi orang-orang itu sudah naik masing-masing daripada mengikuti saudaranya.

28Maka Yoab meniup sangkakala, dan semua orang berdiri setempat, dan tidak mengejar Israel lagi, dan mereka tidak berlawan lagi.

29Dan Abner dan para lelakinya berjalan sepanjang malam menerusi dataran, dan menyeberangi Yordan, dan pergi menerusi seluruh Bitron, dan mereka sampai ke Mahanaim.

30Dan Yoab kembali daripada mengikuti Abner: dan sesudah dia mengumpulkan semua orang bersama, ada kekurangan para hamba Daud sebanyak sembilan belas dan Asael.

31Tetapi para hamba Daud telah mengalahkan Benyamin, dan para lelaki Abner, sehingga tiga ratus dan tiga kali dua puluh lelaki mati.

32Dan mereka mengambil Asael, dan menguburkannya di dalam makam ayahnya, yang berada di Betlehem. Dan Yoab dan para lelakinya pergi sepanjang malam, dan mereka sampai ke Hebron pada fajar pagi.