2 Samuel 12

2 Samuel 12

1Dan TUHAN mengutus Natan kepada Daud. Dan dia datang kepada Daud, dan berkata kepadanya, Ada dua orang di dalam suatu kota; salah seorang kaya, dan yang satu lagi miskin.

2Yang kaya itu ada banyak ternakan kambing domba dan ternakan lembu:

3Tetapi yang miskin itu tiada apa pun, kecuali seekor anak domba bentina yang kecil, yang telah dibelinya dan dipeliharanya: dan anak domba itu membesar dengannya, dan dengan anak-anaknya; anak domba itu memang makan daripada makanannya sendiri, dan minum daripada cawannya sendiri, dan berbaring di pangkuannya, dan adalah kepadanya sebagai seorang anak perempuan.

4Dan datangnya seorang pengembara kepada orang kaya itu, dan orang kaya itu sayang untuk mengambil daripada kawanannya sendiri dan daripada ternakan lembunya sendiri, untuk dimasak bagi orang yang berkelana itu yang telah datang kepadanya; tetapi sebaliknya mengambil anak domba orang miskin itu, dan memasaknya bagi orang yang telah datang kepadanya.

5Dan kemarahan Daud dinyalakan dengan sungguh besar terhadap orang itu; dan dia berkata kepada Natan, Sementara Allah hidup, orang yang telah melakukan hal itu akan pasti mati:

6Dan dia akan mengganti rugi domba itu empat kali ganda, kerana dia telah melakukan hal itu, dan kerana dia tidak berbelas kasihan.

7Dan Natan berkata kepada Daud, Engkaulah orang itu. Beginilah firman TUHAN Allah Israel, Aku telah mengurapimu menjadi raja atas Israel, dan aku telah menyelamatkanmu daripada tangan Saul;

8Dan aku menyerahkan rumah tangga tuanmu, dan isteri-isteri tuanmu ke pangkuanmu, dan menyerahkan kepadamu bani Israel dan bani Yehuda; dan jika itu pun dianggap tidak cukup, aku akan menambahkan lagi kepadamu sekian dan sekian.

9Lantaran itu, sudahkah kamu menghina perintah TUHAN, untuk melakukan jahat di pandangannya? kamu telah membunuh Uria, orang Het itu, dan telah mengambil isterinya untuk menjadi isterimu, dan telah membunuhnya dengan pedang bani Amon.

10Oleh sebab itu, sekarang pedang tidak akan lenyap daripada rumah tanggamu; kerana kamu telah menghina aku, dan telah mengambil isteri Uria, orang Het itu untuk dijadikan isterimu.

11Beginilah firman TUHAN, Lihatlah, aku akan membangkitkan kejahatan terhadapmu dari rumah tanggamu, dan aku akan mengambil isteri-isterimu di hadapan matamu sendiri, dan menyerahkan mereka kepada jiranmu, dan dia akan berbaring dengan isteri-isterimu di pandangan matahari ini.

12Sebab kamu melakukannya dengan rahsia: tetapi aku akan melakukan hal ini di hadapan semua Israel, dan di hadapan matahari.

13Dan Daud berkata kepada Natan, Aku telah berdosa terhadap TUHAN. Dan Natan berkata kepada Daud, TUHAN juga telah menjauhkan dosamu; kamu tidak akan mati.

14Walau bagaimanapun, oleh sebab dengan perbuatan ini kamu telah memberi peluang yang besar kepada para musuh TUHAN untuk berkufur, anak yang telah dilahirkan kepadamu juga akan pasti mati.

15Dan Natan bertolak ke rumahnya. Dan TUHAN menyambar anak itu yang telah dilahirkan isteri Uria bagi Daud, dan ia menjadi sungguh sakit.

16Maka Daud merayu kepada Allah untuk anak itu; dan Daud berpuasa, dan masuk ke dalam, dan berbaring sepanjang malam di atas tanah.

17Dan para penatua di rumahnya bangun, dan pergi kepadanya, untuk mengangkatnya dari tanah: tetapi dia tidak mahu, dan juga dia tidak makan roti bersama-sama mereka.

18Dan terjadilah pada hari yang ketujuh, bahawa anak itu mati. Dan para hamba Daud takut untuk memberitahunya bahawa anak itu sudah mati: sebab mereka berkata, Lihatlah, sementara anak itu masih hidup, kita bercakap kepadanya, dan dia tidak mahu mengendahkan suara kita: maka dengan cara apa akan dia menggemaskan dirinya sendiri, jika kami memberitahunya bahawa anak itu sudah meninggal?

19Tetapi ketika Daud nampak bahawa hamba-hambanya berbisik, Daud menanggap bahawa anak itu sudah mati: maka Daud berkata kepada hamba-hambanya, Sudah matikah anak itu? Dan mereka berkata, Dia sudah mati.

20Kemudian Daud bangkit dari tanah, dan mandi, dan mengurapi dirinya, dan menukar pakaiannya, lalu pergi ke rumah TUHAN, dan bersembahyang: kemudian dia datang ke rumahnya sendiri; dan atas permintaannya, mereka menghidangkan roti di hadapannya, dan dia makan.

21Kemudian berkatalah hamba-hambanya kepadanya, Apakah yang telah dilakukanmu itu? kamu memang berpuasa dan menangis bagi anak itu, ketika ia hidup; tetapi ketika anak itu mati, kamu bangkit dan makan roti.

22Dan dia berkata, Sementara anak itu masih hidup, aku berpuasa dan menangis: sebab aku berkata, Siapakah yang dapat meramal sama ada ALLAH akan bermurah hati kepadaku, supaya anak itu dapat hidup?

23Tetapi sekarang dia sudah mati, jadi harus mengapakah aku berpuasa lagi? dapatkah aku membawanya kembali? Aku akan pergi kepadanya, tetapi dia tidak akan kembali kepadaku.

24Dan Daud menghiburkan Batsyeba, iaitu isterinya, lalu masuk ke tempatnya, dan berbaring bersamanya: dan Batsyeba melahirkan seorang anak lelaki, dan Daud memanggil namanya Salomo: dan TUHAN mengasihi anak itu.

25Dan dia mohon dengan perantaraan nabi Natan; dan memanggil nama anak itu Yedija, kerana TUHAN.

26Dan Yoab melawan Raba yang kepunyaan bani Amon lalu mengambil kota diraja itu.

27Dan Yoab mengutus para utusan kepada Daud, dan berkata, Aku telah melawan Raba, dan telah menakluki kota air itu.

28Oleh sebab itu, kumpulkanlah semua orang yang lain bersama, dan berkhemah menentang kota itu, dan taklukinya: supaya jangan aku menakluki kota itu, lalu ia dipanggil menurut namaku.

29Dan Daud mengumpulkan semua rakyat bersama, dan pergi ke Raba, lalu melawannya, dan menaklukinya.

30Dan dia mengambil mahkota raja mereka dari atas kepalanya, beratnya setalenta emas bertatahkan batu-batu permata yang berharga: dan ia dikenakan kepada kepala Daud. Dan dia membawa keluar jarahan kota itu yang sungguh melimpah.

31Dan dia mengeluarkan penduduk yang ada di dalam kota itu, lalu menyerahkan mereka ke bawah gergaji, dan ke bawah sikat besi; dan ke bawah kapak besi, dan membuat mereka melalui relau batu bata: dan demikianlah dilakukannya kepada segala kota kepunyaan bani Amon. Kemudian Daud dan semua rakyat kembali ke Yerusalem.