2 Samuel 13

2 Samuel 13

1Dan terjadilah selepas itu, bahawa Absalom anak Daud ada seorang adik perempuan yang cantik, namanya Tamar; dan Amnon anak Daud mengasihinya.

2Dan Amnon sebegitu gemas, sehingga dia jatuh sakit bagi adik perempuannya Tamar; sebab dia seorang perawan; dan Amnon fikir ia sukar untuk berbuat apa pun kepadanya.

3Tetapi Amnon ada seorang kawan, yang namanya Yonadab, anak kepada Simea, abang Daud: dan Yonadab merupakan orang yang sungguh licik.

4Dan dia berkata kepada Amnon, Mengapakah kamu, sementara anak kepada raja, bersandar hari demi hari? akankah kamu beritahuku? Dan Amnon berkata kepadanya, aku mengasihi Tamar, adik perempuan Absalom, saudaraku itu.

5Dan Yonadab berkata kepadanya, Berbaringlah pada katilmu, dan jadikan dirimu sakit: dan ketika ayahmu datang untuk melihatmu, berkatalah kepadanya, Aku bermohon kepadamu, biar adikku Tamar datang, dan memberiku makanan, dan menyediakannya di hadapanku, supaya aku dapat melihat itu, dan makan dari tangannya.

6Jadi Amnon berbaring, dan menjadikan dirinya sakit: dan ketika raja datang untuk melihatnya, Amnon berkata kepada raja, Aku mohon kepadamu, biar Tamar, adik perempuanku datang, dan menyediakan barang dua kek di depan mataku, supaya aku dapat makan dari tangannya.

7Kemudian Daud mengutus kepada Tamar, dengan berkata, Pergi sekarang ke rumah abangmu, Amnon, dan sediakan makanan baginya.

8Jadi Tamar pergi ke rumah abangnya, Amnon; dan Amnon sedang berbaring. Dan dia mengambil tepung, dan mengulinya, dan membuat kek di depan matanya, dan membakar kek itu.

9Dan dia mengambil kuali, dan menuang isinya keluar di depan Amnon; tetapi Amnon menolak untuk memakannya. Dan Amnon berkata, Biar semua orang keluar meninggalkanku. Dan setiap orang keluar meninggalkannya.

10Dan Amnon berkata kepada Tamar, Bawalah makanan itu ke dalam kamar, supaya aku dapat makan dari tanganmu. Dan Tamar membawa kek yang disediakannya, dan membawanya ke dalam kamar Amnon, abangnya.

11Dan sesudah dia membawa itu kepada Amnon untuk makan, Amnon memegang dia, dan berkata kepadanya, Marilah berbaring bersamaku, hai adik perempuanku.

12Dan dia berjawab kepadanya, Tidak, abangku, jangan paksaku; sebab apa pun hal sedemikian tidak harus dilakukan di Israel: jangan berbuat kebebalan ini.

13Dan aku, ke manakah dapat kubawa maluku? dan bagimu, kamu akan menjadi seperti salah seorang bebal di Israel. Maka sekarang, aku mohon kepadamu, berbicaralah dengan raja; sebab dia tidak akan menahanku daripadamu.

14Walau bagaimanapun Amnon tidak mengendahkan suaranya: tetapi, sementara lebih kuat daripadanya, memaksanya, lalu berbaring dengannya.

15Kemudian Amnon membencinya dengan keamatan besar; sehingga kebencian yang dirasainya terhadap Tamar lebih besar daripada kasih yang dirasainya terhadap Tamar. Dan Amnon berkata kepadanya, Bangun, enyahlah.

16Dan Tamar berkata kepadanya, Tiada apa pun sebab: kejahatan menghalauku lebih besar daripada apa yang telah dibuat kamu terhadapku tadi. Tetapi Amnon tidak mengendahkannya.

17Kemudian Amnon memanggil hambanya yang melayaninya, dan berkata, Bawalah perempuan ini keluar daripadaku, dan biar pintu diselak di belakangnya.

18Dan Tamar ada pakaian kepelbagaian warna yang dipakainya: sebab dengan jubah sedemikian, begitulah para anak perempuan raja yang perawan berpakaian. Kemudian hamba Amnon membawanya keluar, dan menyelak pintu di belakangnya.

19Lalu Tamar menaruh abu ke atas kepalanya, dan mengoyakkan pakaian kepelbagaian warna yang dipakainya, lalu meletakkan tangannya ke atas kepalanya, dan pergi dengan langsung menangis.

20Dan Absalom abangnya berkata kepadanya, Sudahkah Amnon saudaramu itu mendekatimu? tetapi berdiamlah sekarang, hai adik perempuanku: dia saudaramu; jangan memikir-mikir perkara ini. Maka Tamar tinggal bersendirian di rumah abangnya, Absalom.

21Tetapi ketika raja Daud mendengar segala hal itu, dia sungguh murka,.

22Dan Absalom langsung tidak berbicara kepada saudaranya Amnon baik apa yang baik mahupun apa yang jahat: kerana Absalom membenci Amnon, kerana dia telah memaksa Tamar, adik perempuannya.

23Dan terjadilah selepas genap dua tahun, bahawa Absalom mengadakan pengguntingan bulu domba di Baalhazor, yang berada di samping Efraim: dan Absalom mengundang semua anak lelaki raja.

24Dan Absalom menghadap raja, dan berkata, Lihatlah sekarang, hambamu mengadakan pengguntingan bulu domba; biar raja, aku bermohon kepadamu, dan hamba-hambanya pergi bersama hambamu ini.

25Dan raja itu berkata kepada Absalom, Tidak, anakku, biarlah kami jangan semua sekali pergi, supaya jangan kami menyusahkanmu. Dan Absalom mendesaknya: walau bagaimanapun dia tidak mahu pergi tetapi memberkatinya.

26Kemudian Absalom berkata, Jika tidak, aku mohon kepadamu, biar saudaraku Amnon pergi bersama kami. Dan raja berkata kepadanya, Mengapakah dia harus pergi bersamamu?

27Tetapi Absalom mendesaknya, sehingga Daud membenarkan Amnon dan semua anak lelaki raja untuk pergi bersamanya.

28Dalam pada itu, Absalom sudah memerintahkan hamba-hambanya, dengan berkata, Kalian tandailah waktu ketika hati Amnon girang dengan wain, dan ketika aku berkata kepada kalian, Seranglah Amnon; ketika itu bunuhlah dia, janganlah takut: bukankah aku yang memerintahkan kalian? Tabahkanlah hati, dan jadilah gagah perkasa.

29Dan hamba-hamba Absalom berbuat kepada Amnon seperti apa yang telah diperintahkan Absalom. Kemudian semua anak raja bangkit, dan setiap orang menaiki keldainya masing-masing, lalu melarikan diri.

30Dan terjadilah, sementara mereka berada di perjalanan, bahawa khabar sampai kepada Daud, dengan berkata, Absalom telah membunuh semua anak lelaki raja, dan tidak seorang pun yang tertinggal.

31Maka raja bangkit, dan mengoyak pakaiannya, dan berbaring di tanah; dan semua hambanya berdiri bersampingan dengan pakaian mereka terkoyak.

32Dan Yonadab, anak lelaki kepada Simea, saudara Daud, menjawab dan berkata, Janganlah tuanku menganggap bahawa mereka telah membunuh semua anak lelaki muda, iaitu anak-anak lelaki raja; sebab Amnon sahaja yang telah mati: sebab oleh perancangan Absalom ini telah ditentukan sejak hari yang Amnon memaksa adiknya Tamar.

33Oleh sebab itu, janganlah tuanku, raja, mengambil hati akan perkara itu, sehingga memikir bahawa semua anak lelaki raja sudah mati: sebab hanya Amnon yang telah mati.

34Tetapi Absalom melarikan diri. Dan para teruna yang sedang berjaga-jaga melayangkan pandangan mereka, dan melihat, dan, lihatlah, ada banyak orang di perjalanan tepi bukit yang berada di belakang Absalom.

35Dan Yonadab berkata kepada raja, Lihatlah, anak-anak lelaki raja datang: seperti yang disebut hambamu, demikianlah itu.

36Dan terjadilah, sebaik sahaja Yonadab habis berkata, bahawa, lihatlah, para anak lelaki raja datang, dan mengangkat suara mereka lalu menangis: dan raja itu juga dan semua hambanya menangis dengan pilu sekali.

37Tetapi Absalom melarikan diri, dan pergi ke Talmai, anak lelaki kepada Amihud, raja Gesur. Dan Daud berdukacita bagi anaknya setiap hari.

38Maka Absalom melarikan diri, dan pergi ke Gesur, dan berada di sana selama tiga tahun.

39Dan jiwa raja Daud rindu untuk pergi kepada Absalom: sebab dia dihiburkan berkenaan hal Amnon, memandangkan Amnon sudah mati.