2 Samuel 4

2 Samuel 4

1Dan sesudah anak lelaki Saul mendengar bahawa Abner sudah mati di Hebron, tangannya menjadi lemah, dan seluruh Israel resah hati.

2Dan anak Saul itu memiliki dua orang lelaki yang merupakan hulubalang pasukan: salah seorang bernama Baana, dan yang satu lagi bernama Rekhab, anak-anak Rimon seorang Beerot, dari bani Benyamin: (sebab Beerot juga diperhitungkan kepada Benyamin:

3Dan orang Beerot melarikan diri ke Gitaim, dan menjadi perantau di sana sampai kepada hari ini.)

4Dan Yonatan, anak lelaki Saul, mempunyai seorang anak lelaki yang kakinya tempang. Dia lima tahun ketika khabar sampai akan Saul dan Yonatan yang berada di luar di Yizreel, dan pengasuhnya mengambilnya, lalu melarikan diri: dan ketika ia terjadi, sementara dia bergegas untuk melarikan diri, bahawa dia terjatuh, dan menjadi tempang. Dan namanya Mefiboset.

5Dan anak-anak lelaki Rimon, orang Beerot itu, yakni Rekhab dan Baana, pergi, dan sampai pada sekitar waktu hari sudah panas ke rumah Isyboset, yang berbaring di pertidurannya pada waktu tengah hari.

6Dan mereka sampai ke sana ke tengah-tengah rumah, seolah-olah mereka mahu mengambil gandum; dan mereka menikam dia di bawah tulang rusuk kelima: dan Rekhab dan Baana, saudaranya, melarikan diri.

7Sebab ketika mereka masuk ke dalam rumah itu, Isyboset berbaring di pertidurannya di kamar tidurnya, dan mereka menikamnya, dan membunuhnya, dan memenggal kepalanya, lalu mengambil kepalanya, dan melarikan diri mereka melalui dataran sepanjang malam.

8Dan mereka membawa kepala Isyboset kepada Daud di Hebron, dan berkata kepada raja, Lihatlah kepala Isyboset anak lelaki kepada Saul, musuhmu, yang telah memburu untuk nyawamu; dan TUHAN telah membalas tuanku, yakni raja, pada hari ini, terhadap Saul dan benihnya.

9Dan Daud menjawab Rekhab dan Banaa, saudaranya, yakni anak-anak lelaki Rimon, orang Beerot itu, dan berkata kepada mereka, Sementara TUHAN hidup, yang telah menebus iwaku dari segala kesesakan,

10Ketika salah seorang memberitahuku, dengan berkata, Lihatlah, Saul sudah mati, dan memikir dia sudah membawa khabar yang baik, aku mengambil dia, dan membunuhnya di Ziklag, iaitu dia yang fikir aku akan memberinya ganjaran bagi khabarnya:

11Betapa teruk lagi, ketika orang-orang durjana telah membunuh orang benar di rumahnya sendiri di atas pertidurannya? maka tidak haruskah aku sekarang menuntut darahnya dari tangan kalian, dan memutuskan kalian dari bumi ini?

12Dan Daud memerintahkan para terunanya, dan para teruna itu membunuh mereka, dan memotong tangan dan kaki mereka, lalu menggantung mereka di kawasan menaik menghadap sebuah kolam di Hebron. Tetapi para teruna itu mengambil kepala Isyboset, lalu menguburkannya di dalam makam Abner di Hebron.