2 Samuel 5

2 Samuel 5

1Kemudian datanglah semua suku kaum Israel kepada Daud di Hebron, dan berbicara, dengan berkata, Lihatlah, kami ini tulangmu dan dagingmu.

2Juga pada masa silam, ketika Saul menjadi raja ke atas kami, kamulah yang telah memimpin dan membawa Israel: dan TUHAN berkata kepadamu, Kamu akan memberi makan kepada umatku Israel, dan kamu akan menjadi ketua atas Israel.

3Maka semua penatua Israel mengadap raja di Hebron; dan raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka di Hebron di hadapan TUHAN: dan mereka mengurapi raja Daud atas Israel.

4Daud berumur tiga puluh tahun ketika dia mula memerintah, dan dia memerintah untuk empat puluh tahun.

5Di Hebron dia memerintah atas Yehuda untuk tujuh tahun dan enam bulan: dan di Yerusalem dia memerintah untuk tiga puluh tiga tahun atas seluruh Israel dan Yehuda.

6Dan raja bersama para lelakinya pergi ke Yerusalem kepada orang Yebus, para penghuni tanah itu: yang berbicara kepada Daud dengan berkata, Kecuali kamu menewaskan orang buta dan orang tempang, kamu tidak dapat masuk ke sini: dengan memikir, Daud tidak mungkin masuk ke sini.

7Walau bagaimanapun Daud menakluki kubu kuat Sion: itulah kota Daud.

8Dan Daud berkata pada hari itu, Barang siapa yang naik ke parit itu, dan menyerang orang Yebus, dan orang tempang dan orang buta, yang dibenci jiwa Daud, dia akan menjadi ketua dan hulubalang. Oleh sebab itu orang berkata, Orang buta dan orang tempang tidak akan masuk ke dalam rumah.

9Maka Daud berdiam di dalam kubu pertahanan itu, dan memanggilnya kota Daud. Dan Daud membina di sekelilingnya dari Milo sampai ke bahagian dalam.

10Dan Daud beroleh maju, dan bertambah hebat, dan TUHAN Allah angkatan alam semesta berada bersamanya.

11Dan Hiram raja Tirus mengutus para utusan kepada Daud, dan pokok-pokok sedar, dan para tukang kayu, dan para tukang batu: dan mereka membina Daud sebuah rumah.

12Dan Daud menanggap bahawa TUHAN telah memantapkannya sebagai raja atas Israel, dan bahawa dia telah menyanjungi kerajaannya demi Israel, umatnya.

13Dan Daud mengambil lebih gundik dan isteri dari Yerusalem, sesudah dia datang dari Hebron: dan ada lagi anak-anak lelaki dan perempuan yang dilahirkan bagi Daud.

14Dan inilah nama anak-anak yang telah dilahirkan baginya di Yerusalem; Syamua, dan Sobab, dan Natan, dan Salomo,

15Yibhar juga, dan Elisua, dan Nefeg, dan Yafia,

16Dan Elisama, dan Elyada, dan Elifelet.

17Tetapi ketika orang Filistin mendengar bahawa mereka telah mengurapi Daud sebagai raja atas Israel, semua orang Filistin datang untuk mencari Daud; dan Daud mendengar itu, dan turun ke kubu pertahanan.

18Dan orang Filistin juga datang dan menyelerakkan barisan mereka di lembah Refaim.

19Dan Daud menanya TUHAN, dengan berkata, Patutkah aku naik kepada orang Filistin? akankah kamu menyerahkan mereka ke dalam tanganku? Dan TUHAN berkata kepada Daud, Naiklah: sebab aku akan dengan tanpa keraguan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.

20Dan Daud sampai ke Baalperasim, dan Daud menyerang mereka di sana, dan berkata, TUHAN telah menerobos musuh-musuhku yang di depanku, seperti air menerobos. Oleh sebab itu, dia memanggil nama tempat itu sebagai Baalperasim.

21Dan di sana mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka, dan Daud dan para lelakinya membakarnya.

22Dan orang Filistin naik semula, dan menyelerakkan barisan mereka di lembah Refaim.

23Dan ketika Daud menanya TUHAN, dia berkata, Kamu tidak akan naik; tetapi buatlah gerakan melingkari mereka dari belakang, dan seranglah mereka dari arah pokok-pokok kertau itu.

24Dan biarlah ia terjadi, ketika kamu mendengar bunyi pergerakan di bahagian atas pokok-pokok kertau, maka pada waktu itulah kamu akan cergas menggerakkan dirimu: sebab pada waktu itulah TUHAN akan mendahuluimu, untuk menyerang angkatan orang Filistin.

25Dan Daud berbuat demikian, seperti yang diperintahkan TUHAN kepadanya; dan menyerang orang Filistin dari Geba sampai kamu mendekati Gezer.