2 Samuel 7

2 Samuel 7

1Dan terjadilah, ketika raja duduk di rumahnya, dan TUHAN telah memberinya istirahat di keliling daripada semua musuhnya;

2Bahawa raja berkata kepada Natan, nabi itu, Lihatlah sekarang, aku berdiam di dalam rumah kayu sedar, tetapi tabut Allah berdiam di dalam tirai.

3Dan Natan berkata kepada raja, Pergi, lakukanlah apa yang ada dalam hatimu; sebab TUHAN berada bersamamu.

4Dan terjadilah pada malam itu, bahawa firman TUHAN mendatangi Natan, dengan berkata,

5Pergi dan beritahu hambaku Daud, Beginilah firman TUHAN, Akankah kamu membina bagiku suatu rumah untuk didiami?

6Sementara aku tidak pernah berdiam di mana-mana rumah semenjak waktu aku membawa bani Israel keluar dari Mesir, sampai ke hari ini, tetapi telah mengembara dalam khemah dan dalam perkhemahan.

7Di segala tempat yang telah aku mengembara bersama bani Israel, pernahkah aku mengucapkan suatu firman pun dengan mana-mana suku kaum Israel, yang telah aku perintah untuk memberi makan kepada umatku Israel, dengan berkata, Mengapakah kalian tidak membina rumah kayu sedar bagiku?

8Maka sekarang demikian kamu akan berkata kepada hambaku Daud, Beginilah firman TUHAN angkatan alam semesta, Aku telah mengambil kamu dari kandang domba, daripada mengikuti domba-domba, untuk menjadi pemerintah atas umatku, atas orang Israel:

9Dan aku berada bersamamu di mana jua kamu pergi, dan telah memotong keluar segala musuhmu dari pandanganmu, dan telah memasyhurkan suatu nama bagimu, seperti nama orang-orang hebat yang ada di bumi.

10Lebih-lebih lagi, aku akan menentukan suatu tempat bagi umatku Israel, dan akan menanami mereka di sana, supaya mereka akan berdiam di tempat milik mereka sendiri, dan tidak lagi berpindah-randah; dan bani kedurjanaan pun tidak akan menyerang mereka lagi, seperti dahulu,

11Dan sejak masa yang aku memerintahkan hakim-hakim untuk menjadi pihak atasan umatku Israel, dan sudah menyebabkanmu untuk beristirahat daripada semua musuhmu. Tambahan pula, TUHAN memberitahumu bahawa dia akan membina bagimu suatu rumah tangga.

12Dan setelah hayatmu telah digenapi, dan kamu sudah tidur di kalangan bapa-bapamu, aku akan menetapkan benihmu yang kemudian, yang akan datang daripada tubuhmu, dan aku akan memantapkan kerajaannya.

13Dia akan membina suatu rumah bagi namaku, dan aku akan memantapkan takhta kerajaannya untuk selamanya.

14Aku akan menjadi bapanya, dan dia akan menjadi anakku. Jika dia melakukan kedurjanaan, aku akan menghukumnya dengan tongkat manusia, dan dengan bilur-bilur bangsa manusia:

15Tetapi belas kasihanku tidak akan meninggalkannya, seperti yang diambilku daripada Saul, yang telah kujauhkan dari hadapanmu.

16Dan isi rumahmu dan kerajaanmu akan dimantapkan selamanya di hadapanmu: takhtamu akan dimantapkan selamanya.

17Menurut segala kata ini, dan menurut segala penglihatan ini, demikian Natan berbicara kepada Daud.

18Kemudian raja Daud masuk ke dalam, dan duduk di hadapan TUHAN, dan dia berkata, Siapakah aku, ya Tuhan ALLAH? dan apakah rumahku, sehingga engkau telah membawaku ke sini?

19Dan ini masih suatu perkara yang kecil di matamu, ya Tuhan ALLAH; tetapi engkau telah berfirman juga tentang rumah tangga hambamu ini jauh ke masa depan. Dan adakah ini ragam manusia, ya Tuhan ALLAH?

20Dan apakah yang dapat Daud katakan lebih kepadamu? sebab engkau, Tuhan ALLAH, mengenal hambamu.

21Demi firmanmu, dan menurut hatimu sendiri, telah engkau melakukan segala hal yang besar ini, untuk menjadikan hambamu mengenalnya.

22Lantaran itu, engkau besar, ya TUHAN Allah: sebab tiada yang seperti engkau, dan juga tiada sebarang Allah selain engkau, menurut segala yang telah kami dengar dengan telinga kami.

23Dan mana satu bangsa di bumi adalah seperti umatmu, yakni Israel, yang telah Allah tebus sebagai suatu umat bagi dirinya sendiri, dan untuk mendapatkan nama bagi dirinya, dan untuk melakukan bagi kalian karya-karya besar dan dahsyat, sebab tanahmu, di hadapan umatmu, yang telah engkau tebus kepada dirimu dari Mesir, dari kalangan bangsa-bangsa dan allah-allah mereka?

24Sebab engkau telah mengukuhkan bagi dirimu umatmu Israel untuk menjadi umat kepadamu bagi selamanya: dan kamu, TUHAN, telah menjadi Allah mereka.

25Dan sekarang, Ya TUHAN Allah, firman yang telah engkau bicara berkenaan hambamu, dan berkenaan rumah tangganya, mantapkannya untuk selamanya, dan lakukanlah seperti yang telah difirmankanmu.

26Dan biar namamu dibesarkan selamanya, dengan berkata, TUHAN angkatan alam semesta ialah Allah atas Israel: dan biar rumah tangga hambamu, Daud, dimantapkan di hadapanmu.

27Sebab engkau, ya TUHAN angkatan alam semesta, Allah Israel, telah menyatakan kepada hambamu, dengan berkata, Aku akan membinamu suatu rumah tangga: maka hambamu telah ada hati untuk mendoakan doa ini kepadamu.

28Dan sekarang, ya Tuhan ALLAH, engkaulah Allah itu, dan firman-firmanmu adalah benar, dan engkau telah menjanjikan kebaikan ini kepada hambamu.

29Oleh sebab itu, sekarang biar ia menyenangkanmu untuk memberkati rumah tangga hambamu, supaya ia dapat melanjut untuk selama-lamanya di hadapanmu dengan berkatmu biar rumah tangga hambamu diberkati untuk selama-lamanya.