2 Thessalonians 3

2 Tesalonika 3

1Akhirnya, saudara sekalian, doakan kami, supaya firman Tuhan ada saluran bebas, dan dimuliakan, sama seperti di kalangan kalian:

2Dan supaya kami dapat dilepaskan daripada orang yang tidak munasabah dan yang durjana: sebab semua orang tidak mempunyai iman.

3Tetapi Tuhan adalah setia, dia akan memantapkan kalian dan memelihara kalian daripada jahat.

4Dan kami ada keyakinan dalam Tuhan berkenaan kalian, bahawa kalian sedang melakukan dan akan melakukan apa yang telah kami perintahkan kalian.

5Dan biar Tuhan mengarahkan hati kalian ke dalam kasih Allah, dan ke dalam kesabaran menunggu Kristus.

6Sekarang kami memerintahkan saudara sekalian, dalam nama Tuhan Yesus Kristus kita, supaya kalian menarik diri kalian daripada setiap saudara yang menjalani hidup dengan tidak tertib dan yang tidak menurut tradisi yang telah dia terima daripada kami.

7Sebab kalian sendiri tahu bagaimana kalian harus mengikuti kami: sebab kami tidak berperangai tidak tertib di antara kalian;

8Dan kami juga tidak makan roti sesiapa pun dengan percuma; tetapi telah bekerja dengan jerih lelah dan kerja keras siang dan malam, supaya kami tidak harus ditanggung oleh sesiapa pun di antara kalian:

9Bukan kerana kami tidak ada kuasa, tetapi untuk menjadikan diri kami sebagai teladan kepada kalian untuk mengikut kami.

10Sebab waktu kami berada bersama kalian pun, inilah apa yang kami perintahkan kalian, iaitu sesiapa pun yang tidak ingin bekerja, dia juga tidak harus makan.

11Sebab kami telah dengar bahawa ada sesetengah orang di antara kalian yang menjalani hidup dengan tidak tertib, langsung tidak bekerja, tetapi merupakan penyibuk.

12Sekarang mereka yang sedemikian kami perintahkan dan menggesakan oleh Tuhan Yesus Kristus, supaya dengan sikap tenteram mereka bekerja, dan makan roti sendiri.

13Tetapi kalian, saudara semua, jangan jemu-jemu berbuat baik.

14Dan jika sesiapa pun tidak mentaati kata-kata kami oleh surat ini, tandailah orang itu, dan jangan ada apa pun pergaulan dengannya, supaya dia dapat dijadikan malu.

15Namun jangan menghitung dia sebagai musuh, tetapi tegurlah dia seperti seorang saudara.

16Sekarang Tuhan damai sejahtera sendiri memberi kalian damai sejahtera selalu dengan cara apa pun. Tuhan menyertai kamu semua.

17Salam Paulus itu adalah dengan tanda tanganku sendiri, yang merupakan tanda dalam setiap surat: demikianlah aku menulis.

18Rahmat Tuhan Yesus Kristus menyertai kamu semua. Amin.