1Sekarang kami menggesakan saudara sekalian, oleh kedatangan Tuhan Yesus Kristus kita, dan oleh penghimpunan kita bersama kepadanya,
2Supaya kalian tidak terus tergoyah dalam minda, atau menjadi susah hati baik melalui roh, atau perkataan, mahupun melalui surat bagaikan daripada kami, seakan-akan hari Kristus sudah dekat.
3Jangan biar sesiapa pun memperdayakan kalian dengan cara apa pun: sebab hari itu tidak akan sampai, kecuali sampainya kemurtadan dahulu, dan munculnya si manusia berdosa itu, yakni si anak jahanam itu;
4Yang menentang dan menyanjungi diri sendiri mengatasi segalanya yang dipanggil Allah, atau apa yang disembahyangkan; supaya dia sebagai Allah duduk di bait Allah, sedang kala menunjukkan bahawa dirinya sendiri ialah Allah.
5Tidakkah kalian ingat, bahawa ketika aku berada bersama kalian, aku telah memberitahu kalian hal-hal ini?
6Dan sekarang kalian tahu apa yang sedang menahankannya supaya dia akan dinyatakan pada waktunya.
7Sebab misteri kedurjanaan itu sudah mula bekerja: hanya dia yang menahan akan tahan, sehingga dia dikeluarkan.
8Dan kemudian Si Durjana itu akan dinyatakan, iaitu dia yang akan dihanguskan TUHAN dengan roh mulutnya, dan akan dibinasakan dengan terang kedatangannya:
9Bahkan dia, yang kedatangannya itu adalah menurut pekerjaan Syaitan dengan segala kuasa dan tanda-tanda dan keajaiban yang bohong,
10Dan dengan segala ketidakwajaran yang memudahkan pendayaan dalam mereka yang binasa; kerana mereka tidak menerima kasih akan kebenaran, supaya mereka dapat diselamatkan.
11Dan oleh sebab itu Allah akan menyampaikan pendayaan kuat kepada mereka, sehingga mereka percaya akan bohong:
12Supaya mereka semua akan dilaknat, iaitu mereka yang tidak percaya akan kebenaran, tetapi telah bersenang dalam ketidakwajaran.
13Tetapi kami tertambat untuk bersyukur selalu kepada Allah bagi kalian, para saudara yang kekasih dalam Tuhan, kerana Allah dari permulaan sudah memilih kalian bagi keselamatan melalui pengudusan oleh Roh dan kepercayaan akan kebenaran:
14Yang bagi itu dia telah memanggil kalian melalui injil kami, sehingga memperoleh kemuliaan Tuhan Yesus Kristus kita.
15Oleh sebab itu, saudara sekalian, berdiri teguh, dan berpeganglah pada tradisi-tradisi yang telah diajar kepada kalian, baik secara lisan mahupun melalui surat kami.
16Sekarang Tuhan Yesus Kristus sendiri, dan Allah, yakni Bapa kita, yang telah mengasihi kita, dan yang telah memberi kita penghiburan abadi dan harapan baik melalui rahmat,
17Menghiburkan hati kalian, dan memantapkan kalian dalam segala kata dan kerja yang baik.