Acts 12

Kisah 12

1Di sekitar masa itu juga raja Herodes menghulurkan tangannya untuk menyusahkan benar gereja.

2Dan dia membunuh Yakobus, saudara lelaki kepada Yohanes, dengan pedang.

3Dan oleh sebab dia nampak bahawa itu telah menyenangkan orang Yahudi, dia dengan lebih lanjut mengambil Petrus juga. (Waktu itu ialah hari raya roti tidak beragi.)

4Dan sesudah menangkap Petrus, Herodes memasukkannya ke dalam penjara, lalu menyerahkannya kepada empat pasukan kuarternion askar untuk menjaganya; dengan niat untuk selepas Easter membawanya ke hadapan umat.

5Maka Petrus disimpan di penjara: tetapi doa dibuat tanpa terhenti-henti kepada Allah oleh gereja baginya.

6Dan ketika Herodes sudah tentu akan membawa Petrus keluar, pada malam yang sama Petrus sedang tidur di antara dua orang askar, terikat dengan dua rantai: dan para penjaga di hadapan pintu menjaga penjara itu.

7Dan, lihatlah, malaikat Tuhan datang kepadanya, dan suatu cahaya bersinar di penjara itu: dan dia menepuk Petrus di sisinya, dan membangunkannya, dengan berkata, Bangun segera. Dan rantai-rantainya tergugur dari tangannya.

8Dan malaikat itu berkata kepadanya, Ikat tali pinggangmu, dan ikatlah sandalmu. Dan Petrus berbuat demikian. Dan malaikat berkata kepadanya, Kenakanlah jubahmu, dan ikutlah aku.

9Dan Petrus keluar, dan mengikutinya; dan tidak tahu bahawa apa yang dibuat oleh malaikat itu ialah kenyataan; tetapi ingat bahawa dia nampak suatu penglihatan.

10Sesudah mereka melalui tempat kawalan yang pertama dan yang kedua, mereka sampai ke pintu besi yang menuju ke kota; dan yang terbuka kepada mereka dengan sendiri: lalu mereka keluar, dan berlalu menerusi suatu jalan; dan dengan serta-merta malaikat itu meninggalkannya.

11Dan ketika Petrus sedar akan dirinya, dia berkata, Sekarang aku tahu dengan pasti, bahawa Tuhan telah mengutus malaikatnya, dan telah melepaskanku daripada tangan Herodes, dan daripada segala harapan umat orang Yahudi itu.

12Dan setelah dia mempertimbangkan hal itu, dia sampai ke rumah Maria, ibu Yohanes, yang nama keluarganya Markus; banyak orang berkumpul bersama untuk berdoa di tempat itu.

13Dan sementara Petrus mengetuk di pintu gerbang, seorang gadis yang bernama Rode keluar untuk menjawab.

14Dan ketika dia mengenal suara Petrus, dia tidak membuka pintu itu kerana gembira, tetapi berlari ke dalam pula, dan memberitahu bahawa Petrus berdiri di hadapan pintu.

15Dan mereka berkata kepadanya, Kamu sudah gila. Tetapi dia kekal mengesahkan bahawa ia demikian. Kemudian mereka berkata, Itu malaikatnya.

16Tetapi Petrus terus mengetuk: dan ketika mereka membuka pintu itu, dan melihatnya, mereka tertakjub.

17Tetapi Petrus, sementara memberi isyarat kepada mereka untuk berdiam, mengisytiharkan kepada mereka bagaimana Tuhan telah membawanya keluar dari penjara. Dan dia berkata, Pergi dan tunjukkan hal-hal itu kepada Yakobus, dan kepada saudara-saudara. Lalu dia bertolak, dan pergi ke tempat yang lain.

18Now as soon as it was day, there was no small stir among the soldiers, what was become of Peter.

19And when Herod had sought for him, and found him not, he examined the keepers, and commanded that they should be put to death. And he went down from Judaea to Caesarea, and there abode.

20And Herod was highly displeased with them of Tyre and Sidon: but they came with one accord to him, and, having made Blastus the king's chamberlain their friend, desired peace; because their country was nourished by the king's country.was highly�: or, bare an hostile mind, intending warthe king's chamberlain: Gr. that was over the king's bedchamber

21Dan pada suatu hari yang ditentukan, Herodes, yang memakai pakaian diraja, duduk di takhtanya, dan menyampaikan suatu pidato kepada mereka.

22Lalu rakyat itu bersorak, dengan berkata, Itu merupakan suara seorang allah, dan bukan seorang manusia.

23Dan dengan serta-merta, malaikat Tuhan menyambarnya, kerana dia tidak memberi Allah kemuliaan: dan dia dimakan cacing-cacing, lalu menyerahkan rohnya.

24Tetapi penyebaran firman Allah bertambah dan digandakan.

25Dan Barnabas dan Saulus kembali dari Yerusalem, sesudah mereka menyelesaikan pelayanan mereka, dan mengambil bersama mereka Yohanes, yang nama keluarganya Markus.