1Dalam pada itu, ada di dalam gereja yang berada di Antiokhia beberapa orang nabi dan guru; seperti Barnabas, dan Simeon yang dipanggil Niger, dan Lukius dari Kirene, dan Menahem, yang telah diasuh dengan tetrak Herodes, dan Saulus.
2Sementara mereka beribadah kepada Tuhan, dan berpuasa, Roh Kudus berkata, Khaskan bagiku Barnabas dan Saulus bagi kerja yang telah kutentukan sebagai panggilan mereka.
3Dan sesudah mereka berpuasa dan berdoa, dan menumpang tangan mereka ke atas Barnabas dan Saulus, mereka mengutus kedua-dua mereka pergi.
4Maka mereka, sementara diutus oleh Roh Kudus, berangkat ke Seleukia; dan dari situ mereka berlayar ke Siprus.
5Dan sesudah mereka berada di Salamis, mereka mengkhutbahkan firman Allah di saumaah-saumaah orang Yahudi: dan mereka juga ada Yohanes sebagai pembantu mereka.
6Dan setelah mereka melalui kepulauan itu ke Pafos, mereka menemui seorang ahli sihir lelaki, seorang nabi palsu, seorang Yahudi, yang namanya Barjesus:
7Yang berada bersama pemangku negara, Sergius Paulus, yang merupakan seorang yang bijak; yang telah memanggil untuk Barnabas dan Saulus, dan ingin mendengar firman Allah.
8Tetapi Elimas, ahli sihir lelaki itu, (sebab demikianlah namanya setelah diterjemahkan) menentang mereka, sedang kala mencari-cari jalan untuk memalingkan pemangku itu daripada iman.
9Maka Saulus, (yang juga dipanggil Paulus,) sedang kala diisi dengan Roh Kudus, menatap dia,
10Dan berkata, Hai kamu yang penuh kelicikan dan kenakalan, kamu yang anak iblis, kamu yang musuh segala kewajaran, tidakkah kamu akan berhenti mencabuli jalan betul Tuhan?
11Dan sekarang, lihatlah, tangan Tuhan di atas dirimu, dan kamu akan menjadi buta, sedang kala tidak dapat melihat matahari untuk suatu detik masa. Dan dengan serta-merta ditimpa ke atasnya suatu kabut dan suatu kegelapan; dan dia pergi mencari-cari sesetengah orang untuk memimpinnya dengan tangan.
12Selepas itu, pemangku itu, setelah dia nampak apa yang telah berlaku, beroleh percaya, sedang kala tertakjub oleh doktrin Tuhan.
13Ketika Paulus dan rombongannya telah meninggalkan Pafos, mereka sampai ke Perga di Pamfilia: dan Yohanes, sementara meninggalkan mereka, kembali ke Yerusalem.
14Tetapi ketika mereka meninggalkan Perga, mereka sampai ke Antiokhia di Pisidia, lalu masuk ke dalam saumaah pada hari sabat, dan duduk.
15Dan selepas pembacaan hukum dan para nabi, para pemerintah saumaah menyuruh bertanya kepada mereka dengan berkata, Lelaki dan saudara sekalian, jika kalian ada apa pun kata gesaan bagi umat, sila sampaikan.
16Kemudian Paulus berdiri, dan sambil memberi isyarat dengan tangannya berkata, Orang Israel dan kalian yang takut akan Allah, sila beri perhatian.
17Allah umat ini, Israel, memilih bapa-bapa leluhur kita, dan meninggikan umat tersebut ketika mereka berdiam sebagai orang asing di tanah Mesir, dan dengan tangan yang luhur dia telah membawa mereka keluar dari situ.
18Dan sekitar empat puluh tahun dia menderita ragam mereka di padang gurun.
19Dan sesudah dia membinasakan tujuh bangsa di tanah Kanaan, dia membahagikan tanah mereka di antara mereka dengan memakai undi.
20Dan selepas itu dia memberi kepada mereka para hakim di sekitar tempoh masa empat ratus lima puluh tahun, sehingga Samuel, nabi itu.
21Dan selepas itu, mereka mengingini seorang raja: dan Allah telah memberikan mereka Saul anak Kish, salah seorang daripada suku Benyamin, untuk jangka masa selama empat puluh tahun.
22Dan sesudah dia menyingkirkannya, dia mengangkat bagi mereka Daud untuk dijadikan raja; yang kepadanya juga dia memberi kesaksian, Aku telah mendapati Daud anak Isai, seorang lelaki yang mengejar hatiku, iaitu orang yang akan memenuhi segala kehendakku.
23Daripada benih orang ini telah Allah, sesuai dengan janjinya, membangkitkan bagi Israel seorang Juruselamat, iaitu Yesus:
24Sesudah Yohanes terlebih dahulu mengkhutbahkan pembaptisan pertaubatan kepada seluruh umat Israel sebelum kedatangannya.
25Dan ketika Yohanes hampir menggenapi tugasnya, dia berkata, Siapakah aku ini pada sangkaan kalian? Aku bukan dia. Tetapi, lihatlah, ada seorang lagi yang datang selepas aku, yang kasut pada kakinya pun aku tidak layak buka.
26Hai kaum lelaki dan saudara sekalian, anak-anak keturunan Abraham, dan kepada sesiapa di antara kalian yang takut akan Allah, kepada kalianlah firman keselamatan ini disampaikan.
27Sebab mereka yang berdiam di Yerusalem, dan para pemerintah mereka, kerana tidak mengenal baik dia mahupun suara para nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, telah menggenapi nubuat itu dengan membunuhnya.
28Dan walaupun mereka tidak menemui apa pun sebab di dalamnya untuk hukuman mati, namun mereka menginginkan pembunuhannya daripada Pilatus.
29Dan selepas mereka menggenapi segalanya yang telah tertulis tentangnya, mereka menurunkannya dari pokok itu, dan membaringkannya di dalam makam.
30Tetapi Allah telah membangkitkannya daripada kematian:
31Dan dia dilihat banyak hari lamanya oleh mereka yang telah mengikutinya dari Galilea ke Yerusalem, yang merupakan saksi-saksinya kepada umat.
32Dan kami mengisytiharkan kepada kalian khabar gembira, iaitu bagaimana janji yang telah diberi kepada bapa-bapa leluhur,
33Telah Allah genapi janji yang sama itu kepada kita yang merupakan keturunan mereka, dengan membangkitkan Yesus semula; seperti yang juga tertulis dalam mazmur yang kedua, Engkau Anakku, aku telah memperanakkanmu pada hari ini.
34Dan berkenaan hal dia membangkitkannya daripada kematian, dan sekarang tidak lagi untuk kembali kepada kereputan, dia berfirman secara ini, Aku akan memberi kepada kalian kepastian belas kasihan Daud.
35Lantaran itu, dia juga telah berfirman dalam mazmur yang lain, Engkau tidak akan membiarkan Orang Kudusmu melihat kereputan.
36Sebab Daud, setelah dia melayani generasinya sendiri menurut kehendak Allah, telah turut tidur, dan telah dibaringkan bersama bapa-bapa leluhurnya, dan telah melihat kereputan.
37Tetapi dia, yang telah Allah bangkitkan semula, tidak melihat apa pun kereputan.
38Maka biar ia diketahui kalian, hai kaum lelaki dan saudara sekalian, bahawa melalui orang ini telah dikhutbahkan kepada kalian hal pengampunan dosa:
39Dan melaluinya semua yang percaya telah diperbenarkan daripada segalanya, iaitu segalanya yang kalian tidak dapat diperbenarkan melalui hukum Musa.
40Maka berwaspadalah, supaya jangan ditimpa kepada kalian, apa yang telah dibicarakan oleh para nabi;
41Lihatlah, hai para penghina, dan jadilah hairan dan binasa: sebab aku mengerjakan suatu kerja pada zaman kalian, suatu kerja yang kalian langsung tidak akan mungkin percaya, walaupun seseorang mengisytiharkannya kepada kalian.
42Dan sesudah orang Yahudi keluar dari saumaah, orang bukan Yahudi pula mengharapkan supaya kata-kata itu dikhutbahkan kepada mereka pada hari Sabat yang berikutnya.
43Dalam pada itu, sesudah jemaah berpisah, kebanyakan orang Yahudi dan para penganut agama mengikuti Paulus dan Barnabas: yang, sementara berbicara kepada mereka, memujuk mereka untuk berterusan dalam rahmat Allah.
44Dan pada hari Sabat yang kemudian datanglah hampir seluruh kota bersama untuk mendengar firman Allah.
45Tetapi ketika orang Yahudi nampak keramaian orang itu, mereka penuh dengan iri hati, dan berucap menentang apa yang sedang diucap oleh Paulus, sementara bercanggah kata dan mengkufur.
46Kemudian Paulus dan Barnabas bertambah berani, dan berkata, Ia perlu supaya firman Allah harus pertama-tama diucapkan kepada kalian: tetapi memandangkan kalian menolaknya daripada diri kalian, lalu menghakimi diri kalian sendiri tidak layak untuk hidup yang abadi, lihatlah, kami berpaling kepada orang bukan Yahudi.
47Sebab demikianlah Tuhan memerintahkan kami, dengan berkata, aku telah menetapkanmu untuk menjadi suatu cahaya kepada orang bukan Yahudi, supaya kamu akan dipakai bagi keselamatan sampai ke hujung bumi.
48Dan apabila orang bukan Yahudi terdengar ini, mereka bergembira, dan memuliakan firman Tuhan: dan sebanyak mana yang telah ditahbiskan kepada hidup yang kekal menjadi percaya.
49Dan firman Tuhan disiarkan ke seluruh daerah itu.
50Tetapi orang Yahudi menghasut perempuan yang alim dan yang mulia, dan orang yang ketua di kota itu, dan membangkitkan penganiayaan terhadap Paulus dan Barnabas, dan mengusir mereka dari persisiran-persisiran daerah itu.
51Tetapi Paulus dan Barnabas mengebaskan debu kaki mereka menentang mereka, lalu pergi ke Ikonium.
52Dan murid-murid diisi dengan sukacita, dan dengan Roh Kudus.