Acts 17

Kisah 17

1Setelah mereka melalui Amfipolis dan Apolonia, mereka sampai ke Tesalonika yang ada sebuah saumaah Yahudi:

2Dan Paulus, sepertimana ragamnya, menyertai mereka, dan untuk tiga hari sabat berhuraian dengan mereka daripada kitab-kitab,

3Sedang kala membukanya dan membuktikan bahawa Kristus perlu menderita, dan dibangkitkan semula dari antara orang mati; dan bahawa Yesus ini, yang kukhutbahkan kepada kalian ialah Kristus.

4Dan sesetengah dari antara mereka percaya, dan menggabungkan diri dengan Paulus dan Silas; dan dari antara orang Yunani bilangan yang besar, dan dari antara perempuan-perempuan yang terhormat tidak kurang pula.

5Tetapi bagi orang Yahudi yang tidak percaya, sementara dipenuhi iri hati, mengambil orang keji jenis yang lebih hina, dan mengumpulkan suatu kumpulan orang, dan menjadikan seluruh kota itu kecoh, dan menyerang rumah Yason, dan berusaha untuk membawa Paulus dan Silas keluar menghadap rakyat.

6Dan ketika mereka tidak menemui Paulus dan Silas, mereka menyeret Yason dan sesetengah saudara kepada para pemerintah kota dengan berseru, Orang yang telah menunggangbalikkan dunia telah juga datang ke sini;

7Yang telah disambut Yason: dan semua orang ini melakukan bertentangan dengan dekri-dekri Kaisar, dengan mengatakan bahawa ada raja yang lain, yakni Yesus.

8Dan mereka merunsingkan rakyat dan para pemerintah setelah mendengarkan hal-hal ini.

9Dan setelah mereka mendapat jaminan daripada Yason dan yang lain, mereka melepaskan mereka.

10Dan saudara-saudara itu dengan serta-merta menghantar ke Berea Paulus dan Silas pada waktu malam: yang setelah mereka sampai menyertai saumaah orang Yahudi.

11Orang-orang ini lebih mulia daripada mereka yang di Tesalonika, kerana mereka menerima firman itu dengan segala persediaan minda, dan menyemak kitab setiap hari, untuk menentukan jikalau hal-hal itu memang sedemikian.

12Oleh sebab itu, banyak di kalangan mereka percaya; juga dari kalangan perempuan yang kenamaan yang Yunani, dan dari kalangan lelaki, tidak kurang banyaknya.

13Tetapi ketika orang Yahudi di Tesalonika ada pengetahuan bahawa firman Allah dikhutbahkan Paulus di Berea, mereka pergi ke sana juga, dan menghasut orang ramai.

14Dan kemudian dengan serta-merta saudara-saudara menghantar Paulus untuk seakan-akan pergi ke laut: tetapi Silas dan Timotius pula masih berdiam di sana.

15Dan orang-orang yang mengaturkan perjalanan Paulus membawanya ke Atena: dan ketika menerima suatu perintah bagi Silas dan Timotius untuk datang kepadanya dengan secepat semungkin, mereka pun berangkat pergi.

16Dalam pada itu, sementara Paulus menunggu untuk mereka di Atena, rohnya digerakkan di dalam dirinya, ketika dia melihat kota itu terserah sepenuh-penuhnya kepada patung berhala.

17Oleh sebab itu, dia di dalam saumaah berbincang dengan orang Yahudi, dan dengan orang-orang alim, dan di pasar hari demi hari dengan mereka yang bertemu dengannya.

18Kemudian ada sesetengah ahli filsafat dari kalangan orang Epikuros, dan dari kalangan orang Stoa, yang bertembung dengan dia. Dan sesetengah mereka berkata, Apakah yang akan peleter ini kata? sesetengah yang lain pula, Dia nampaknya orang yang menampilkan dewa-dewa asing: kerana dia mengkhutbahkan kepada mereka tentang Yesus, dan tentang kebangkitan.

19Dan mereka membawanya menghadap Areopagus, dengan berkata, Bolehkah kami tahu apa doktrin baru ini, yang kamu bicarakan itu?

20Sebab kamu membawa hal-hal yang asing kepada telinga kami: maka kami ingin tahu apa maksudnya hal-hal itu.

21(Sebab semua orang Atena dan orang-orang asing yang berada di sana tidak meluangkan masa di dalam apa-apa pun, kecuali untuk memberitahu, atau untuk mendengar sesuatu yang baru.)

22Kemudian Paulus berdiri di tengah-tengah bukit Mars, dan berkata, Hai sekalian orang Atena, aku menanggap bahawa dalam segalanya kalian terlalu ketahayulan.

23Sebab ketika aku berlalu, dan melihat pemujaan-pemujaanmu, aku menemui suatu mazbah dengan inskripsi ini, KEPADA ALLAH YANG TIDAK DIKENALI. Maka siapa yang disembahyangi kalian dengan jahil, dia itulah yang aku isytiharkan kepada kalian.

24Allah yang menciptakan dunia dan segala di dalamnya, memandangkan dia Tuhan syurga dan bumi, tidak berdiam di dalam kuil-kuil buatan tangan;

25Dan juga tidak disembahyangi dengan tangan manusia, seolah-olah dia memerlukan apa pun, memandangkan dia memberi kepada semua hidup, dan nafas, dan segalanya;

26Dan telah menjadikan, daripada satu darah, semua bangsa manusia untuk berdiam di permukaan bumi, dan telah mengenalpastikan waktu-waktu yang dahulukala ditentukan, dan batas-batas tempat kediaman mereka;

27Supaya mereka harus mencari Tuhan, supaya seandainya mereka dapat merasa akannya, dan menemuinya, walaupun dia tidak jauh dari setiap orang di antara kita:

28Sebab di dalamnya kita hidup, dan bergerak, dan ada kewujudan kita; seperti sesetengah penyajak kalian sendiri telah berkata, Sebab kita juga merupakan keturunannya.

29Maka sebanyak semana kita merupakan keturunan Allah, kita tidak harus berfikir bahawa Keilahian itu adalah seperti emas, atau perak, atau batu, atau apa pun ukiran daripada kesenian dan kepandaian manusia.

30Dan terhadap waktu-waktu kejahilan ini telah Allah menutupi mata; tetapi sekarang memerintahkan semua manusia di mana-mana untuk bertaubat:

31Kerana dia telah menentukan suatu hari, yang pada hari itu dia akan menghakimi dunia dalam kewajaran melalui manusia itu yang telah dia tahbiskan; dengannya dia telah memberi kepastian kepada semua manusia, iaitu kerana dia telah membangkitkannya daripada kematian.

32Dan sesudah mereka mendengar akan kebangkitan orang mati, sesetengah daripada mereka mengolok-olok: dan yang lain berkata, Kami akan mendengar kamu lain kali akan hal ini.

33Maka Paulus bertolak dari antara mereka.

34Walau bagaimanapun sesetengah orang berpaut kepadanya, dan percaya: di kalangan mereka ialah Dionisius orang Areopagus, dan seorang perempuan yang bernama Damaris, dan orang lain bersama mereka.