Acts 16

Kisah 16

1Kemudian datanglah dia ke Derbe dan Listra: dan, lihatlah, adanya seorang murid yang berada di sana, yang bernama Timotius, anak kepada salah seorang perempuan, yang Yahudi, dan yang percaya; tetapi ayahnya seorang Yunani:

2Dia ada laporan yang baik daripada saudara-saudara yang berada di Listra dan Ikonium.

3Dia itulah yang diingini Paulus untuk maju bersamanya; dan Paulus membawanya dan menyunatnya kerana orang Yahudi yang berada di kawasan itu: kerana mereka semua tahu bahawa ayahnya orang Yunani.

4Dan sementara mereka melalui kota-kota itu, mereka menyampaikan kepada orang dekri-dekri untuk dipegang, yang telah ditahbiskan para rasul dan para penatua yang berada di Yerusalem.

5Dengan demikian gereja-gereja dimantapkan dalam iman, dan harian bertambah bilangannya.

6Dalam pada itu, sesudah mereka menjelajah menerusi seluruh Frigia dan wilayah Galatia, dan telah dilarang Roh Kudus untuk mengkhutbahkan firman di Asia,

7Sesudah mereka sampai ke Mysia, mereka cuba pergi ke Bitinia: tetapi Roh tidak mengizinkan mereka.

8Dan mereka sementara melintasi Mysia telah datang ke Troas.

9Dan suatu penglihatan muncul ke Paulus pada waktu malam; Di sana berdirilah seorang lelaki Makedonia, dan bermohon kepadanya, dengan berkata, Datanglah ke Makedonia, dan bantulah kami.

10Dan sesudah dia melihat penglihatan itu, dengan serta-merta kami berusaha untuk pergi ke Makedonia, dengan pasti menyimpul bahawa Tuhan telah memanggil kami untuk mengkhutbahkan injil kepada mereka.

11Oleh sebab itu, sesudah bertolak dari Troas, kami langsung terus ke Samotrake, dan pada hari kemudian ke Neapolis;

12Dan dari situ ke Filipi, yang merupakan kota utama bahagian Makedonia, dan sebuah kota koloni: dan kami berada di kota itu dan berdiam untuk beberapa hari.

13Dan pada hari Sabat kami pergi ke luar kota di tepi sungai, iaitu tempat yang doa dinaikkan; dan kami duduk, dan berbicara kepada perempuan yang berkumpul di situ.

14Dan salah seorang perempuan yang bernama Lidia, seorang penjual kain ungu, dari kota Tiatira, yang bersembahyang kepada Allah, mendengar kami: Tuhan membuka hatinya, sehingga dia memberi perhatian kepada apa yang dikatakan Paulus.

15Dan sesudah dia dibaptis, dan seisi keluarganya, dia sungguh bermohon kepada kami dengan berkata, Jika kamu telah menanggap aku sebagai setia kepada Tuhan, datanglah ke rumahku, dan berdiam di sana. Dan dia mendesak kami.

16Dan terjadilah, sementara kami pergi untuk berdoa, salah seorang gadis yang dirasuk roh penenungan bertemu dengan kami, yang telah membawa banyak untung kepada tuannya melalui penenungannya:

17Dia itu mengikut Paulus dan kami, lalu berseru, dengan berkata, Para lelaki ini ialah hamba-hamba Allah Yang Maha Tinggi, yang menunjukkan kepada kita jalan keselamatan.

18Dan ini dilakukannya banyak hari. Tetapi Paulus, sementara berasa sangat terganggu, berpaling lalu berkata kepada roh itu, aku memerintahkan kamu dalam nama Yesus Kristus untuk keluar daripadanya. Dan roh itu keluar pada jam yang sama itu.

19Dan sesudah para tuannya nampak bahawa harapan keuntungan mereka sudah lesap, mereka menangkap Paulus dan Silas, lalu melemparkan mereka ke kawasan pasar menghadap para penguasa,

20Lalu membawa mereka kepada para majistret, dengan berkata, Orang-orang ini, sementara orang Yahudi, memang teramat menyusahkan kota kita,

21Dan mengajar adat istiadat, yang tidak menuruti undang-undang supaya baik diterima mahupun untuk diperhatikan kita tidak, sementara merupakan rakyat Rom.

22Dan orang ramai bangkit bersama menentang mereka: dan orang majistret mengoyak baju mereka, dan memberi perintah untuk memukul mereka.

23Dan setelah orang ramai mengenakan banyak sebatan ke atas mereka, mereka membuang mereka ke dalam penjara, sedang kala menugaskan penjaga penjara untuk menjaga mereka dengan selamat:

24Yang, setelah menerima tugas demikian, menolak mereka ke dalam penjara yang dalam sekali, dan mengikat kaki mereka dengan belenggu.

25Dan pada waktu tengah malam Paulus dan Silas berdoa, dan menyanyi pujian kepada Allah: dan sekalian orang terpenjara mendengar mereka.

26Dan tiba-tiba ada suatu gempa bumi yang besar, sehingga dasar penjara itu tergoncang: dan dengan serta-merta semua pintu terbuka, dan setiap belenggu orang dilonggarkan.

27Dan penjaga penjara sementara bangun dari tidurnya, dan melihat pintu-pintu penjara terbuka, dia menghunus pedangnya, lalu sudah mungkin membunuh dirinya, dengan anggapan bahawa para banduan penjara sudah melarikan diri.

28Tetapi Paulus berseru dengan suara yang lantang, dengan berkata, Jangan apa-apakan dirimu: sebab kami semua ada di sini.

29Kemudian dia memanggil untuk pelita, dan lari ke dalam, lalu datang dengan gementar, dan tersungkur di hadapan Paulus dan Silas,

30Dan membawa mereka keluar, dan berkata, Tuan-tuan, apakah yang harus dibuat aku untuk diselamatkan?

31Dan mereka berkata, Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus, dan kamu akan diselamatkan, dan seisi rumahmu.

32Dan mereka menceritakan firman Tuhan kepadanya, dan kepada semua yang ada di dalam rumahnya.

33Dan penjaga penjara itu membawa mereka pada jam yang sama malam itu, dan membasuh bilur-bilur mereka; dan dia dibaptis, dia bersama-sama semua orang kepunyaannya, sejurus kemudian.

34Dan sesudah dia membawa mereka ke dalam rumahnya, dia menghidangkan makanan di depan mereka, dan bersukacita, sementara percaya dalam Allah dengan seluruh rumah tangganya.

35Dan sesudah hari siang, para majistret mengutus para sarjan, dengan berkata, Lepaskanlah orang-orang itu.

36Dan penjaga penjara menyampaikan berita itu kepada Paulus, Para majistret telah mengutus orang untuk melepaskanmu: oleh sebab itu, berangkatlah dan pergi dengan damai.

37Tetapi Paulus berkata kepada mereka, Mereka telah memukul kami dengan terbuka tanpa apa kesalahan, sementara kami rakyat Rom, dan telah melemparkan kami ke dalam penjara; dan sekarang mereka mahu membuang kami ke luar secara selindung-selindung? Sesungguhnya tidak; tetapi biar mereka sendiri datang untuk membawa kami keluar.

38Dan para sarjan memberitahu ini kepada para majistret: dan para majistret menjadi takut ketika mendengar bahawa mereka merupakan rakyat Rom.

39Dan mereka datang untuk merayu kepada mereka, lalu membawa mereka keluar, dan harap untuk mereka meninggalkan kota itu.

40Dan mereka keluar dari penjara, lalu masuk ke rumah Lidia: dan sesudah mereka melihat saudara-saudara, mereka menghiburkan mereka lalu berangkat pergi.