Daniel 1

Daniel 1

1Pada tahun ketiga pemerintahan Yoyakim, raja Yehuda, datanglah Nebukadnezar, raja Babel, ke Yerusalem, dan mengepung kota itu.

2Dan Tuhan menyerahkan Yoyakim, raja Yehuda kepada tangannya, dengan sebahagian perkakas-perkakas rumah Allah: yang dia bawa ke tanah Sinear ke rumah allahnya; dan dia membawa perkakas-perkakas ke dalam perbendeharaan rumah allahnya.

3Dan raja berbicara kepada Aspenas, kepala para sidanya, supaya dia harus membawa sesetengah daripada bani Israel, dan daripada benih raja, dan daripada para penguasa;

4Orang muda yang tiada cela, tetapi sungguh diredai, dan mahir dalam segala hikmah, dan bijaksana dalam pengetahuan, dan memahami sains, dan jenis orang yang ada kemampuan untuk berdiri di istana raja, dan yang dapat diajar pendidikan dan bahasa orang Kasdim.

5Dan raja memperuntukkan kepada mereka bekalan harian makanan raja, dan wain yang diminuminya: dan dengan demikian menyuburkan mereka tiga tahun supaya pada akhir waktu itu mereka dapat berdiri di hadapan raja.

6Dalam pada itu, di kalangan mereka ada bani Yehuda, yakni Daniel, Hananya, Misael, dan Azarya:

7Yang kepada mereka ketua sida memberi mereka nama: sebab dia memberi kepada Daniel nama Beltesyazar; dan kepada Hananya nama Sadrakh; dan kepada Misael nama Mesakh; dan kepada Azarya nama Abednego.

8Tetapi Daniel telah bertekad dalam hatinya supaya dia tidak akan mencemarkan diri dengan bahagian makanan raja, dan juga dengan wain yang raja minum: maka dia membuat permohonan kepada ketua para sida supaya dia tidak mencemarkan dirinya sendiri.

9Dalam pada itu, TUHAN telah mendatangkan kepada Daniel keredaan dan kasih sayang daripada ketua sida.

10Dan penguasa para sida berkata kepada Daniel, aku takut akan tuanku raja, yang telah memperuntukkan makanan kalian dan minuman kalian: sebab mengapakah dia patut melihat wajah kalian lebih buruk daripada sebaya-sebayamu? maka kalian akan mempertaruhkan kepalaku kepada raja.

11Kemudian berkatalah Daniel kepada Melzar, yang penguasa para sida telah menugasi atas Daniel, Hananya, Misael, dan Azarya,

12Ujilah hamba-hambamu, aku merayu kepadamu, untuk sepuluh hari; dan biar mereka memberi kami kekacang untuk dimakan, dan air untuk diminum.

13Kemudian biar wajah-wajah kami dipandang di depanmu, dan wajah-wajah orang muda yang makan dari bahagian makanan raja: dan seperti yang dilihatmu, beruruslah dengan hamba-hambamu.

14Maka dia mengizinkan mereka dalam hal ini, dan menguji mereka untuk sepuluh hari.

15Dan pada akhir sepuluh hari itu, wajah-wajah mereka nampak lebih cerah dan gemuk dengan daging melebihi semua orang muda yang makan daripada bahagian makanan raja.

16Dengan itu, Melzar mengambil bahagian maknaan mereka, dan wain yang sepatutnya mereka minum; lalu memberi mereka kekacang.

17Dan bagi empat orang muda ini, Allah memberi mereka pengetahuan dan kemahiran dalam segala pembelajaran dan hikmah: dan Daniel ada pemahaman dalam segala penglihatan dan mimpi.

18Dalam pada itu, pada akhir tempoh hari yang dititahkan raja untuk membawa mereka masuk, penguasa sida membawa mereka menghadap Nebukadnezar.

19Dan raja bersekutu dengan mereka; dan di antara mereka semua tiada yang ditemui seperti Daniel, Hananya, Misael dan Azarya: maka mereka yang menghadap raja.

20Dan di dalam semua hal hikmah dan pemahaman, yang ditanya raja kepada mereka, raja mendapati bahawa mereka sepuluh kali ganda lebih baik daripada semua ahli sihir dan ahli nujum yang ada di seluruh kerajaannya.

21Dan Daniel kekal sampai tahun pertama raja Cyrus.