Daniel 2

Daniel 2

1Dan pada tahun kedua pemerintahan Nebukadnezar, Nebukadnezar telah memimpikan mimpi, yang dengan itu rohnya gelisah dan tidurnya pun tidak lena.

2Kemudian raja memerintahkan para ahli sihir, dan para ahli nujum, sihir lelaki, dan orang Kasdim, untuk menunjukkan kepada raja mimpinya itu. Maka mereka datang dan berdiri di hadapan raja.

3Dan raja berkata kepada mereka, aku telah memimpikan sebuah mimpi, dan rohku gelisah untuk mengenal mimpi itu.

4Kemudian berbicaralah orang Kasdim kepada raja dalam bahasa Siria, O raja, hiduplah untuk selamanya: beritahulah hamba-hambamu mimpi itu, dan kami akan menunjukkan tafsirannya.

5Dan raja menjawab dan berkata kepada orang Kasdim, Perkara itu sudah lesap daripada diriku: jika kalian tidak menyatakan kepada diriku mimpi itu, dengan tafsirannya, maka kalian akan dikerat-kerat dan rumah-rumah kalian akan dijadikan timbunan najis.

6Tetapi jika kalian menunjukkan mimpi itu, dan tafsirannya, kalian akan menerima daripadaku hadiah dan ganjaran dan kehormatan besar: oleh sebab itu, tunjukkanlah aku mimpi itu, dan tafsirannya.

7Mereka menjawab semula dan berkata, Biarlah raja memberitahu hamba-hambanya mimpi itu, dan kami akan menunjukkan tafsirannya.

8Raja menjawab dan berkata, Aku tahu dengan pasti bahawa kalian mahu melalaikan masa, kerana kalian melihat perkara itu sudah lesap daripada diriku.

9Tetapi jika kalian tidak menyatakan kepada diriku mimpi itu, hanya tinggal satu dekri untuk kalian: sebab kalian sudah menyiapkan dusta dan kata-kata tercemar untuk dibicarakan di hadapanku, sehingga waktunya berubah: oleh sebab itu, beritahulah aku mimpi itu, dan aku akan tahu bahawa kalian boleh menunjukkanku tafsirannya.

10Orang Kasdim menjawab di hadapan raja, dan berkata, Tidak seorang pun di bumi ini dapat menunjukkan perkara raja: oleh sebab itu, tidak pernah ada raja, tuan, atau pemerintah, yang meminta perkara sebegitu kepada mana-mana ahli sihir, ahli nujum atau orang Kasdim.

11Dan ia perkara yang jarang yang dituntut raja, dan tiada orang lain yang dapat menunjukkan itu di hadapan raja, kecuali allah-allah, yang kediamannya bukan dengan daging.

12Demi itu, raja beroleh marah dan sungguh berang, dan memerintahkan supaya membinasakan semua orang bijaksana Babel.

13Dan dekri itu diumumkan supaya orang bijaksana harus dibunuh; dan mereka mencari Daniel dan teman-teman sebayanya untuk dibunuh.

14Kemudian Daniel menjawab dengan nasihat dan hikmah kepada Ariokh, ketua para penjaga raja, yang telah maju untuk membunuh orang berhikmah Babel.

15Dia menjawab dan berkata kepada Ariokh, hulubalang raja, Mengapakah dekri itu sebegitu terburu-buru daripada raja? Kemudian Ariokh menyatakan hal itu kepada Daniel.

16Kemudian Daniel masuk, dan mengingini daripada raja supaya raja akan memberinya masa, dan bahawa dia akan menunjukkan raja tafsiran itu.

17Kemudian Daniel memasuki rumahnya, dan menyatakan perkara itu kepada Hananya, Misael, dan Azarya, teman-temannya:

18Supaya mereka akan mengingini belas kasihan Allah syurga berkenaan rahsia itu; supaya Daniel dan teman-temannya tidak akan binasa dengan semua orang berhikmah Babel.

19Kemudian rahsia itu dinyatakan kepada Daniel di dalam penglihatan malam. Lalu Daniel memuji Allah syurga.

20Daniel menjawab dan berkata, Terpujilah nama Allah untuk selama-lamanya: sebab hikmah dan kekuatan kepunyaannya:

21Dan dia mengubahkan waktu dan musim: dia menyingkirkan raja, dan menegakkan raja: dia memberi hikmah kepada yang berhikmah, dan pengetahuan kepada mereka yang mengenal pemahaman.

22Dia menyatakan hal-hal yang dalam dan yang rahsia: dia tahu apa yang ada dalam kegelapan, dan cahaya berdiam bersamanya.

23Aku bersyukur kepadamu, dan memujimu, Ya Allah bapa-bapa leluhurku, yang telah memberiku hikmah dan kekuatan, dan telah menyatakan kepadaku sekarang apa yang diingini kami daripadamu: sebab engkau sudah sekarang menyatakan kepada kami perkara raja.

24Oleh sebab itu, Daniel masuk menghadap Ariokh, yang telah ditahbis raja untuk membinasakan orang bijaksana Babel: Daniel pergi dan berkata demikian kepadanya; Jangan membinasakan orang bijaksana Babel: bawalah aku masuk menghadap raja, dan aku akan menunjuk kepada raja tafsiran itu.

25Kemudian Ariokh membawa Daniel masuk menghadap raja bergegas-gegas, lalu berkata demikian kepada raja, Aku telah menemui orang dari kalangan orang tawanan Yehuda, yang akan menyatakan kepada raja tafsiran itu.

26Raja berjawab dan berkata kepada Daniel, yang namanya Beltesazar, Dapatkah kamu menyatakan kepadaku mimpi yang telah dilihatku, dan tafsirannya?

27Daniel menjawab di kehadiran raja, dan berkata, Rahsia yang telah dituntut raja tidak dapat ditunjukkan para orang bijaksana, ahli nujum, ahli sihir, tukang ramal, kepada raja;

28Tetapi ada Allah di syurga yang menyatakan rahsia, dan menjadikan raja Nebukadnezar tahu apa yang akan terjadi pada zaman akhir. Mimpimu, dan penglihatan-penglihatan yang ada dalam fikiranmu ketika di katil, adalah ini;

29Bagimu, ya raja, fikiranmu timbul di dalam mindamu ketika di katilmu, tentang apa yang akan datang selepas ini: dan dia yang menyatakan rahsia menjadikanmu tahu apa yang akan terjadi.

30Tetapi bagiku, rahsia ini bukan dinyatakan kepadaku kerana apa pun hikmah yang ada padaku melebihi sesiapa pun yang hidup, tetapi demi mereka itu akan dinyatakan tafsirannya kepada raja, dan supaya kamu dapat tahu fikiran-fikiran hatimu.

31Kamu, ya raja, nampak dan melihat suatu patung yang besar. Patung besar ini, yang kecerahannya sungguh cemerlang, berdiri di hadapanmu; dan bentuknya sungguh dahsyat.

32Kepala patung ini diperbuat daripada emas tulen, dadanya dan lengannya daripada perak, perutnya dan pahanya daripada gangsa,

33Betisnya daripada besi, kakinya separuh daripada besi dan separuh daripada tanah liat.

34Kamu nampak sehingga suatu batu yang dipotong keluar tanpa penggunaan tangan, yang menimpa patung itu di kakinya yang separuh daripada besi dan separuh daripada tanah liat, dan memecahkannya sehingga hancur berkecai.

35Maka besi, tanah liat, gangsa, perak, dan emas itu, dipecahkan sehingga hancur berkecai sama sekali, dan menjadi seperti sekam di pengirikan bijirin musim panas; dan angin membawanya pergi, sehingga tiada mana-mana tempat pun bagi mereka: dan batu yang menimpa patung itu menjadi suatu gunung yang besar, lalu mengisi seluruh bumi.

36Itulah mimpinya; dan kami akan memberitahu tafsirannya di hadapan raja.

37Kamu, ya raja, ialah raja segala raja: sebab Allah syurga telah memberimu suatu kerajaan, kuasa, dan kekuatan, dan kemuliaan.

38Dan mana-mana tempat yang didiami umat manusia, dan binatang-binatang di ladang dan burung-burung di syurga telah dia serah ke dalam tanganmu, dan telah menjadikanmu penguasa ke atas mereka semua. Kamu ialah kepala emas ini.

39Dan selepas kamu akan bangkit suatu kerajaan yang lain yang lebih rendah daripada kamu, dan suatu lagi kerajaan ketiga yang gangsa, yang akan memegang pemerintahan atas seluruh bumi.

40Dan kerajaan keempat akan menjadi kuat seperti besi: sebab sebanyak semana besi memecah sehingga hancur berkecai dan menakluk segala apa pun: dan seperti besi yang memecah segalanya ini, ia akan memecah sehingga hancur berkecai dan menumbuk.

41Dan seperti yang kamu telah melihat kaki dan jari kakinya, separuh daripada tanah liat tukang periuk, dan separuh daripada besi, demikian kerajaan itu akan terbahagi; tetapi akan ada di dalamnya kekuatan besi, sebanyak mana yang kamu nampak besi bercampur dengan tanah liat lumpur.

42Dan seperti jari-jari kaki itu separuh daripada besi, dan separuh daripada tanah liat, demikian juga kerajaan itu akan separuh kuat, dan separuh berkecai.

43Dan seperti yang kamu melihat besi bercampur dengan tanah liat lumpur, mereka akan saling bercampur dengan benih manusia: tetapi mereka tidak akan berpaut kepada satu sama lain, sama seperti besi tidak bercampur dengan tanah liat.

44Dan pada zaman raja-raja ini akan Allah dari syurga menubuhkan suatu kerajaan, yang tidak akan dibinasakan: dan kerajaan itu tidak akan ditinggalkan bagi umat yang lain, tetapi ia akan memecahkan sehingga hancur berkecai dan menghabiskan semua kerajaan ini, dan ia akan teguh berdiri untuk selama-lamanya.

45Sebab sebanyak semana kamu nampak batu yang dipotong keluar daripada gunung tanpa penggunaan tangan, dan bahawa ia memecah sehingga hancur berkecai besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas; Allah Yang Maha Besar telah menjadikan raja tahu apa yang akan terjadi selepas ini: dan mimpi itu sudah tentu, dan tafsirannya pasti.

46Kemudian raja Nebukadnezar jatuh tersungkur, dan menyembah Daniel, dan memerintahkan supaya mereka harus mempersembahkan korban dan bau-bau yang harum kepadanya.

47Raja menjawab Daniel, dan berkata, Sememangnya ia kebenaran, bahawa Allah kalian ialah Allah segala allah, dan Tuan segala raja, dan penyingkap rahsia, memandangkan kamu dapat menyingkapkan rahsia ini.

48Kemudian raja menjadikan Daniel seorang pembesar, dan memberinya banyak pemberian yang besar, dan menjadikannya pemerintah atas seluruh wilayah Babel, dan ketua segala gabenor atas segala orang bijaksana Babel.

49Kemudian Daniel membuat permohonan kepada raja, dan dia menetapkan Shadrakh, Mesakh, dan Abednego, atas urusan-urusan wilayah Babel: tetapi Daniel menduduki pintu gerbang raja.