Daniel 4

Daniel 4

1Nebukadnezar, raja, kepada segala bangsa, negeri, dan bahasa, yang berdiam di bumi; Damai sejahtera ditambahkan kepada kalian.

2Aku fikir ia baik untuk menunjukkan tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban Yang Maha Tinggi telah tempa terhadapku.

3Betapa besarnya tanda-tandanya! dan betapa kuat keajaibannya! kerajaannya ialah kerajaan abadi, dan kekuasaannya adalah dari generasi ke generasi.

4Aku Nebukadnezar sedang berdiam di dalam rumahku, dan sedang menghidupi kemewahan di istanaku:

5Aku nampak suatu mimpi yang menjadikanku takut, dan fikiran pada katilku dan penglihatan dalam mindaku menyusahkanku.

6Oleh sebab itu aku mengeluarkan suatu dekri untuk membawa semua orang berhikmah dari Babel ke hadapanku, supaya mereka mungkin menerangkan kepadaku tafsiran mimpi itu.

7Kemudian datanglah para ahli sihir, para ahli nujum, para Kasdim, dan para tukang ramal: dan aku memberitahu mimpi itu kepada mereka; tetapi mereka tidak dapat menerangkan kepadaku tafsirannya.

8Tetapi pada akhirnya Daniel masuk di hadapanku, yang namanya Beltesazar menurut nama dewaku, dan yang di dalamnya ada roh allah-allah yang kudus: dan kepadanya aku memberitahu mimpi itu, dengan berkata,

9Ya Beltesazar, tuan segala ahli sihir, kerana aku tahu bahawa roh allah-allah kudus ada di dalammu, dan tiada rahsia yang menyusahkanmu, beritahuku penglihatan-penglihatan mimpiku yang telah kulihat, dan tafsirannya.

10Demikianlah penglihatan-penglihatan mindaku di atas katilku; Aku nampak, dan melihat adanya sebatang pokok di tengah-tengah bumi, dan ketinggiannya sungguh besar.

11Pokok itu membesar, dan adalah kuat, dan ketinggiannya mencapai ke syurga, dan pemandangannya adalah kepada seluruh hujung bumi:

12Daun-daunnya indah, dan buahnya banyak, dan di dalamnya ada makanan untuk semua: segala binatang padang di bawahnya dibayangi, dan burung-burung syurga berdiam di dahan-dahannya, dan segala yang daging diberi makan daripadanya.

13Aku nampak penglihatan-penglihatan mindaku di atas katilku, dan lihatlah, seorang pemerhati dan yang kudus turun dari syurga;

14Dia berseru lantang, dan berkata demikian, Tebangkanlah pokok itu, dan potong dahan-dahannya, goncang gugur daun-daunnya, dan serakkan buahnya: biar binatang-binatang dijauhkan dari bawahnya, dan burung-burung dari dahan-dahannya:

15Namun demikian, tinggalkan tunggul akarnya di bumi diikat dengan rantai besi dan gangsa, di rumput muda di padang; dan biar ia dibasahi embun syurga, dan biar bahagiannya dijadikan bersama binatang-binatang di rumput bumi:

16Biar hatinya diubah daripada hati manusia, dan biar hati binatang diberi kepadanya; dan biar tujuh masa berlalu baginya.

17Hal ini adalah menurut dekri para pemerhati, dan tuntutan oleh perkataan para orang kudus: bagi niat supaya orang yang hidup tahu bahawa Yang Maha Tinggi berkuasa di kerajaan manusia, dan memberinya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, dan menegakkan ke atasnya manusia yang paling hina.

18Mimpi ini telah aku Nebukadnezar nampak. Sekarang kamu, ya Beltesazar, isytiharkan tafsirannya, sebab semua orang berhikmah di kerajaanku tidak mampu memberitahuku tafsirannya: tetapi kamu mampu; sebab roh allah-allah kudus ada di dalammu.

19Kemudian Daniel, yang namanya, Beltesazar, tertegun untuk satu jam, dan fikiran-fikirannya menyusahkannya. Raja berbicara, dan berkata, Beltesazar, jangan biar mimpi itu, atau tafsirannya, menyusahkanmu. Beltesazar menjawab dan berkata, Tuanku, biar mimpi itu dijadikan kepada mereka yang membencimu, dan biar tafsirannya dijadikan kepada musuh-musuhmu.

20Pokok yang kamu nampak, yang bertambah besar, dan yang kuat, yang ketinggiannya mencapai ke syurga, dan pemandangannya adalah ke seluruh bumi;

21Yang daun-daunnya indah, dan buahnya banyak, dan di dalamnya ialah makanan bagi semua; yang di bawahnya binatang-binatang padang berdiam, dan di atas ranting-rantingnya burung-burung syurga ada kediamannya:

22Itulah tuanku, ya raja, yang telah membesar dan menjadi kuat: sebab kebesaranmu sudah bertambah, dan mencapai sampai ke syurga, dan kekuasaanmu sampai ke hujung bumi.

23Dan sementara raja nampak seorang pemerhati dan yang kudus turun dari syurga, dan berkata, Tebangkanlah pokok itu, dan binasakannya; namun tinggalkanlah tunggul akarnya di bumi diikat dengan rantai besi dan gangsa, di rumput muda di padang; dan biar ia dibasahi embun syurga, dan biar bahagiannya dijadikan bersama binatang-binatang di rumput bumi, sehingga tujuh masa berlalu baginya;

24Inilah tafsirannya, ya raja, dan inilah dekri Yang Maha Tinggi, yang datang kepada tuanku raja:

25Bahawasannya mereka akan menghalau tuanku dari manusia, dan tempat kediamanmu akan berada bersama binatang-binatang di padang, dan mereka akan menjadikan tuanku makan rumput seperti lembu, dan mereka akan membasahimu dengan embun syurga, dan tujuh masa akan berlalu bagimu, sehingga kamu tahu bahawa Yang Maha Tinggi memerintah di atas kerajaan manusia, dan memberinya kepada sesiapa pun yang diingininya.

26Dan di bahagian mereka memerintahkan untuk meninggalkan tunggul akar-akar pokok; kerajaanmu akan terjamin bagi tuanku, setelah tuanku telah mengenal bahawa syurga memang memerintah.

27Oleh sebab itu, ya raja, kiralah nasihat hamba berkenan kepada tuanku, dan tinggalkanlah dosa-dosa tuanku dengan melakukan kebenaran, dan ketidakadilanmu dengan berbelas kasihan kepada orang miskin; jika ia mungkin dapat memperlanjutkan masa ketenteraman tuanku.

28Segalanya ini terjadi atas raja Nebukadnezar.

29Pada akhir dua belas bulan dia berjalan di istana kerajaan Babel.

30Raja berbicara, dan berkata, Bukankah ini Babel yang besar itu, yang telah kubina oleh kekuatan kuasaku, dan bagi kehormatan keagunganku?

31Sementara kata-kata itu masih berada di mulut raja itu, ada suara yang turun dari syurga, dengan berkata, Ya raja Nebukadnezar, kepadamu sudah dibicarakan; Kerajaan sudah beralih daripadamu.

32Dan mereka akan menghalaumu dari kalangan manusia, dan tempat kediamanmu akan berada dengan binatang-binatang di padang: mereka akan menjadikanmu makan rumput seperti lembu, dan tujuh masa akan berlalu bagimu, sehingga kamu tahu bahawa Yang Maha Tinggi memerintah di kerajaan manusia, dan memberinya kepada sesiapa pun yang diingininya.

33Pada waktu yang sama, hal itu digenapi atas Nebukadnezar: dan dia dihalau dari kalangan manusia, dan memang makan rumput seperti lembu, dan tubuhnya dibasahi dengan embun syurga, sehingga rambutnya bertumbuh seperti bulu burung helang, dan kukunya seperti kuku burung.

34Dan pada penghujung hari-hari itu, aku, Nebukadnezar mengangkat mataku ke syurga, dan kewarasanku kembali kepadaku. Dan aku memuji yang Mahatinggi, dan aku memuji dan memuliakan dia yang hidup selama-lamanya, yang ketakhtaannya ialah ketakhtaan yang abadi, dan kerajaanNya adalah dari generasi ke generasi:

35Dan semua penghuni di bumi dianggap sebagai kosong; dan dia berbuat menurut kehendaknya terhadap angkatan di syurga, dan terhadap penghuni di bumi: dan tidak seorang pun yang dapat menahan tangannya, atau berkata kepadanya, Apakah yang engkau buat?

36Pada masa yang sama, akalku kembali kepadaku; dan bagi kemuliaan kerajaanku, kehormatanku dan kebijaksanaanku kembali kepadaku; dan para penasihatku dan para pembesarku kembali mencariku; dan aku dimantapkan di dalam kerajaanku, dan keagungan yang cemerlang ditambahkan kepadaku.

37Maka sekarang aku, Nebukadnezar, memuji dan meninggikan dan memuliakan Raja syurga, iaitu dia yang segala pekerjaannya benar, dan jalan-jalannya adil: dan sesiapa yang berjalan dalam keangkuhan dapat direndahkannya.