1Raja Nebukadnezar membuat sebuah patung emas yang tingginya tiga kali dua puluh hasta, dan lebarnya enam hasta: dia mendirikannya dia dataran Dura, di wilayah Babel.
2Kemudian raja Nebukadnezar mengutus bersama para penguasa, para gabenor, dan para penghulu, dan para hakim, dan para bendahara, dan para penasihat, dan para syerif, dan semua pemerintah wilayah-wilayah, untuk menghadiri pentahbisan patung yang didirikan raja Nebukadnezar.
3Kemudian para penguasa, para gabenor, dan para penghulu, dan para hakim, dan para bendahara, dan para penasihat, dan para syerif, dan para pemerintah wilayah berhimpun bersama bagi pentahbisan patung itu yang didirikan raja Nebukadnezar; dan mereka berdiri di hadapan patung itu yang didirikan raja Nebukadnezar.
4Kemudian seorang bentara berseru dengan lantang, Kepada kalian ia diperintahkan, Hai rakyat, bangsa-bangsa, dan bahasa-bahasa,
5Bahawa pada bila-bila masa kalian mendengar bunyi kornet, seruling, kecapi, sakbut, salteri, dulsimer, dan segala macam muzik, kalian akan rebah dan bersembahyang kepada patung emas yang didirikan Nebukadnezar:
6Dan barang siapa yang tidak rebah dan bersembahyang akan pada jam yang sama itu dilemparkan ke tengah-tengah perapian yang menyala-nyala.
7Oleh sebab itu, pada waktu itu, ketika semua rakyat mendengar bunyi kornet, seruling, kecapi, sakbut, salteri, dan segala macam muzik, semua rakyat, bangsa-bangsa, dan bahasa-bahasa, rebah dan bersembahyang kepada patung emas yang didirikan raja Nebukadnezar.
8Lantaran itu, pada waktu itu, sesetengah orang Kasdim menampil diri, dan menuduh orang Yahudi.
9Mereka berbicara dan berkata kepada raja Nebukadnezar, Ya raja, hidup selamanya.
10Engkau, ya raja, telah membuat dekri, supaya setiap orang yang mendengar bunyi kornet, seruling, kecapi, sakbut, salteri, dan dulsimer, dan segala macam muzik, akan rebah dan bersembahyang kepada patung berhala:
11Dan orang yang gagal untuk rebah dan bersembahyang, supaya dia dilemparkan ke tengah-tengah perapian yang menyala-nyala.
12Ada sesetengah orang Yahudi yang telah ditempatkan kamu atas urusan-urusan wilayah Babel, yakni Sadrakh, Mesakh, dan Abednego; mereka ini, ya raja, tidak mengendahkanmu: mereka tidak melayani allah-allahmu, dan juga tidak bersembahyang kepada patung emas yang telah didirikanmu itu.
13Kemudian raja Nebukadnezar dalam keberangan dan kemarahannya memerintah supaya membawa Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Kemudian mereka membawa para lelaki ini menghadap raja.
14Nebukadnezar berbicara dan berkata kepada mereka, Adakah ini benar, hai Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, bahawa kalian tidak melayani allah-allahku, dan juga tidak bersembahyang kepada patung emas yang telah didirikanku?
15Sekarang, jika kalian siap pada bila-bila masa kalian mendengar bunyi kornet, seruling, kecapi, sakbut, salteri, dan dulsimer, dan segala macam muzik, dan kalian rebah dan bersembahyang kepada patung yang telah dibuat aku; maka eloklah demikian: tetapi jika kalian tidak bersembahyang, maka kalian akan pada jam yang sama itu dilempar ke tengah-tengah perapian yang menyala-nyala; dan siapakah Allah itu yang akan melepaskan kalian dari tanganku?
16Sadrakh, Mesakh dan Abednego menjawab dan berkata kepada raja, Wahai Nebukadnezar, kami tidak khuatir untuk menjawabmu dalam hal ini.
17Kalau demikian, maka Allah yang dilayani kami mampu menyelamatkan kami dari perapian yang menyala-nyala itu, dan dia akan melepaskan kami dari tanganmu, ya raja.
18Tetapi kalau tidak demikian, biar ia dimaklumkan kepadamu, wahai raja, bahawa kami tidak akan melayani allah-allahmu, dan juga tidak akan bersembahyang kepada patung emas yang telah didirikanmu.
19Kemudian Nebukadnezar penuh berang, dan bentuk wajahnya berubah terhadap Sadrakh, Mesakh, dan Abednego: maka dia berbicara, dan memerintahkan supaya orang memanaskan perapian itu tujuh kali lebih daripada kehangatan biasa.
20Dan dia memerintahkan orang-orang yang paling kuat yang dari kalangan tenteranya untuk mengikat Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, dan untuk melemparkan mereka ke dalam perapian yang menyala-nyala.
21Kemudian lelaki-lelaki itu diikat dengan jubah mereka, celana mereka, dan topi mereka, dan pakaian-pakaian mereka yang lain, lalu dilemparkan ke tengah-tengah perapian yang menyala-nyala.
22Oleh sebab itu, kerana titah raja itu mendesak, dan perapian itu teramat panas, nyala api itu membunuh orang yang membawa Sadrakh, Mesakh, dan Abednego ke atas.
23Dan ketiga-tiga lelaki itu, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, rebah dengan terikat di tengah-tengah perapian yang menyala-nyala.
24Kemudian raja Nebukadnezar tertakjub, dan bergegas bangkit, dan berbicara, dan berkata kepada para penasihatnya, Bukankah kami melemparkan tiga orang terikat ke tengah-tengah api? Mereka menjawab dan berkata kepada raja. Benar, ya raja.
25Dan dia menjawab dan berkata, Lihatlah, aku nampak empat orang yang bebas berjalan di tengah-tengah api, dan mereka tidak dilukakan; dan bentuk orang yang keempat itu adlaah seperti Anak Allah.
26Kemudian Nebukadnezar menghampiri mulut perapian yang menyala-nyala, dan berbicara, dan berkata, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, kalian hamba-hamba Allah Yang Maha Tinggi, keluarlah, dan datang ke sini. Kemudian Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, keluar dari tengah-tengah api itu.
27Dan para penguasa, para gabenor, dan para penghulu, dan para penasihat raja, sementara berhimpun bersama, nampak lelaki-lelaki itu, yang tubuh mereka tidak dikuasai api, dan tidak sehelai rambut mereka pun hangus, dan jubah mereka pun tidak berubah, dan bau bakar api pun tidak ada pada mereka.
28Kemudian Nebukadnezar berbicara, dan berkata, Terpujilah Allah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, yang telah mengutus malaikatnya, dan yang telah melepaskan hamba-hambanya yang percaya kepadanya, dan telah mengubahkan titah raja, dan mengabdikan tubuh-tubuh mereka, supaya mereka tidak melayani atau bersembahyang kepada mana-mana allah, kecuali Allah mereka sendiri.
29Maka aku membuat pengisytiharaan, Supaya setiap bangsa, negara, dan bahasa, yang mengucapkan apa pun yang tidak elok terhadap Allah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, dikerat-kerat, dan rumah mereka dijadikan timbunan najis: kerana tiada lagi Allah yang dapat melepaskan dengan cara sedemikian.
30Kemudian raja menaikkan pangkat Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, di wilayah Babel.