Deuteronomy 8

Ulangan 8

1Segala perintah yang telah kuperintahkan kamu pada hari ini akan kalian perhatikan untuk buat, supaya kalian boleh hidup, dan berganda, dan memasuki dan menakluki tanah yang TUHAN berjanji kepada bapa-bapa leluhurmu.

2Dan kamu akan mengingati sepanjang jalan yang TUHAN Allahmu pimpinmu untuk empat puluh tahun ini di padang gurun, untuk merendahkanmu, dan untuk mengujimu, untuk mengenal apa yang ada di dalam hatimu, sama ada kamu akan memegang perintah-perintahnya, ataupun tidak.

3Dan dia telah merendahkan hatimu, dan membenarkanmu untuk menjadi lapar, dan memberi makan kepadamu dengan manna, yang tidak kamu kenal, dan yang bapa-bapa leluhurmu pun tidak kenal; supaya dia dapat menjadikanmu tahu bahawa manusia tidak hidup oleh roti sahaja, tetapi oleh setiap perkataan yang keluar dari mulut TUHAN manusia dapat hidup.

4Pakaianmu padamu tidak bertambah buruk, dan kakimu pula tidak menjadi bengkak, untuk empat puluh tahun.

5Kamu juga harus mempertimbangkan di dalam hatimu, bahawa, seperti seorang ayah menghukum anaknya, demikian juga TUHAN Allahmu menghukum kamu.

6Oleh sebab itu, kamu harus memegang perintah-perintah TUHAN Allahmu, supaya berjalan dalam jalan-jalannya, dan supaya takut akan dia.

7Sebab TUHAN Allahmu membawamu ke tanah yang baik, tanah yang ada air anak-anak sungai, mata air dan air dalam yang memancar keluar dari lembah dan bukit;

8Tanah yang ada gandum, dan barli, dan pokok anggur, dan pokok ara, dan delima; tanah yang ada minyak zaitun, dan madu;

9Tanah yang di kawasannya kamu akan makan roti tanpa ketidakcukupan, kamu tidak akan kekurangan apa pun di kawasannya; tanah yang batu-batunya besi, dan dari bukit-bukitnya kamu dapat menggali kuningan.

10Sesudah kamu makan dan kenyang, maka kamu akan memberkati TUHAN Allahmu bagi tanah baik yang telah diberikannya kepadamu.

11Berhati-hati supaya kamu tidak melupakan TUHAN Allahmu, dalam hal tidak berpegang kepada perintah-perintahnya, dan penghakiman-penghakimannya, dan peraturan-peraturannya, yang telah diperintahkanku kepadamu pada hari ini.

12Supaya jangan sesudah kamu makan dan kenyang, dan telah membina rumah-rumah yang elok, dan berdiam di dalamnya;

13Dan sesudah ternakan-ternakanmu dan kawanan-kawananmu berganda, dan perakmu dan emasmu digandakan, dan segala apa yang dimilikimu digandakan;

14Kemudian hatimu pula ditinggikan, dan kamu melupakan TUHAN Allahmu, yang telah membawamu keluar dari tanah Mesir, dari rumah pembelengguan;

15Yang telah memimpinmu melalui padang gurun itu yang besar dan yang dahsyat, yang di kawasannya ada ular-ular yang ganas, dan kala jengking, dan kemarau, di mana tiada air; yang telah membawa kepadamu air dari gunung batu flin;

16Yang telah memberi makan kepadamu di padang gurun dengan manna yang tidak dikenali bapa-bapa leluhurmu, supaya dia dapat merendahkan hatimu, dan supaya dia dapat mengujimu, untuk berbuat kepadamu kebaikan pada penghujungnya;

17Dan kamu berkata dalam hatimu, Kuasaku dan kekuatan tanganku telah memperoleh bagiku kekayaan ini.

18Tetapi kamu akan mengingati TUHAN Allahmu: sebab dia itulah yang memberimu kuasa untuk memperoleh kekayaan, supaya dia boleh memantapkan waadnya yang telah dia sumpah kepada bapa-bapa leluhurmu, seperti demikian pada hari ini.

19Dan ia akan terjadi, jika kamu sama sekali melupakan TUHAN Allahmu, dan berjalan menurut allah-allah lain, dan melayani mereka, dan bersembahyang kepada mereka, aku bersaksi terhadap kalian pada hari ini bahawa kalian akan pasti binasa.

20Seperti bangsa-bangsa yang telah dibinasakan TUHAN dari hadapan wajahmu, demikianlah kalian akan binasa; kerana kalian tidak mahu taat kepada suara TUHAN Allahmu.