1Ingat sekarang Penciptamu pada masa mudamu, sementara masa yang susah belum sampai, dan tahun-tahun belum sampai ketika kamu akan berkata, Aku tidak bersenang di dalamnya;
2Sementara matahari, atau cahaya, atau bulan, atau bintang-bintang, tidak menjadi gelap, dan awan-awan tidak kembali selepas hujan:
3Pada hari ketika para penjaga rumah gementar, dan orang kuat akan membongkok diri, dan para pengisar berhenti kerana mereka sedikit sahaja, dan orang-orang yang pandang ke luar tingkap digelapkan.
4Dan pintu-pintu akan tertutup di jalan-jalan, ketika bunyi mengisar rendah, dan dia akan bangun pada kedengaran suara burung, dan semua anak perempuan yang main muzik akan diperlahankan;
5Dan juga ketika mereka menjadi takut akan apa yang tinggi, dan ketakutan berada di tengah-tengah jalan, dan pokok badam berbunga, dan belalang menjadi beban, dan keinginan berhenti: kerana manusia kembali kepada rumahnya yang berjangka masa panjang, dan para peratap pergi ke jalan:
6Atau tali perak dilonggarkan, atau mangkuk emas dipecahkan, atau tempayan pecah di mata air, atau roda terputus di tangki air.
7Kemudian debu akan kembali ke bumi seperti keadaannya dahulu: dan roh akan kembali kepada Allah yang telah memberinya.
8Kesia-siaan segala kesia-siaan, kata pengkhutbah; segalanya kesia-siaan.
9Lebih-lebih lagi, oleh sebab sang pengkhutbah berhikmah, dia masih mengajar rakyat pengetahuan; ya, dia mengamati dengan baik, dan mencari, dan mengaturkan banyak amsal.
10Sang pengkhutbah berusaha mencari kata-kata yang diperkenankan: dan apa yang telah tertulis itu jujur, bahkan kata-kata kebenaran.
11Kata-kata orang berhikmah adalah seperti angkusa, dan seperti paku yang tercacak teguh oleh tukang pembina, dan yang telah diberikan oleh satu gembala.
12Lebih lanjut lagi, oleh ini, hai anakku, biar dirimu ditegur: hal membuat banyak buku tiada keakhirannya; dan hal banyak belajar pula ialah kelesuan daging.
13Biar kita mendengar kesimpulan seluruh hal itu: Takut akan Allah, dan peganglah perintah-perintahNya: sebab inilah keseluruhan tugas manusia.
14Sebab Allah akan membawa setiap pekerjaan kepada penghakiman, dengan segalanya yang rahsia, sama ada ia baik ataupun ia jahat.